OOO

Isnin, September 06, 2010

Pelawak Datuk Yusof Chong meninggal dunia

gambar Utusan Malaysia
Dalam perjalanan ke LCCT akak terdengar di dalam berita mengatakan bahawa  pelawak dan pelakon veteran terkenal Allahyarham  Datuk Yusof Chong telah meninggal dunia di Hospital Selayang pada petang Ahad kira-kira pukul 33.30 petang semalam di sebabkan komplikasi penyakit termasuk sakit jantung dan darah tinggi.

Beliau meninggalkan 4 orang anak dan berusia 63 tahun dan beliau telah di rawat di Hospital Selayang selama 5 hari sebelum pemergian beliau. 

Arwah  seorang bapa tunggal sejak kematian isterinya, Zaleha Osman pada 1994. Hasil perkahwinan pada 1974, mereka dikurniakan lima anak iaitu Zaliana, 32, Ita Zahirah, 30, Ahmad Nuzul, 28, Ahmad Shatri, 24 dan Siti Nurbaya, 20.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Ulu Yam selepas solat tarawih malam Ahad.

Allahyarham terkenal dengan lawak jenakanya yang sering meniru gaya percakapan beberapa tokoh negara terutama bekas Menteri  Pengangkutan Dato' Seri Samy Vellu dan Allahyarham Tan Sri Mohamed bin Rahmat bekas Menteri Penerangan.

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.

Sumber : Bernama

8 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...