OOO

Sabtu, Januari 02, 2010

Sambal Petai Udang Istimewa


Bila cari resepi udang akak terjumpa pulak resepi sambal petai udang istimewa dari rumah Ummi kat Kuantan. Resepi dan koleksi asal dari rumah  Wan Nor ...memanglah istimewa sebab bahan-bahan dia tak sama macam sambal tumis biasa yang akak buat...hasilnya..hemmm sedaplah... sedap..time kasih Wan Nor kerana sudi tepek resepi.

 Bahan:-
  • 3 papan petai - keluarkan isinya
  • 300 gm udang - buang kulit
  • 5 biji bawang merah - hiris nipis-akak tumbuk 3 biji..hiris 2 biji
  • 2 helai daun salam
  • 2 cm lengkuas - ketuk dan hiris
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu makan gula pasir-akak tukar ke gula melaka
  • 1 sudu teh garam
  • 50 ml air
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar Halus:-
  • 10 tangkai cili kering - buang biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm belacan
  • akak tambah 1 biji bawang besar
Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga layu, masukkan bahan kisar, daun salam, lengkuas dan serai. Kacau rata dan masak hingga naik minyak. Masukkan udang, petai, gula pasir, air asam, garam dan air. Masak hingga mesra dan mendidih. Angkat.
  2. Akak hidangkan bersama ikan sepat goreng dan sayur bening.



7 ulasan:

  1. aslkm auntie,
    wah bestnye sambal ni..
    tliur sudah...
    nak ckit!

    BalasPadam
  2. salam perkenalan K Ina, nie Liza yg jumper kat Nuffnang event tadik

    BalasPadam
  3. Sorry K Ina, salah log in ler tadik, nie the right link kak...

    BalasPadam
  4. Makan dengan nasi panas panas ni... Kak Ina lalu belakang pun kita wat tak nampak! Sebab kalau nampak, nanti kena ajak pulak. Bila dah ajak, takut tak cukup pulak... hehehehe... nampak no tamak haloba yek... hahaha

    BalasPadam
  5. salam asliani...alahai dah habislah dik..tak sempat nak sedekah kat kamu..buatlah sendiri ek...


    salam liza..sudi jugak jenguk ke blog akak..terima kasih ek..nanti kita saling tkr link yer..


    salam mamaFaMi..macammana nak nampak...rumah kan jauh-jauh...klu dekat lehlah akak sedekah sikit..

    BalasPadam
  6. wah.. makan dengan nasi lemak mesti terangkat nih kak.

    -phatgurl-

    BalasPadam
  7. salam phatgurl...memang betul tu..makan dengan nasi lomak memang sodap..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...