OOO

Selasa, Mac 23, 2010

Sup Tulang/Daging Merah

Anak akak pelik tenguk sup ni...masing-masing tak  nak makan...akak dan suami ajer yang makan..selalunya sup tulang kan tak warna camni...bagi akak sedaplah...nak tukar selera..resepi ni akak ambil dari rumah Masz dan resepi asal dari rumah Kak Ani...hemmm akak tak kenal orangnya..apa-apa pun terima kasih buat mereka berdua.
Bahan-bahannya
  • 350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
  • 1 biji kentang
  • 1/4 biji lobak merah
  • 1/4 batang celery
Cara-caranya
1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.
3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.
 Kalau nak resepi sup tulang yang ni gi lah ke sini sup tulang

11 ulasan:

  1. Salam Kak Ina,

    kalau guna ekor lembu lagi sedapkan. Dah lama tak masak sup ekor, mmg sedap

    BalasPadam
  2. sgt suka sup tulang, baru je masak last 2 weeks

    BalasPadam
  3. salam kak...:)

    nak tanye skit,biase kalo pakai air rebusan die lagi baik ea kak?...:)

    BalasPadam
  4. diga hari lalu kakpah buat stew ni. Tapi masuk tomato puree dan lebihkan sayur. Sedap.

    BalasPadam
  5. lama tak makan sup tulang ni... nampak sedap sangat.. anyway masuk via onizuka's blog...

    Bayar Kad Kredit 5%

    Keropok Terengganu

    BalasPadam
  6. salam kak ina...sup2 ni memang ima suka...lebih2 lagi sup tulanglah...tapi tak leh makan selalu...hehehe

    BalasPadam
  7. kak ina,

    sup tu jadi merah sbb letak tomato puree & sos tomato eh? menarik!!!

    BalasPadam
  8. salam aidah..ekor mahal sesangat..tak larat nak membelinya..

    salam kak pah..oh yer ker..nanti bolehlah cuba.

    salam epul..memanglah guna air rebusan dia...tak yah buanglah..rugi tau..


    salam liza..sekali sekala makan sup tulang tak apa kan..


    salam ina..cubalah nanti yer..

    salam alimaz..tak pernah pulak nak mencuba..nanti bolehlah mencubanya.


    salam fuzidss ..kenapa pulak ek..kat umah kamu tak laku ker..


    salam sharinginfoz..terima kasih yer sudi singgah ke blog akak ni..

    BalasPadam
  9. Hi KAK INA...eh eh cakap pasal sup tulang merah nih saya baru jer upload pics kat blog saya SEMALAM masa makan di Singapore Beach Road Gardens Food Centre minggu lepas.

    Sedapppp. Di malaysia nih JB jer yang femes tapi negeri2 lain kureng skit..nape yek?

    Nanti jenguk yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan jer 100%tak der citer lain hehe kebanyakan nye di area JOHOR sebab maklum la orang JB.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...