Tak yahlah vote yer..Pihak Nuffnang tak dapat pulak kasi RM50.00..tak tahulah kenapa yer..malas nak gaduh-gaduh..jom kita makan gado-gado dulu yer.
Gado-gado ni sesuai tak untuk orang yang diet..cam sesuai ajer kan..jomlah tenguk dulu resepi. Kuah kacang tu akak ambil dari rumah Hanieliza...tak mood nak tulis pepanjang hari ni.
Kuah Kacang
Bahan:
Kuah Kacang
Bahan:
- 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan minyak
- garam secukup rasa
Bahan mesin
- 5 sudu besar cili mesin
- 4 batang serai
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.
BAHAN-BAHAN LAIN
- 2 bungkus lontong, direbus dan setelah sejuk, dipotong dadu(akak beli ajerlah..tak kuasa nak buat..3 biji tak sampai RM4.00)
- 2 keping tauhu-di goreng dan di potong kecil
- 3 keping tempe-potong kecik pastu goreng
- 2 biji kentang, direbus dan didadu atau belah 2
- 10 biji kacang panjang, dipotong ½ jari dan direbus
- 1 biji timun di hiris
- 6 biji telur, direbus dan dibelah dua
- ½ kobis dirampai atau di kopek
- Keropok udang
- Bawang goreng-tak letak pun
- sepatutnya ada taugeh yang di celur..akak malas nak buat sebab anak-anak tak suker taugeh.
CARA MENGHIDANG
1. Atur didalam pinggan, sayur-mayur serta tempe dan tauhu goreng.
2. Tuangkan kuah.
3. Kemudian taburkan bawang goreng dan hiaslah dengan sebelah telur rebus serta keropok udang.
nak cubalah buat.arwah mak dulu selalu buat pecal je.
BalasPadamsy tak berapa masyuk ler gado2, saya lebih suka rojak mamak... entah, taste bollywood kot, ahaks
BalasPadamnaper plaks ada hal? (pasal nuff)
sedapnya gado2!!! kak ina mmg pandai masak mavelessss. kak ina, kenapa dah takde rm50 tu? ish tah hape2 tah
BalasPadamnyummmyy....bila nak gi kenduri umah kak ina nyekk..blehh makan memacamm nanti...
BalasPadamsedapnya
BalasPadambak mai sket kak ina
p/s - xda ker review kiriman
heehhehehe
Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamGado gado..
saya suka, kerana ada tempee n tahu
saya ada cuba vote, tapi tak dapat
tapi kak katak payah, saya tak cuba lagi
Wassalam
x pernah makan gado3 nie huhuu..
BalasPadamkak ina bwat org jadi lapa...da la tgh study ni..mane nak carik gado2 kat hostel..haaaaaa
BalasPadamnway ape beza pecal ngan gado2?