OOO

Khamis, Oktober 14, 2010

Resepi Kerang Biji Nangka Bercili

Bila gi ke pasar tani Taman Melawati akak suka gi tempat orang jual macam-macam kerang ni.  Kebetulan ada pulak jual kerang jenis ni.  Tak pernah lagi rasa kerang camni.  Bila tanya dia kata kerang biji nangka.

Berebut orang membelinya sehingga akaklah pembeli yang terakhir dapat beli.  Habis sebab penjual tu tak bawak banyak.  Se kilo harga RM7.00.  Mahal kan...tapi tak apa...sebab nak merasa.

Bila dah masak..rasanya macam kepah pun ada...macam mentarang pun ada.  Oklah sape nak makan gi lah cari yer.
Bahan-bahan
 1 kg kerang biji nangka-rendam sekejap pastu toskan
5 biji cili merah*
4 biji bawang merah*
3 biji ulas putih*
2 cm halia*
2 batang serai-titik hujung
1 helai dua kunyit-carik dan simpul
sedikit minyak
garam   

Cara-cara
1.  Tumbuk  atau kisar bahan bertanda*.
2.  Panaskan  minyak dan tumis  serai dan bahan kisar sehingga wangi.
3.  Setelah pes berbau wangi, masukkan semua kerang biji nangka dan kacau rata.
4.  Masukkan sedikit garam dan daun kunyit.  Tutup dengan tudung periuk sebentar.
5.  Bila dah masak kerang ni akan terbuka.
6.  Siap untuk di makan.

11 ulasan:

  1. huahuahua suspen je taw status link kt FB tu..ingtkan ye la kerang bijik lada..rupanya respi kerang dgn nangka...huhuhuh

    nmpk sedappppp

    BalasPadam
  2. tengok da macam lala la pulak. tp isi mcm banyak je.hohoho

    BalasPadam
  3. kak ina, sy ingat kerang campur biji nangka masak bercili..hehe..tp macam sedap je..sy suka gak klu rasa kepah

    BalasPadam
  4. Salam.. Kak Ina, saya pertama kali dengar dan tengok kerang bii nangka ni.. Rasanya macam mana kak? Serupa dgn kerang ke?? Rupa dia macam lala je..

    BalasPadam
  5. salam ina..bukan lala ke..rupa macam lala je..

    BalasPadam
  6. Adoiiila,terkelentong' kejap!^_^
    Ingatkan 'biji nangka' betui2 tadik..muahahaha

    BalasPadam
  7. hehhee..camnalah saya boleh terpikir kak ina masak kerang campur biji nangka :)). Kerang tu macam lala pulak kan, cuma nampak isinya lebih la.

    BalasPadam
  8. 1st time K'Ina kita dgr name kerang ni.. kita ni bkn reti sgt pun bab2 mengenali jenis2 kerang ni pon heheh :D

    BalasPadam
  9. pernah nampak kat pasar..tapi Lisa x pernah beli...lala tu mmg selalu la beli..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...