OOO

Rabu, Februari 10, 2010

Jangan Luper Segmen Terjah Di Fuhyoofm/Daging Salai & Pucuk Ubi

Yeeeesss..dah ada dah segmen TERJAH BLOG AKAK di  fuhyoofm  oleh wanmus  dan SmartZul  pada 05/02/10 yang lalu saper yang nak dengar gilah ke fuhyoofm hari ni...dan dengarlah pasal blog it pada  pukul 2.00 petang hari ni...pastu tu bagilah komen untuk akak memperbaiki lagi blog akak...jomlah terjah...

 
Semalam akak salai daging ni...tapi akak dah perap hari Isnin dengan garam dan serbuk kunyit...salai guna tempurung kelapa jugak..masa akak ambil kat kedai jual santan..makcik tu tanya... 
nak buat apa?
nak salai ikan dan daging..
tak liat ker salai daging tu...
taklah...makcik kena guna daging batang pinang...
oooo..barulah makcik tau..
  
 Bila lepas salai teruslah masak lemak..salah satu masakan orang N9...pastu akak goreng ikan sepat masin...akak memang tak pernah masak lemak cili padi pakai bawang sebab dari dulu mak akak ajar takyah guna bawang..salah satu ciri-ciri masakan orang N9.
Bahan-bahan
  • 1kg daging batang pinang-dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-perap..lagi lama lagi sedap tau..
  • 15-20 biji cili padi kampung
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 ikat pucuk ubi-di rebus dan di tos
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 600ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2.  Hiris daging yang telah di salai nipis-nipis.
3.  Masukkan semua kedalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan masukkan pulak pucuk ubi yang telah direbus dan daun kunyit.
5.  Biarkan mendidih dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
6.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.
 Alang-alang dah salai daging salai sekali ikan sembilang..simpan dalam peti sejuk...senang bila nak masak dah siap.

10 ulasan:

  1. terjah fuyoofm? wow! hebatnya..... :)

    daging salai, ai loikee, arwah mak selalu masak

    BalasPadam
  2. wahh nampak sedap ni. tak pernah masak lagi daging salai...bleh cuba ni. tapi kan akak, umah flat cmna nak salai?? salai dalam oven buleh?

    BalasPadam
  3. akak... saya suka dengan blog akak ni, espeacially tang resepi tu, untuk pengetahuan akak sebenarnya dah byk resepi akak saya dah cuba.. hehee.. thanks ya!

    BalasPadam
  4. masak daging salai memang sodappppp

    BalasPadam
  5. Hi KakIna! I'm right now listening to FuhyooFM! 2 deejays talking about ur blog...hehehe! Very nice...glamour la akak! Congratz dearie! ;)

    BalasPadam
  6. salam maksu..memang sedap ek makan daging salai..tapi nak buat bercinta..berasap..


    salam kancilbiru..akak pun duduk umah atas jugak..pandai-pandailah nak bakar kat mana..jangan orang complain berasap udahlah..kalau nak bakar dalam oven pun boleh..


    salam kella..terima kasih yer sudi mencuba dan menjenguk blog akak dan try resepi kat sini.


    salam kak pah...memang sodapppp..makan tak ingat..


    hai love...tq very-very much dear..glamour..tak setaraf redmummy lagi lah..

    BalasPadam
  7. baru isnin lepas i makan kt jamuan opis menu daging salai dgn pucuk ubi. mmg sedap, menu tu abis dulu

    BalasPadam
  8. woww.. salai pakai tempurung lagi. klasik betul cara tu kan kak ina. asap sure banyak sampai pedih mata :)

    BalasPadam
  9. salam singgah,
    feveret aku ni... lama tul tak pekena.... jumpa entry ni esok gak aku nak pekena... tak kira... terima kasih dengan ramuan tu...

    BalasPadam
  10. salam matjoe..memang org skrg suker balik masak cara kg..kdg-kdg boring dengan masakan thai ataupun masakan segera.



    salam h4ni3..hemmm taklah pedih sangat..sebab akak dah keringkan tempurung tu dulu..jadi kuranglah asap.


    salam mancai..favourite..klu camtu gilah cari kat kedai makan ek..semuga tertunailahhasratdihati...terima kasih bagi komen yer..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...