T Akak baru baca dalam blog Daydeck pasal kematian Seniwati Mariam Baharom berusia 75 tahun yang telah meninggal dunia kira-kira pukul 5.50 pagi kerana sakit tua di kondominiumnya di Yishun Singapura.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang. Allahyarham meninggalkan enam anak daripada dua perkahwinan.
Mungkin generasi baru macam anak-anak akak tak berapa kenal dengan beliau.

Seniwati Mariam Baharom pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955.
Anak beliau ialah Rahimah Rahim seorang penyanyi yang terkenal dahulu dari hasil perkongsian hidup Mariam Baharom dengan Allahyarham Rahim Hamid, ialah seorang penyanyi yang amat popular, dan yang telah digelarkan sebagai "Nat King Cole Singapura".

Anak saudara beliau Fauziah Ahmad Daud (anak perempuan Saadiah), ialah salah seorang pelakon Malaysia yang terbaik, serta penyanyi yang popular pada 1980-an.
Siapakah Seniwati Mariam Baharom
Mariam atau Mariam binti Baharom dilahirkan di Singapura pada tahun 1935. Pada peringkat awal, Mariam bekerja di restoran sebagai seorang pelayan, Mariam dapat bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Antara pengunjung yang sering ke restoran tempat Mariam bekerja ialah beberapa orang pekerja Studio Malay Film Productions (MFP). Merekalah yang menyuruh Mariam ke Studio MFP, mencari peluang berlakon.
Lalu, Mariam ke Studio MFP di Jalan Ampas, itupun hanya untuk melihat penggambaran filem dijalankan. Mariam kemudiannya, menjadi pelakon tambahan dengan bayaran tiga ringgit sekali berlakon.
Pertama kali wajah Mariam dilihat di layar perak adalah melalui filem, Dewi Murni yang diarahkan oleh B. S. Rajhans pada tahun 1950. Mariam menjadi salah seorang kawan Kasma Booty yang berlakon sebagai heroin di samping Osman Gumanti sebagai hero.
Mariam terkejut besar apabila pengarah filem, S. Ramanathan memaklumkan bahawa Mariam akan berlakon dalam filem, Kembar yang akan diarahkan oleh beliau. Mariam seperti tidak percaya apabila S. Ramanathan berkata, �I nak jadikan you heroin�.
Mariam diberikan peranan penting bersama M. Amin dalam filem, Kembar pada tahun 1950. Mariam membawa watak gadis kembar yang mengelirukan seorang lelaki. Peranan gadis kembar filem tersebut menyebabkan peminat filem Melayu memanggilnya, �Mariam Kembar�. Populariti Mariam memuncak apabila berlakon di samping P. Ramlee dalam filem, Anjuran Nasib yang diarahkan oleh B. S. Rajhans pada tahun 1952. Selain mempamerkan lakonan yang beik, Mariam juga menunjukkan kebolehan beliau menari dalam filem yang banyak menghidangkan lagu dan tarian itu.
Mariam menghadapi masalah berat badan ketika kemashuran beliau melonjak. Hal tersebut menjadi sungutan peminat beliau yang mahukan heroin pujaan mereka sentiasa cantik dengan potongan badan yang menarik. Mariam merupakan seorang pelakon sejati, yang sentiasa mementingkan seni melebihi segala-galanya. Mariam dengan ikhlas menerima peranan yang tidak begitu penting dalam sebuah filem arahan P. Ramlee pada tahun 1960.
Dalam filem Antara Dua Darjat itu, Mariam memegang peranan se bagai seorang pembantu rumah. Peranan tersebut boleh dikatakan kecil dari segi kedudukan beliau sebagai pelakon ternama. Dalam hal tersebut, Mariam berkata, �bukan peranan yang penting buat saya tetapi penghayatan lakonan itu��.
Mariam merupakan kakak Saadiah. Beliaulah yang membukakan jalan kepada Saadiah menjejaki dunia filem hingga menjadi pelakon berwatak besar. Dalam filem tersebut, adik beliau, Saadiah menjadi heroin, sementara P. Ramlee menjadi hero. Filem tersebut turut dibintangi oleh S. Kadarisman, Yusof Latiff, S. Shamsudin, Rahimah Alias, Ahmad Nisfu, dan Mustarjo.
Selepas itu Mariam menjadi pelakon bebas yang tidak terikat dengan kontrak jangka panjang dengan mana-mana studio. Ketika itulah, Mariam berlakon dalam beberapa buah filem keluaran Cathay Keris.
Dua orang anak Mariam turut menjadi artis, iaitu Bat Latif dan Rahimah Rahim. Bat menjadi pelakon, dan telah memenangi anugerah di peringkat Asia Pasifik, manakala Rahimah Rahim mencipta nama dalam bidang nyanyian.
Antara filem lakonan beliau (Kredit http://www.sinemamalaysia.com.my)

Dalam filem Aloha pada tahun 1950
Setelah perkahwinan pertama beliau berakhir dengan penceraian, Mariam berkahwin pula dengan Rahim, seorang penyanyi kelab malam yang cenderung menyanyikan lagu-lagu berirama Latin. Antara filem lakonan beliau (Kredit http://www.sinemamalaysia.com.my)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Berlakon dalam Kipas Hikmat pada tahun 1955. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
02 Mei 1955 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tahun 1952 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|

Al FATIHAH untuk beliau.
BalasPadamtakziah kepada keluarganya.
takziah tok keluarga beliau.... dan x lupe AL-fatihah... x sangka ada di singapura.... lama juga x dengar cerita beliau...
BalasPadamAl-Fatihah...
BalasPadamal-fatihah untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat...
BalasPadamsalam kak ina KL...
BalasPadamAl-fatihah utk arwah juga moga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...hmm, kak, pic yg last tu Seniwati Mariam yeaa...sekali imbas macam Seniwati Dato Maria Menado kan?....
Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamAl Fatihah
moga Allah mengampunkan dosa2 beliau dan dimasukan dlm gulungan orang2 yg soleh dan beriman
Salam
BalasPadamtaniah/syabas kak ina
semua latar belakang seniwati ni kak ulaskan
Wassalam
al Fatihah..
BalasPadamAl fatihah untuk arwah..Kalu tak baca N3 akak ni..sue pun tak kenal sapa arwah..Tak sempat arwah merasai ramadhan kali ni..
BalasPadamAl-Fatihah...
BalasPadamal-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga arwah...
BalasPadamal-fatihah utk arwah mariam baharom... sy pon minat dier... cantik dan lembut orgnyer....
BalasPadamsemoga rohnya ditempatkan bersama2 org beriman
BalasPadamtakziah
BalasPadamtakziah buat keluarga seniwati. tengok gambar lama baru ler saya kenal sapa orangnya, al-fatihah
BalasPadamdan salam ramadhan buat kak ina :)
al-fatihah.
BalasPadamtakziah utk keluarga arwah...al fatihah
BalasPadamAl Fatihah buat arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin.
BalasPadamSelamat berpuasa kak Ina dan keluarga :)
salam. mariam antara seniwati yang cantik di zamannya. alfatihah..
BalasPadamselamat menyambut ramadhan, ina...