OOO

Khamis, September 02, 2010

Cafe Istana Budaya- Harga Buffet Ramadhan 2010


Istana Budaya Cafe terletak berhampiran dengan Tasik Titiwangsa.  Tahun ni Cafe di sini mengenakan harga RM35.00 untuk orang dewasa dan RM12.50 untuk kanak-kanak untuk buffet Ramadhan tahun 2010.

Akak suke makan ikan pari bakar dengan air asam.  Mula-mula makan ikan kembung bakar..pastu ikan pari dan akhir sekali kambing yang mula di bakar pada pukul 8.30 malam.
Bermacam-macam aneka kueh-mueh, masakan kampung, bubur, sup, otak-otak,mertabak, mee kari, yong tau foo..memang syurga makanan.

Imran ashik berulang makan air batu campur.  Yang best tu boleh letak isi sebanyak yang kita suka. 
Mestilah ada gambar akak kan..ambil selepas ramai yang dah balik.  Masa nak berbuka jangan harap nak bergambar.  Ramai sungguh orang yang beratur.  Sape nak makan kat sini..kena buat tempahan dulu.


Air yang disediakan air jagung, air anggur, nescafe, teh tarik, air kosong, kopi dan tea.
Ada rupa orang berpuasa ker akak ni  Tengah menunggu azan maghrib berkumandang.  Yang buat majlis berbuka puasa ni department hb akak.  Dia kecian isteri makan kat umah seorang..dia belanjalah kami makan.  Yang boleh ikut pun cuma Imran dan Russhdi.  Firdaus buka puasa kat Hotel anjuran office dia.



Kalau bulan puasa bila berbuka memang perut cepat kenyang.  Akak tak layan nasi.  Yang sedap ikan bakar, otak-otak, masak lemak ketam (dikeluarkan selepas pukul 8.00 malam), masak asam ikan terubuk, rojak singapore dan bubur candil.  Beraneka masakan ayam..akak tak doyan ayam ni..


Kat sini ada juga buat sembahyang tarawih. Memang tak berapa suka buffet..mahal rasanya. Akak lebih suka order secara biasa.  Pastu nak makan kena beratur.  Tapi setahun sekali bolehlah kot.

Memang kenyanglah makan kat sini.  Tapi sayang bila tenguk banyak makanan yang terbuang.  Tamak sangat ambil bebanyak...lepas tu tak habis makan.  Biasalah tu kan kat mana-mana tempat buffet.

Kami lepak dekat pukul 9.45 malam.  Kasi can hb sekali-sekali pot pet pot pet dengan member office dia .

12 ulasan:

  1. Salam 23 Ramadhan, Kak Ina

    saya belum pernah makan kat sana lagi
    kalau dah ramai orang tu, pasti sedap

    Wassalam

    BalasPadam
  2. setakat pari n kembong xyah gi berbuka kt sini pun xpe. sental kambing tu cukup2

    BalasPadam
  3. sedapke kt situ kak? tapi nape 8.30 baru ada kambing? patut kambingla letak dulu utk org yang kelaparan..hehe

    BalasPadam
  4. murah jugak ye kak...tp suami sy takmolah g buffet2 ni.rugi katenye.makan tak puas,bayar gitu gak.sekali-sekala ape salahnye, kan... huhuhuuu tu yg asyik keluar bujang je tu.nasib baiklah dia izinkan pulak...

    BalasPadam
  5. sedapnya..mesti best berbuka kat luar..

    BalasPadam
  6. amboii kak ina, besttnyer, sesekali berbuka diluar sedap gakkan, kira hadiah buat isteri yg selalu penat memasak, hehehe :)

    BalasPadam
  7. wow..bestnya..ada mcm2..dah lama tak buka pose kat hotel/restoren gini..tunggu anak2 besar sket

    BalasPadam
  8. memang puas hati makan kat buffet.. harga dia pun bole tahan,kalau ade masa kami nak cuba juge ler.

    BalasPadam
  9. woww...best nyer. selalunya kambing mesti di bakar lewat setelah kita kekenyangan. hehehe, itu ari wife ada gak ajak berbuka kat situ tp tak sempat. mungkin hari minggu ni kut.

    BalasPadam
  10. saya makan kat situ kalau ada show jer kak, nescafe tarik dia mmg kaw!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...