OOO

Jumaat, Februari 12, 2010

Karipap

Kat umah akak kalau buat karipap memang tak pernah lagi guna keledek... dari dulu lagi memang guna kentang.  Kalau nak buat inti kena buat banyak-banyak sebab banyak kegunaannya.  Kalau ikutkan malas nak buat sebab kena gelek dan klim seorang-seorang.  Tapi oleh sebab anak lelaki 2 orang dah duduk balik kat umah...kalau buat garenti habis...tu yang best nak buat tu..biar anak-anak dan suami kenyang kat umah..betul tak.. 
Kulit karipap ni akak dapat resepi dari adik ipar yang pernah berniaga dulu di kampung..sekarang ni dah tukar naik taraf jadi pemandu bas pelancung di langkawi. Jom layan karipap hari ni.
 Kulit Karipap
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 4 sudu besar mentega/marjerin
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara-cara
1.  Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin.  Biarkan mendidih.
2.  Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3.  Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-
cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4.  Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat.  Agak-agaklah dan perap
sekejap.
5. Siap untuk di gunakan.
 Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar kari daging
  • 400gm daging kisar
  • 1 stok ayam
  • 4 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan tepung jagung-nak bagi inti tak berair masa nak klim
  • garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Potong dadu ubi kentang dan bawang besar (akak parut kasar ajer)
  2. Basuh dan toskan.
  3. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk bersama daun kari.
  5. Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama  serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan ayam dan masukkan sedikit air.
  7. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam  dan air (agak-agak yer)
  8. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan dan kacau sekali sekala.
  9. Bila ubi telah empuk , rasa dulu , masukkan 1 sudu tepung jagung..kacau sebentar.. baru di tutup api.
 
Buat stail martabak...bubuh inti dengan telur ...pastu goreng dalam minyak.

12 ulasan:

  1. salam kak ina.....bagus la kalau kita masak sendiri untuk anak2 dan suami....saya kalau sempat boleh la... kalau tak sempat nak buat camner...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Ina..
    betul tuuuu..hilang penat bila makanan yang simasak habis tinggal bekas...Rasa gembira sgt kannn....

    BalasPadam
  3. sedapnya karipap,saya pun 2-3 hari ini saya dok teringat nak buat karipap,bleh try resepi kak ina plak la..btw nak tanya ni..
    kak ina,marjerin dicairkan tu tuang masa panas2 ke atau kena tunggu suam sket?

    BalasPadam
  4. hye kak ina..
    em..susah la sekarang nk carik karipap yg sedap kat kedai.
    dlu sy peminat karipap sedunia k..
    skrg da mcm xde je org buat karipap sedap , terus stop mkn karipap..

    BalasPadam
  5. salam kak ina. sedapnya nampak.. rasa mcm nak buat karipap. tapi saya tak pandai kelim.

    BalasPadam
  6. tetiba teringat after spm dl
    tlg mama jual karipap
    nt petang2 mesti kupas kulit keledek
    lama dah tak makan kaaripap

    BalasPadam
  7. baru niat nak buat karipa this weekend, thanks k ina for the resepi

    BalasPadam
  8. erm...me xpernah pandai nak kelim karipap tu.huhh...tp memang suka kalo ade inti letak telur..karipap diraja kan namanya kan...then suka karipap sardin..kalo ubi biasa je mmg xbape jalanlerr

    BalasPadam
  9. jealousnya byk gambar makanan yg sedap2 di blog akak..

    BalasPadam
  10. salam alimaz..akak dulu pun macam tu jugak masa bekerja..tak ada masa..ashik beli ajer..skrg ni barulah rajin nak buat tu semua sebab boring.


    salam sue@nennie..kalau habis memang seronok sebab tak membazir.kalau tak habis kenalah masuk kat tong sampah..setakat ni alhamdulliah..licinnn



    salam aza..kena tuang panas-panas yer..pastu kacau cepat-cepat dengan sudu..baru tuang air.


    salam aus..betul tu..kdg-kdg nak beli tenguk indon yang masak sebab boss dia tak ada..akak kalau nampak indonlah yang masak..mati selera..entah kenapa geli tekak...mungkin ingat pengalaman masa kat indon dulu.


    salam eliza..kalau tak pandai klim..gunakan acuan ajer..kan senang.kalau tak pun ambil garpu tekan..pun boleh jugak.



    salam hasni..oooo mungkin kamu masih ingat lagi camner resepi ibu kamu..lehlah share ek..suami akak pun camtu jugak..mak dia jual karipap dia dah tak berapa gemar makan karipap.


    salam liza..camni leh gi kat umah kamu weekends ni..leh rasa karipap kamu.


    salam dahlia..good idea..tengah fikir camner nak cari inti yang ada telur tu..tengah cari resepi ni.


    salam eriqazz..jangan jelous ..suruh ajer isteri kamu mencubanya.

    BalasPadam
  11. SEDAPP NYERR kak...terasa winduuu kat mak kiter....

    BalasPadam
  12. salam ct_nurmalissaa..ehmmmm kalau rindu baliklah kampung cuti panjang ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...