OOO

Jumaat, Disember 25, 2009

Nasi Beriani Gajus


 Bila cuti hujung minggu dan anak-anak semua ada..akak merajinkan diri masak yang special sikit...hari isnin hingga jumaat masak orang malas...ambil resepi nasi ni dari rumah Ah Mat Gebu...memang meletup nasi ni..sedap.....ada pulak orang kata..kalau makan gajus bebanyak tak elok...tak perasan sebab apa...tapi akak masak yang bubuh gajus pun bukan selalu...seminggu sekali atau 2 kali ajer...jomlah kita makan nasi beriani gajus  ni ekk..terima cik Mat...cam biar arrrr....c & p...
Sumber:-Ah Mat Gebu

Bahan Utama:-
  • 3 cawan besar Basmathi, cuci dan rendam 20 minit
  • 1/2 cawan gajus
  • 1/2 cawan kismis kuning (sultana)-tak letak sebab anak tak suker
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 helai daun panda, disimpul
  • 1/2 kiub pati ayam "MAGGI"
  • 4 cawan air
  • 1 genggam daun ketumbar, dihiris
  • 1 genggam daun pudina
  • Secubit koma2 (saffron), rendam dengan 1 camca besar air panas-akak tak ada ni..tak letaklah jawabnya
  • Garam secukup rasa 
  • Bahan Tumis:-
  • 1 biji bawang besar, dicincang kasar
  • 1 1/2 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
  • 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 1/2 camca besar rempah beriani
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Bahan Hiasan:-
  • Badam keping, disangai hingga perang-akak tukar ke badam yang digoreng
  • Hirisan daun bawang/sup
  • Bawang goreng

  1. Dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biarkan cair. Tumis rempah tumis bersama 1 helai daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan tomato, goreng hingga perang. Masukkan gajus dan kismis, masak hingga gajus sedikit garing. Tuang bahan2 kisar dan rempah beriani, masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Tuang air dan susu cair tadi. Masukkan kiub ayam dan sedikit garam (kurang lebih 1 camca teh). Bila mendidih, matikan api curah bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Masukkan beras tadi bersama 1 helai daun pandan tadi. Masak seperti memasak nasi biasa menggunakan rice cooker. Bila nasi kering, buat beberapa lubang menggunakan senduk atau sudu. Curah koma2 yang direndam tadi dan tabur hirisan daun ketumbar dan daun pudina. Tutup periuk dan biar nasi betul2 tanak.
  3. Bila elok masaknya, gunakan chopstick, gaulkan nasi tadi perlahan2, cukup sekadar nasi bergaul mesra dgn bahan2 tabur...jangan terlebih gaul nanti nasi patah2. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidang.

5 ulasan:

  1. saya ni resipi ns beriani punyalah byk dok menyalin, buat nya je yg tak rajin2. hehe

    BalasPadam
  2. hehe...terasa mcm nak gi umah akak makan je...heheh

    BalasPadam
  3. kite suke nasi letak gajus gini kak Ina.makan sekali sekala takpe kot kan.hehe

    BalasPadam
  4. lapau kak tgk nasi beriyani ni...yummy yummy

    BalasPadam
  5. salam ain...nanti kalau ain dah ada virus R tentu ain akan cuba buat dan bila dah siap anak-anak pun kata sedap..jadi semangat tu dah ada.


    salam bean moreno..nak datang..nantilah dulu yer..umah blm siap berkemas.


    salam ijan..betul tu..sekali-sekali tak apa..

    salam E-na Zarina..nak tapau..jauhlah dik..baik buat sendiri.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...