OOO

Jumaat, Mac 05, 2010

Udang Madu

 

Pening nak masak apa udang ni...dah masak sambal petai..lelama masaklah cara ni...sebab rajin akak masak sekali nasi hujan panas...pastu akak buat sup sayur..suami akak pelik..

  • releven ker makan camni..
  • ala nak makan ...makan ajerlah..mood nak buat dalca/lauk lain tak ada.
 Bahan-bahan
  • 1/2 kg udang basah
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk halus
  • 3 sudu  makan cili kisar
  • 1 labu bawang besar-hiris bulat
  • 2 sudu makan madu 
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit air
  • 1 sudu makan jus limau kasturi
  • sedikit daun ketumbar-di hiris kasar
  • sedikit minyak
Cara-cara
1.  Bersihkan udang dan tos.
2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih sekejap pastu masukkan pulak cili kisar.
3.  Biarkan garing baru masukkan cili sos, tomato sos, kicap pekat dan sedikit air.  Kacau.
4.  Kemudian masukkan  madu.  Kacau lagi.
5.  Masukkan udang dan bawang besar dan biarkan udang masak barulah dimasukkan hirisan daun ketumbar.
6.  Rasa dulu baru di padam api dan tuangkan jus limau kasturi.
7.  Hidangkan panas-panas.

12 ulasan:

  1. salam kak ina..huhuhu..sama la dgn suami fara klu ns minyak ns ujan panas mesti dgn dalca atau ayam msk merah..klu lain lauk depa x layan la

    BalasPadam
  2. wah
    napak sedap
    lama xmkan udang kak ina
    nak sket leh?

    BalasPadam
  3. Hi Kak, sedapnya udang tuh...terliur love! nakkk ;)

    BalasPadam
  4. salam kak ina...udang madu pun bolehlah asal sedap dah le...hehehe

    BalasPadam
  5. alahaaaai baru jerk masa lemak udang tadi... tengah duk pk2 gak nak masak apa, awat laa tak bukak blog kak ina awal2 tadi...

    tapi kena cari madu laa kalau nak masak niii
    sweetdarling79.com

    BalasPadam
  6. salam kak ina, kalau masuk blog akak sure perut zaila akan berbunyi..maklumlah tengok makanan yang lazat2 semuanya;)

    BalasPadam
  7. udang madu! sedap tu... nasi hujan panas tu geng dgn ikan kering goreng pun, anak2 layan jer...! logik ke? hehehe

    BalasPadam
  8. salam kak ina.....
    nampak sedap lah udang ni....
    malangnya, saya tak suka udang dan tak suka 'madu'.....

    wahhhhh kak ina, saham tinggi lah....
    mat saleh pun nak bkenalan.....
    hebat tu....
    :)))

    BalasPadam
  9. Salam kak lama tak singgah blog akak.
    Nampak udang madu terus klik pg ni blh dijadikan
    Menu hari ni...asyik wat sambal/masak lemak
    Je mcm dah muak pulak..

    BalasPadam
  10. nak udang sikit kakk!!!! semlm mkn gak udang, tak puas lah.hehe

    BalasPadam
  11. lorr.. kak. sos tomato + kicap tang bila nak masuk kak? hehe.. sori ek, saya nih kalo masak ikut resepi, memang betul2 saya ikut akak!

    BalasPadam
  12. salam faraliza..nasib baik hb akak tak lorat sgt..dia cuma tanya..


    hai love..udang..semua orang suker kan..


    salam hasni..ala benda dah lama dah..dah masuk indahwaterlah.


    salam ima..janji boleh makan kan..kdg-kdg tukang masak feninglah nak masak apa.


    salam amy..nak cari madu untuk masak boleh..jangan madu yang lain udahlah..


    salam zaila..ala masak biasa-biasa ajerlah..

    salam Azita...wah lagi best ikan masin..tak pernah lagi akak dengar..tulah terpulang kepada orang yang nak makan kan..

    salam tc..alahai nak buat camner..kenalah cari resepi lain kan...

    salam mamashasha..dah buat ker belum?

    salam ain..kat umah ni udang kalau di goreng tepung lagi laju..tak tahan nak membeli udang ajer..

    salam fad..sorrylah..akak tak perasan...akak dah edit balik dah..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...