OOO

Sabtu, November 06, 2010

First time naik...best gaklah

Masa balik dari berjimba-jimba bersama member nuffnang  di Time Square dulu, akak cuba gunakan perkhidmatan monorail.  Walaupun dah lama dah perkhidmatan monorail  di lancarkan di Kuala Lumpur  sejak  pada tahun 2003 memang tak pernah lagi tergerak hati nak naik monorail ni.

Malu kan orang duk kat Kay Ell tak pernah naik benda ni....
Akak takut nak naik sebab bila akak pandu kereta berhampiran landasan  monorail ni, pastu dia lalu pulak,  ada bunyi-bunyian yang buat akak seram. Macam bunyi berdengung.

Pastu anak-anak pulak kata kalau naik ni macam nak jatuhlah, terutama si Imran.  Dia pernah naik sekali monorail ni, lepas tu tak ingin nak naik lagi.  Katanya..

Mak , naik monorail ni kan,bila jalan kat selekoh cam nak jatuh ajerlah.  Im takut nak naik lagi.  (Imran memang penakut)

Kali ni akak kuatkan hati,sebab nak merasa gak naik monorail. Nanti takut pulak ada yang kutuk duk ajer kat Kay Ell tapi tak pernah naik benda ni.

Nasib baiklah ada si Zaid yang tunjuk kat mana stesyen yang akak kena naik.  Harga tiket taklah semahal tambang teksi dan yang bestnya sebab  tak terjebak dengan kesesakkan jalanraya disitu. 

Al maklumlah kat Jalan Bukit Bintang ni sentiasa banyak kenderaan sebab kat situ banyak shopping complex.
 terkezut budak cino ni bila akak ambil gambar kat stesyen Titiwangsa

Rasa berbaloilah jugak naik monorail ni, walaupun masa akak naik kat Jalan Imbi orang masih ramai.  Anak akak dan bagi tau kalau naik monorail kena jaga hand beg, takut kena copet.
Bila tiba di Jalan Bukit Bintang orang dah tak ramai dan akak dapat tempat duduk. Akak risau gak takut terlepas stesyen.

Akak turun kat Stesyen Titiwangsa di stesyen penghabisan dan tak lama suami akak datang jemput akak kat situ sebab nak gi open house.
Lain kali bolehlah cuba lagi kalau nak pergi ke area ni lagi. Tak yah bawak keta lagi dah sebab  kalau bayar  parking kat area Bukit Bintang memang mahal sungguh.
Sedikit info tentang monorail.











KL Monorail adalah perkhidmatan monorel dalam bandar yang menghubungkan bahagian utara dan pusat bandar Kuala Lumpur. Ia merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran membeli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perkhidmatannya di Kuala Lumpur Sentral.

 Ia dikendalikan KL Monorail System Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik KL Infrastructure Group Bhd











Kemalangan David Cheliah

Sebelum pembukaan KL Monorail satu kemalangan berlaku melibatkan roda keselamatan dari sebuah tren jatuh dan terkena seorang pengguna jalan raya yang sedang berjalan di bawah viaduk monorel. Mangsa yang bernama David Cheliah, seorang wartawan, menderita akibat kecederaan yang perlu dirawat di hospital. Hal ini dilangsaikan di luar mahkamah di bawah syarat-syarat yang tidak diketahui umum.

Syarikat monorel melaporkan bahawa mana-mana insiden sedemikian adalah "tidak mungkin" sama sekali kerana 6 bol pada roda perlu dicabut untuk menyebabkan kejadian tersebut. Lagipun, penyemakan terhadap roda keselamatan lain pada tren yang terlibat tidak menimbulkan apa-apa isu.
Akibat kemalangan ini, pelancaran monorel ditunda.









Reka bentuk

Model: MTrans Monorail
Pengeluar: MTrans
Bilangan kereta api: 12
Bilangan gerabak: 2
  • 2 power cars
Dimensi
  • Panjang: 20800 mm
  • Lebar: 3000 mm
  • Tinggi: 4300 mm
Berat: 25 metrik tan
Sistem elektrik/voltan: 750 V / 1500 V DC
Daya pemecutan:
Kelajuan maksimum: 90 km/j
Kelajuan maksimum komersial: 80 km/j
Bilangan penumpang:





Laluan

Stesen monorel dari utara ke selatan ialah:










  Jangan lupa naik yer monorail ni jika datang ke Kuala Lumpur.  Jangan takut..insyallah tak jadi apa-apa.
Sekarang ni kalau gi sini kena naik  lrt putra, komuter dan juga monorail.  Kalau rajin boleh juga cuba ERL..tapi tambang mahal sikitlah.


Sumber wikipedia Kl Monorail



































16 ulasan:

  1. ada sejarah accident rupanay monorail tu ye.
    baru tahu kak ina =)

    BalasPadam
  2. dulu mase dok KL..saya wat dono je kat monorel ke..LRT ke..komuter ke...skrg bila dok jauh nge KL...terasa jugak nk naik mende alah ni...hehe..

    BalasPadam
  3. takut gak arr bila naik monorail nie.. terutama masa kat belok tue.. rasa macam nk terjatuh.. huhuhu

    BalasPadam
  4. naik moneral or LRT paling sakit waktu puncak
    mase tu dh jd mcm lempeng penyek

    BalasPadam
  5. Bestnye kak...foto pun cantik2 semua..

    BalasPadam
  6. a'ah..time selekoh tu memang gayat sikit..hehe

    BalasPadam
  7. sebagai pengguna public transport tegar saya dah merasa naik putra LRT nie...tambah2 kalau nak pegi BERJAYA time square... kalau ERL lak... just nak pegi PUTRAJAYA or KLIA/LCCT okey kot...p/s : teringin nak naik bas HOP IN HOP OFF ( bas 2 tingkat )

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    saya pernah naik semasa free dulu...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  9. dah lama tak naik monorail ni..rasa cam nak naik balik plak..:)

    BalasPadam
  10. mmg besh monorail neh... lain sket dr yg lain...

    BalasPadam
  11. Looorrrrr org KL pun baru la merasa naik monorel? Nih tah2 sky bridge KLCC sama menara KL pun xpnh jejak lagi kannn!

    http://pojiepooh.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. tak penah naik lagi.
    thanks info ni k ina
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  13. seronok naik mono ni sebab blh tgk pemandangan KL,bile selekoh memang kecut dibuatnya

    BalasPadam
  14. I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...