Cukup  membanggakan  bila kereta Proton Satria Neo S2000 yang di pandu oleh  Alister McRae dan Chris Atkinson berjaya mendapat  tempat pertama dan  kedua untuk Pasukan Proton R3  Rally Team.
Ini  merupakan  suatu pencapaian  yang cukup bermakna  kerana mencatatkan keputusan  cemerlang pada perlumbaan Asia Pacific Rally Championship  (APRC) di  China. 
Dengan  keputusan itu, Proton menduduki  tempat kedua dalam kategori pengeluar,  Mitsubishi di tempat pertama dan  Subaru di tempat ketiga. Alister  McRae pula berjaya mendaki kedudukan  lebih baik untuk kategori pemandu,  dimana beliau kini berada di  kedudukan ke 3 selepas berada di tempat  ke 4 sebelum ini.
Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC.– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad.
Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC.– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad.
Siri  jelajah Rally China ini juga merupakan siri jelajah APRC terakhir   untuk tahun 2010 dan pasukan PROTON telah berjaya menduduki tangga kedua   dalam kategori APRC Manufacturer’s Championship (kategori Pengeluar   Terbaik) untuk siri Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010. Pemandu   Alister McRae juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori APRC   Driver’s Championship (kategori Pemandu Terbaik).
Selain  dari itu, sesi jelajah Rally China yang berlangsung di kawasan   berbukit dan hutan buluh di luar bandar Longyou ini juga menyaksikan   penyertaan pertama kali oleh 4 buah kereta EuropeStar (versi re-badged   PROTON Gen2, hasil kerjasama oleh PROTON dan syarikat Zhejiang Youngman   Passenger Car Group Co. Ltd) yang berjaya menyudahkan saingan sejauh   229.19km. 
Memang sukar laluan  Rally ni yang berbukit bukau tetapi  Proton Satria Neo S2000 boleh melakukannya.
Setelah  berehat selama 5 tahun, PROTON masuk semula ke kejohanan rally sebab  inilah strategi yang berkesan untuk mempromosikan jenama PROTON ke  pesada dunia.  Bila jenama PROTON telah di kenali,  semakin ramai  lagi rakyat di luar negara berminat untuk membeli kereta PROTON.  Di  rally inilah Proton Satria Neo S2000 telah di uji keupayaan dan  prestasinya.
 Dengan  kemenangan itu, Proton Satria Neo  S2000 telah membuktikan bahawa  produk tempatan juga mempunyai keupayaan  setanding dengan kereta  berjenama luar seperti Subaru, Mitsubishi,  Suzuki, Honda, Citroen,  Peugeot dan Volkswagen yang turut menyertai  pertandingan ini. 
Mesti banggakan tenguk Bendera Malaysia terkibar megah di Negara China. Terharu sungguh.   Yesss Malaysia boleh.
Event data:
Round: 7/7, FIA Asia Pacific Rally Championship
Based: Longyou, Zhejiang Province
Stages: 15
Liaison distance: 441.66km
Competitive distance: 229.99km
Total distance: 671.65km
Conditions: 15 degrees, sunny
APRC day one leader: Hiroshi Yanagisawa (J) Mitsubishi
APRC winner: Alister McRae (GB) PROTON
Based: Longyou, Zhejiang Province
Stages: 15
Liaison distance: 441.66km
Competitive distance: 229.99km
Total distance: 671.65km
Conditions: 15 degrees, sunny
APRC day one leader: Hiroshi Yanagisawa (J) Mitsubishi
APRC winner: Alister McRae (GB) PROTON
 Berikut adalah antara pencapaian terbaik dari Proton  sepanjang penyertaan dalam sukan permotoran:
Semuga  selepas ini PROTON akan mengekalkan kejuaraan dan mengharumkan nama  Malaysia di pesada permotoran dunia.  Syabas dan tahniah PROTON Rally R3  Team dan  Proton  Satria Neo S2000 akan menempa lebih banyak kejayaan selepas ini.
 Kami  sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian cemerlang di Kejuaraan Rally China 2010.


ehem2 cam adver je ne? ahhahaa..tahniahh..waaa..sonok nye!saye bangga jd anak malaysia!
BalasPadamAssalamualaikum Kak Ina
BalasPadamAlhamdulillah
Wassalam
tahniah..teruskan kecemerlangan
BalasPadam