OOO

Selasa, Januari 19, 2010

Astro B.yond Bloggers Night

Malam Khamis lepas akak ke Modesto's di Desa Sri Hartamas.....jalan nak masuk ke Desa Sri Hartamas ni jemlah pulak...kat kay ell ni jem adalah perkara biasa...hendak-hendak bila time pergi dan balik kerja...akak nak gi tenguk pelancaran astro b.yond... Sampai dah nak dekat 7.30 malam..tapi masa tu orang tak ramai lagi...

Lawakan iklan astrob.yond ni......lepas tulis nama dan sign kat kertas..pastu kena tulis pulak kat paper board yang besar..luper pulak nak ambil gambar apa yang akak tulis......akak terus cari port nak melepak

Terpegun tenguk gambar di skrin ..memang cantik dan berbeza..al maklumlah Saluran HD menyajikan pengalaman menonton dengan gambar-gambar lebih tajam, lebih warna-warna cerah, surround sound sinematik dan layar yang lebih luas .....memberikan lebih butiran dan warna yang belum pernah ada sebelumnya. Ini memberikan butiran yang lima kali lebih besar daripada Standard-Definition (SD), dan dilengkapi dengan Dolby Digital 5.1 Surround Sound.























Ada apa dengan astro b.yond???
astro b.yond adalah sebagai infrastruktur teknologi dan hardware yang future-ready dan lebih inovasi. Pada tahun 2010, ASTRO bertujuan untuk menjadi yang pertama di dunia yang menawarkan rakaman video melalui external hard drive. Dengan perkhidmatan ini, pelanggan boleh merakam program kegemaran mereka dan personalize their schedule untuk menonton TV. astro b.yond juga akan memperkenalkan Digital Video Recording (DVR), Video on Demand (VOD) dan IPTV connectivity
secara berperingkat selama 24 bulan.



Menggabungkan teknologi terbaik di kelasnya, ASTRO b.yond yang baru dilancarkan menawarkan perkhidmatan yang lebih inovatif akan diperkenalkan secara berperingkat. Bermula dengan siaran yang High-Definition (HD) yang pertama disiarkan di Malaysia, ASTRO b.yond akan menukar pengalaman menonton TV dengan lebih kaya warna, kejelasan gambar yang sempurna dan bunyi yang mengkagumkan. Seiring dengan ini, cinematic surround Electronic Programming Guide (EPG) yang baru akan diperbaiki dan yang lebih baik akan diperkenalkan.


ASTRO b.yond adalah perubahan besar dalam teknologi, perubahan besar dalam hardware dan juga pemasangan. Oleh sebab itu, pelanggan yang ingin mengalami ASTRO b.yond dan akses kepada perkhidmatan HD mempunyai pilihan untuk mendaftar pada perkhidmatan tambahan dengan kos sebanyak RM20 sebulan dengan komitmen daripada 12 bulan . Sebagai sebahagian daripada perkhidmatanb.yond baru, pelanggan akan mendapat b.yond box baru, kad pintar baru, unit dish outdoor baru, HD Multimedia Interface (HDMI) kabel dan remote control baru. New set-up installation fee will be waived in exchange for the existing box.
Dari 18 Disember 2009, kamu semua boleh sign up di www.astro.com.my/byond atau hubungi hotline pelanggan ASTRO 1.300 82 3.838. Pemasangan astro b.yond ini akan melibatkan seluruh Malaysia, so it will be on a first come, first served basis. Apa macam..tertarik tak? Cepat-cepatlah mendaftar yer...
Ucapan perasmian dan pelancaran astro b.yond di sempurnakan oleh Mr Henry Tan- the Chief Operating of Astro selepas tu bloggers Malaysia's yang hadir pada malam tersebut di tunjukkan iklan High Definition Television Commercial untuk astro b.yond

dan kami yang hadir pada malam tu merupakan antara orang pertama dan bertuah yang dapat menyaksikan iklan yang canggih, menarik, mengkagumkan, lawa, mengancam dan mempesonakan..

sistem bunyi memang bestlah .sebab menggunakan Dolby Digital 5.1 Surround Sound.

sampaikan iklan commercial astro b.yond di ulang tayang sebanyak 2 kali diatas permintaan yang hadir sebab memang tak puas mata melihat iklan tersebut. .......oh yer...iklan commercial ni merupakan iklan yang terpanjang dalam sejarah di televison Malaysia kerana di tayangkan selama 2.30 minit. dan akam mula di tayangkan di 4 siaran HD di Astro-ASTRO SuperSport HD (Ch 831), HBO HD (Ch 431), National Geographic Channel HD (Ch 573) dan HISTORY HD (Ch 575) dan di ikuti ESPN HD (Ch 832) pada bulan Januari 2010.Kalau nak tenguk betapa hebatnya iklan commercial astro b.yond .ni .sekarang ni dah boleh tenguk ajer kat siaran astro ataupun layari laman web ni www.astro.com.my/byond
Selepas iklan komersial di atas di tunjukkan pulak gelagat blogger yang fofolur seperti beautifulnara, shaolin tiger dan redmummy yang mana rakaman menggunakan HDTV serta pandangan dan pendapat mereka mengenai
astro b.yond dan mereka melakukan bermacam gaya dan gelagat yang paling kelakar rasanya Beautiful Naralah...habis segala jerawat di muka dia nampak clear...terang dan nyata..sampai boleh kira ada berapa jerawat kat muka beliau...wah camni adiknara kenalah buat facial selalu.
Best dapat jumpa bloggers terutama BeautifulNara..

