OOO

Rabu, Ogos 18, 2010

Roslin Hashim ( Pemain Badminton) Nak Bercerai Lagi Ker?

Baru ajer rasanya baca dalam paper yang beliau baru bernikah pada hb. Julai 2010.

AMPANG: Dengan sekali lafaz, jaguh badminton negara, Roslin Hashim sah menjadi suami kepada Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Norhayati Othman pada satu majlis ringkas di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Pasangan itu diijabkabulkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Kampung Melayu Ampang, Abdul Wahab@Yusof Daud dengan mas kahwin RM300.

Pasangan itu berpakaian sedondon serba putih diraikan ahli keluarga kedua pihak dan rakan terdekat.

Selepas akad nikah, pasangan itu bergambar bersama keluarga di pelamin disusuli majlis makan malam.
Roslin bagaimanapun tidak mahu ditemubual, tetapi kelihatan gembira meraikan ahli keluarga dan tetamu yang hadir.
 
Turut hadir ke majlis itu ialah Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim dan pegawai kanan lain. Harian Metro menerusi ruangan SS pada 9 Jun lalu melaporkan pasangan itu difahamkan mula berkenalan sejak Januari lalu.

Roslin yang agak pemalu tertarik dengan Norhayati kerana sikap ramahnya dan perkenalan singkat itu membuatkan Roslin yakin Norhayati mampu membahagiakan dirinya dan terus melamar untuk menjadi suri hidupnya.

Sumber berita-harian-online

Aduhai...ada lagi orang fofular nak bercerai lagi ek.  Kali ni Roslin bin Hashim, 35 tahun , jaguh badminton negara.  Dia nak memfailkan perceraian dengan isteri yang baru dinikahi sebulan yang lalu, Norhayati Othman,38 tahun.
 kredit-Harian Metro
Isteri ke 2 beliau ni bukan sebarang orang , Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).  Alahai kecian sungguhlah dengan beliau.  Baru ajer menjalani kehidupan dah nak kena cerai.

Dulu masa perkawinan pertama pun, Roslin cuma bergelar seorang suami selama 12 hari sahaja selepas bernikah dengan isteri pertama Faizah Mohammad, 32 tahun pada 30 Januari 2009.  Rasanya kes ni pun belum selesai lagi. 

Salah sape kan sebenarnya...janganlah buat spekulasi ek...cuma Roslin ajer yang tau puncanya.  Lepas ni kita tenguk Roslin nak kawin lagi ker idak?  Kalaulah dia kawin lagi dan bercerai lagi mungkin nama dia boleh masuk dalam gossip paling panas lagi setiap tahun  kot.

23 ulasan:

  1. harap2 apa-apa keputusan ianya yang terbaik untuk semua

    BalasPadam
  2. Mungkin faktor persekitaran menjadi salah satu punca. Melalui kehidupan sebagai orang yang dikenali umum adalah menjadi tekanan. Setiap kesudahan itu ada hikmahnya.

    (persekitaran = buah mulut yang berhasad dengki)

    BalasPadam
  3. semoga kesudahan yang terbaik untuk semua pihak

    BalasPadam
  4. Hai awat lah jadi macam tu.Tahun tahun pertama perkahwinan tentulah banyak penyesuaian antara suami isteri diperlukan.Kenapalah tak bersabar.Tu yang asyik cerai saja.Isssh.

    BalasPadam
  5. entah la kak...harap mereka akan amik keputusan yg betul...

    BalasPadam
  6. aku pon terperanjat bila dengar dekat hotfm pagi tadi.. dia kawin pon kita orang tak tahu.. tahu2 dah nak cerai bulan puasa ni..

    BalasPadam
  7. salam kak

    saya terlepas pandang berita dia dah kawin lain,tup tup kuar citer ni

    BalasPadam
  8. ade dgr pagi tadi kat hot fm..camtu tak dpt raya as suami isteri..

    BalasPadam
  9. bodo sgat lah lepas ni kalu ada pompuan yg nak kawin ngan jantan ni

    BalasPadam
  10. adui..kenapa la ek..harap² ada keptusan yang lebih baik

    BalasPadam
  11. Hmm..roslin sendiri..yg tahu apa yg berlaku di alam rumahtangga dia orang nie.. kita tunggu dan lihat aje laa perkembangan seterus..nya.. :)

    BalasPadam
  12. ermm...taktau la kak...sape betul sape salah kalau pasni dia kawin n cerai lagi...confirm ada yang tak kena dengan dia nih

    BalasPadam
  13. LAIN KALI TAK PAYAH NAK KAHWIN DAH KESIAN ISTERINYA MENANGGUNG MALU HUHUHU

    BalasPadam
  14. sakit kot si Roslinn tuee...ish3..wanita gak jadi mangsa....

    BalasPadam
  15. kawen dah macam kapel pulak jadinye..

    BalasPadam
  16. laa cerai lg..jgn nti ckp kat court bini dah takde dara sbb tu cerai sudah..parahhh

    BalasPadam
  17. Apalah guna kawen² cerai kann.. Tp saya pasti hanya dia dan Allah saja yg tahu..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  18. Salam Kak Ina,

    Apalah masalahnya yer...semoga mereka dapat berbaik semula.

    BalasPadam
  19. dia yang failkan perceraian bukan isteri...dia ingat kawin ni boleh tukar2 macam tukar shuttle ke apa...apapun hanya empunya diri yang tahu.......

    BalasPadam
  20. Dalam akbar hari ini dah jadi sensasi betul apahal hanya Allah saja yang tahu...berduan dengan isteri orang lain dalam bilik hotel.....ampun.patutlah isteri dia follow sampai hotel.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...