OOO

Jumaat, Januari 29, 2010

Kari Ikan Sardin-sesuai dimakan dengan roti Naan

 
 Alahai penatnya ... tidur lama sungguh lepas balik dari ambil ira..hujan pulak tu..memang sedap tidur sejuk-sejuk ni....masa pergi ke Rawang  dalam pukul 12.00 tengahari....taklah teruk sangat jem...tapi kat bulatan dekat Jalan Kuching menghala ke Kuala Lumpur jem teruk..sampai kat NSK Selayang.  Bila balik ingatkan nak ikut Jalan Laksamana, Selayang... boleh  tembus ke Jalan Sri Gombak..tapi bila tenguk jalan clear ajer kat Pasar Borong Selayang..akak pun cancellah nak ikut jalan tu...
akak tertipu.....bila sampai ajer kat bulatan Jalan Kuching..mak datuk...jem giler menghala ke kuil di Batu Caves...penat jugaklah kaki dibuatnya....Polis cuma bukak satu lorong ajer jalan nak menghala ke Gombak...Nak dekat 30 minit terperangkap dan berebut-rebut nak masuk ke satu lorong tu.
Tapikan sekarang pemandu lelaki tak hormat dengan pemandu wanita...tak kasi can langsung...menyampasss... dari Gombak menghala ke Bulatan Jalan Kuching pun jem sampai ke Giant Batu Caves...sekian siaran langsung dari Batu Caves sempena Thaipusam...One Malaysia kan...
Kari ni semua orang pandai buat...macam-macam stail ada...yang ni  stail akak ek..

Bahan-bahan
  • 1 tin sardin chap ayam
  • 1 biji bawang merah-dihiris
  • 4 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*-tumbuk bersama
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan rempah ikan babas
  • 1/2 sudu kecil rempah ikan-biji sawa, halba, jintan manis, jintan putih
  • 2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan minyak
Cara-cara
  • Ubi kentang yang di potong dadu tadi  di rebus kejap. Bila empuk..toskan. Tumis dulu bawang besar yang telah di hiris bersama rempah ikan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk bersama dan rempah kari ikan yang telah dicampur sedikit air.
  • Biarkan rempah naik minyak dengan menggunakan api kecil dan kacau selalu.
  • Bila telah terbit minyak, masukkan pula susu cair yang telah di campur dengan jus lemon (yogurt) dan
  • kacau lagi.
  • Masukkan sardin dalam tin dan biarkan masak dengan api perlahan.  Akak hancurkan sikit ikan sardin tu.Pastu masukkan ubi kentang.
  • Perasakan dengan garam dan tuang sikit jus asam jawa dan barulah ditutup api.

6 ulasan:

  1. Ala Akak kalau ada liputan langsung dengan gambar kan lagi 1 Malaysia...hehehe
    Kak roti Naan satu set!!Melampau punya Adik macam ni!

    BalasPadam
  2. yummy... saya suka roti nan. tapi kalo dah sejuk n liat, dah tak best la.

    ira sekolah kat rawang ke kak ina? sekolah mana?

    BalasPadam
  3. salam watie..terluperlah bawak kamera dan hp..rugi ekk tak rakam.
    mau satu set ...kedai mamak jugak pergi tau..sana semua ada.



    salam h4ni3...kalau roti naan ni insyaallah lembut walaupun dah sejuk...ira kat sek agama menengah rawang.

    BalasPadam
  4. salam kak ina,seumur hidup saya tak pernah masak sardin kari..walaupun saya org penang..selalu masak biasa je..pasni leh cuba resepi akak ni..macam sodap je...

    BalasPadam
  5. kesian akak. mesti penat sakan memandu dalam jalan yg jem tu.

    tapi penat pun kak ina masak roti nan dgn kari ikan sardin, memang betul2 sedap kak.

    kakchik pernah makan kombinasi macam tu. beli kat pasar Ramadhan tahun lepas.

    BalasPadam
  6. akak buat saya lapar lagi..huhuhuh...tak ble jadi ni..kena minta blanje makan ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...