OOO

Rabu, September 29, 2010

Resepi Kek Lapis Cadbury


Akak ambil resepi kek lapis cadbury ni dari blog rozzan.  Seorang lagi chef lelaki tapi dari Singapura.

Buat hari minggu lepas sebab Ira nak bawak balik ke asrama.

Bahan-Bahan 
500 gm mentega
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum-akak guna tepung hongkong
coklat cadbury secukupnya -dalam 2 paket

Cara: 

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3) Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
bahagikan kepada 2 bahagian. 1 akak masukkan koko  anggaran 1 sudu besar.
4) Bakar lapisan pertama plain  hingga masak.
5) Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury.
6) Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Gunakan Loyang 9”x9” (saya gunakan 8"x8")

Catitan Saya:
1)Gunakan api grill sahaja dgn suhu kira-kira 200 darjah Celsius.
2) Masa membakar kira-kira 1 jam 20 minit.

10 ulasan:

  1. salam kak

    cekelat cadbury

    bape jam yek siap?

    BalasPadam
  2. salam kak

    cekelat cadbury

    bape jam yek siap?

    BalasPadam
  3. sedapnyer bilalah nak rasa kek kak ina nie...

    <a herf="http://www.ciklinn.com

    BalasPadam
  4. fuuh,.. mesti ngam, untuk penggemar coklat dan utk tukar2 selera :)

    BalasPadam
  5. macam menarik.. kak ina, tepung biskut marie tu biskut marie yang dihancurkan ke?

    BalasPadam
  6. Haishhh, sedapnye kek lapis cadbury tu kak! My kids will surely love this...;)

    Brought U some moist choc cake...jemput makan ye...:D

    BalasPadam
  7. pasni leh try wat kek van houtten/ ferraro rocher lak kak..:-)

    BalasPadam
  8. salam kak ina
    kek lapis ni mmg sedap...ada lagi tak nak sikit...kui3...
    gurau kak ina....

    BalasPadam
  9. salam kak, kek lapis nie tak berapa tahan lama kan kak, kena simpan dlm fridge slalu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...