Masa pergi ke pelancaran Vaseline di Villa Manja, Jalan Tun Razak,
kami semua di beri kesempatan melihat tempat spa ni.
Terpegun bila masuk ke dalam Villa Manja ni...cantiklah..lepas di jamu makan dan minum kami di beri kesempatan untuk sessi urut...bestnya dapat massage kat leher dan bahu lega...tukang urut cuma 3 orang..tetamu ramai...jadi kenalah ikut giliran
Masa sessi cakap-cakap mengenai vaseline, Daphne bercerita tentang saat beliau melahirkan anak dan ianya merupakan perkara yang tidak dapat dilupakan seumur hidup sebagai seorang wanita. Walaupun beliau tidak melahirkan anak secara normal dan melalui pembedahan namun ia masih merupakan kenangan yang tidak akan di lupakan seumur hidup.Walaupun parut kerana pembedahan meninggalkan kenangan yang sedih, tetapi dengan parut itu ialah bukti yang beliau pernah menjadi seorang ibu. Sekarang beliau telah pun menjadi ibu tunggal , tetapi beliau masih dapat merasai perasaan bahagia apabila di kurniakan seorang cahayamata.
Dalam pada itu, Vaseline yang baru sahaja melancarkan losen kekal lama dengan memastikan kulit lembap dan sihat sudah pun berada di pasaran.
“Parut di perut saya selepas pembedahan melahirkan anak adalah kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Ia tidak meninggalkan kenangan buruk tetapi ia menjadi satu memori yang sangat indah sebagai ibu. Namun, sebagai seorang wanita, saya juga mahu memiliki kulit yang lembut dan halus,” ujarnya lagi
Setiap kali Daphne melihat anak perempuannya, dia teringin memiliki kulit licin dan lembut seperti itu.
Daphne berpendapat, dia perlu menjaga kulitnya seperti mana dia memelihara kesihatan diri pada usia 30-an.
Baginya, ia merupakan pakej lengkap bagi seorang wanita berasa yakin walaupun ditimpa pelbagai masalah.Berkongsi rahsia memiliki kulit sihat dan cantik, sejak dari dulu lagi dia menggunakan produk semula jadi.
Selain memastikan kulit wajah dan badan sihat, ia memastikan Daphne tidak berhadapan dengan keadaan sensitif dan gatal-gatal.
Mungkin tidak ramai tahu, Daphne sering ditemani ubat alergi ke mana sahaja. Baginya, dia sering berhati-hati tentang pemakanan dan penggunaan produk kerana punca alergi pada kulitnya tidak dapat dipastikan doktor.
Ditanya tentang keadaan parut pada perutnya selepas pembedahan, ia beransur hilang dan lembut. Katanya, dengan penggunaan losen yang kerap seperti Vaseline, keadaan parut tersebut semakin pulih.
“Seorang wanita perlu memastikan keadaan kulit sentiasa lembap kerana kita tidak boleh mengembalikan masa dulu. Jika 20 tahun dahulu, kulit saya masih cantik dan baik tetapi sekarang terdapat perubahan warna dan keadaan. Jika daripada awal lagi kita boleh menjaga kulit, ia akan kekal muda sepanjang masa,” jelasnya.
akak tak tahu berapa harga setiap pakej..
tapi boleh rujuk ke laman web Villa Manja
nanti bila akak pergi kesana sebab dapat voucher percuma..
akak ceritakanlah kat sini yer..tapi entah bila nak pergi tak tahulah.
mmg kena jaga kulit kak~ tmbh2 klo da 30 an ke atas.. :)
BalasPadamsalam kak ina.
BalasPadamwaduh-waduuuh... macam-macam aktiviti akak ya. macam seronok je kalau dapat pergi ke spa buat rawatan badan.
banyak pengalaman kak ina sejak aktif blogging ni.
nmpk macam menarik je villa manja ni.. =)
BalasPadamjum baca entry terbaru bARdbOO:
Persiapan Perkahwinan A-Z (Part 1)
bila usia semakin meningkat, kesihatan, kecantikan harus kena jaga.
BalasPadamwahhh meletop kak ina pose ngan Daphne kannn...dpt plak invite ke product launch skang nie...klasssss
BalasPadamlosen tu mmg wangi..dan product vaselin mmg dah lame sy pakai..mmg mujarab..cuma kulit saya x la selicin & selawa daphne.. huhu
BalasPadamcome on, tunjuk ler parut kt perut tu sebagai bukti. kalau dah parut tu parut jugak. sikit jer improve kalau sapu sebotol sehari n tiap2 hari.
BalasPadamabby pon ceaser lahirkan hasanah. mmg takkan hilang laa scar tu.
memang tmpt memanjakan diri...:)
BalasPadamlatest entry Kalau anda gembira, mari kita lompat bersama
tak pernah tahu pun sebelum ini yg krim vaselin dpt menghilangkan parut...boleh cuba lepas nie...
BalasPadamsalam kak ina..
BalasPadambestnya dapat jumpa Daphne Iking...kena massage lagi bestttttt..bertuahnya akak..slalu dapat tajaan, menang hadiah..murah rezeki akak
aduh kak bestnya,suke la spa2 ni
BalasPadamkak ina~~
BalasPadamsy suke tinguk baju akak tu~~
shanteekkk..
hik2 corak nyer cambest!!
<3
wahhhhhh....bestnya akak! ;)
BalasPadamwahhh bila baca akak punya n3 kali nie terasa macam nak berurut jerrrrr hehehe
BalasPadamwah bestnya...dah lama x manjakan diri ke spa nih
BalasPadamJeles2 tgk kak ina bergambo ngan Daphne!
BalasPadam