OOO

Jumaat, Februari 05, 2010

IKAN SIAKAP TIGA RASA RASSARI

 Pasal segmen terjah tu...nanti pihak fuyoofm akan masukkan...tapi tak tahulah bila..nanti bila dah ada akak bagi link yer..

 Bila jejalan kat umah Maria nun jauh di seberang laut...akan geram tenguk ikan tiga rasa dari restoren nilam rassari di N9.  Maria guna ikan talapia. Akak guna ikan siakap.  Memang sedap tau..akak buat 2 ekor ikan siakap sebab 2 orang anak lelaki dah habis belajar .. ..jadi kena gandakanlah bahan-bahan sos.Maria ambil dari Majalah Mingguan Wanita.  Akak c & p dari blog Maria...tapi jangan marah yer Maria..akak edit dan tambah sedikit bahan. Cuber jangan tak cuber..

Bahan Utama

  • 1 ekor ikan siakap
  • Garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sudu makan tepung jagung
Bahan ni dihiris halus
  • 10 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 ulas bawang putih-akak tumbuk
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 8 sudu makan sos cili
  • 1 biji limau nipis
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan yang Maria tambah
  • 2 batang serai-di hiris-akak ketuk hujung ajer
  • 1 sudu makan cili serbuk-akak tukar ke cili kisar
Akak tambah

  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 1 batang daun ketumbar-potong kasar
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit batang saderi-potong kecil
  • sedikit kobis bunga-potong kecil
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ikan dan perahkan jus limau selama 10 minit.
  2. Bilas dan toskan.
  3. Lumur garam dan serbuk kunyit barulah di lumurkan tepung jagung
  4. dan terus goreng dalam minyak panas yang banyak secar deep fry.
  5. Setelah garing, angkat dan ketepikan.
Untuk kuahnya:
  1. Tumis bawang putih hingga naik bau.  Masukkan cili kisar.
  2. Masukkan bahan yang telah di hiris...sos cili,sos tiram dan sos ikan.
  3. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang saderi, kobis bunga dan bawang besar. Perasakan.
  5. Sementara tu tuangkan keseluruhan ikan dengan jus limau nipis/kasturi dan biarkan sebentar.
  6. Setelah sos masak bolehlah dituangkan kuah ke atas ikan.  Taburkan daun ketumbar yang telah di potong kasar.

7 ulasan:

  1. omakkkkkk aiiiii kak...sodapnye.....nk sikit boleh???

    BalasPadam
  2. tima kasih banyak..dah dapat idea..apa nak buat dengan ikan siakap sekor yang dok dalam peti ais tu..

    BalasPadam
  3. salam eyriqazz...suruhlah isteri kamu cuber pulak yer..


    salam mamashasah...memang sodap..nanti trylah buat tau.


    salam erna..bagus...lepas ni show kat blog kamu pulak yer..

    BalasPadam
  4. saya ni buat gi guna perisa segera. huhuhuhu, tapi ku belasah jugak sampai abis :)

    BalasPadam
  5. kak ina,

    sedapnyer..... kat rumah saya ni dah mula asik nak makan ikan siakap aje....

    masak sos thai tu apa agak2 rasanya ye...

    BalasPadam
  6. salam mak su..perisa segera...tak pernah pulak akak dengar..first time ni..


    salam izan...memang kat umah ni ikan siakap salah satu menu kegemaran..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...