Paling best apabila bloggers berlumba-lumba dan bersemangat nak menyelesaikan misteri pembunuhan di sini dan nak cari sapakah pembunuhnya.....dan sebab nak dapatkan hadiah yang best...iaitu 32” LG High Definition TV, astro b.yond box baru, kad pintar baru, unit dish outdoor baru, HD Multimedia Interface (HDMI) kabel dan remote control baru dan langganan percuma selama 12 bulan....lumayankan hadiah dia...Pada malam tu bloggers di perkenalkan dengan permainan "Murder in the Details' di Astro Facebook . Cuberlah bermainan permainan 'Murder in the Detail' ni dan jika anda dapat menyelesaikan clue dan dapat mengumpulkan bukti..anda mungkin merupakan salah seorang dari 10 pemenang yang bernasib baik untuk mendapat Astro B.yond sets dengan langganan percuma selama 1 tahun...best kan hadiah dia...dapat pulak lagi 32" LG HDTV..cepat pergi ke laman web www.facebook.com/ Astro rugi kalau tak mencuber...

Berebut-rebutlah bloggers mendaftar nama kat Rob....bloggers yang mengambil bahagian di bahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan ada 5 peserta...boleh di katakan semua blogger menyertai pertandingan menyelesaikan misteri sebab nakkan hadiah tu.......saper yang tak nak kan..benda mahal camtu...bukan senang nak dapat.


masing-masing mencari clue di sebalik petunjuk yang dilekatkan di tiang-tiang di dalam Modesto's dengan menggunakan kanta pembesar..saper yang teka salah..dia akan terkeluar dari pertandingan.


Kumpulan yang menang dan dapat meneka dengan betul ialah Gareth, Horng, KY, Terence and Eric. Lepas tu...mereka kena pulak berlawan sesama sendiri nak dapatkan hadiah utama dan kena jawab soalan berkaitan astro b.yond.
Selepas di umumkan kumpulan yang menang..ditunjukkan saperkah pembunuhnya ...dan pembunuh sebenarnya ialah perempuan yang pakai baju merah tu...Xinxian. Jangan luper yer gi ke
dan akhirnya pemenang pada malam itu ialah Eric....saper nak tenguk gambar lebih banyak lagi berkenaan malam astro b.yond bloggers night.....gi lah ke
masa tulis kat board di tempat pendaftaran..memang Eric dah wish nak menang..memang dah nasib dia...

Walaupun ahli kami tak ada yang berjaya..tapi akak suker sebab dapat jumper bloggers pada malam tu..terima kasih Nuffnang dan pihak Astro kerana sudi menjemput kami pada malam tu..
Happy sebab dapat goodies dari Astro

15 ulasan:

  1. hm...gambar je...link xde...hehehe

    BalasPadam
  2. salam kak ina,
    wah, nampak gempak kak. kalaulah dapat tv LG tu...hihi

    BalasPadam
  3. Kak ina,

    jelesnyer dpt tgk astro!!!! Kat sini layan jer ler citer arab....nak balikkkkkkkkkk......uwaaaaa!!!!!

    BalasPadam
  4. salam bean moreno..dah letak link dahyer..harap puas hati..


    salam indahhouse...cuber ajer..kalau ada rezeki aderlah..kalau kalah boleh cuber lagi..


    salam reenaz...nak balik...baliklah cepat..tapi seronok kan duduk kat tanah arab..sebab dapat gi jejalan..

    BalasPadam
  5. hakaaaaak,
    awat gambaq saya makan tangan...?
    hahahaha.. gempak lah entry akak, penuh berinfomasi, mana ceduk? aiseh, mussti menang ni!

    BalasPadam
  6. salam sweetdarling..hemmm kalaulah masin mulut kamu..akak belanja makan ek..

    BalasPadam
  7. mencik...

    sibuk sesangat sampai tak sempat nak buat post b.yond tuh..
    sumi gak yg pergi. pompuan tu makin panjang langkah dia..

    kalu tak, boleh jumpa kak ina lagi..

    BalasPadam
  8. salam kak ina...wah gempak post nih...boleh menang nih...good luck!!!

    BalasPadam
  9. owh..
    nak menang tv lak ek..
    aritu da menang blackberry..
    hehe..
    ape2 pun..
    gudluck kak ina..
    hehe

    BalasPadam
  10. salam byzura..orang lain pun gempak jugak..kalau menang alhamdulliah..kalau idak cuber lagi..


    salam aus..ada rezeki adalah..tak rugi mencuber.

    BalasPadam
  11. Ina...anie ada juga antar...tapi tak dpt ivitation...pastu...sya ada cakap...kalau kau dpt pun kau ingat kau dpt pegi ke? Memang tak dpt punya...laki kau takkan bagi...hahahha

    BalasPadam
  12. salam aNIe..kalau camtu..rugilah..tapi tak aper..boleh bagi kat anak-anak..dia orang tak check nama..cuma minta nama email ajer..

    BalasPadam
  13. bestnya akak, zaila tak pernah menang apa2 contest dr Nuffnang ni;(

    BalasPadam
  14. salam zaila..hem..nanti cuberlah jika ada contest yer..manalah tau dapat rezeki terpijak.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...