OOO

Ahad, November 28, 2010

Sape dia Wanmus

Maaf yer Wanmus sebab terlambat buat N3 pasal kamu.  Memang lama kan. Maaf sekali lagi.

Wammus ni akak kenal masa dia masih belum berkawin dan masih tinggal di Jay Bee.  Kenal selepas dia  promosi blog akak kat radio internet fuhyoofm.com .
Bermula sebagai seorang blogger beliau menjadi  DJ jemputan  di  situ.  Jika ingin tau lebih lanjut pergi ajer ke http://wanmus.com/dari-blogger-menjadi-dj-radio.html.

Masa itulah beliau telah mempromosikan blog akak kerana katanya tertarik dengan masakan akak pada 05/02/10.  Kalau nak dengar boleh ke sini.

Selepas itu sepatutnya beliau menemuramah akak secara live pukul 12.00 tengahari tetapi memang tak ada rezeki sebab masa tu line internet tak ada.  Frust sungguh.  Tapi tak perlah.  Akak hargai jasa baik beliau dan akak ucapkan ribuan terima kasih walaupun tak jadi.

Tak lama kemudian  beliau telah bernikah dengan seorang guru yang mengajar di Selangor dan beliau telah berpindah ke Kuala Lumpur.  Tapi dia lupa nak jemput akak...sedihhh..
 
Beliau telah sudi menyertai pertandingan gambar contest kenangan hari raya.  Barulah dapat tenguk muka wife dia. 

Dah memang rezeki beliau (atau baby dalam perut..tahniah) akhirnya gambar yang beliau pertaruhkan telah berjaya mendapat tempat ke 2  http://wanmus.com/wanmus-com-on-second-place.html

Dan akhirnya akak dapat juga bertemu dengan wanmus semasa mengambil kek keju (kiriman dari Cikgu Ayu)  dan akak hantarkan hadiah tea yang di janjikan.  Dah tau rumah senang sikit nak pot pet pot pet nanti.

Terima kasih wanmus diatas jasa baik kamu.  Semuga perhubungan yang terjalin akan berkekalan.
Jomlah jenguk apa yang ada di http://wanmus.com/

6 ulasan:

  1. ehh macam kenal je..hehe..malulh pulak..thanks kak ina

    BalasPadam
  2. Kak ina.... bro wanmus nie tokey company hosting -jomhosting- nanti boleh la mintak dia sponsor DOMAIN n HOSTING free..... ngee

    BalasPadam
  3. dapat gak jumpa wanmus ari2..banyak pengalaman gak wanmus ni

    BalasPadam
  4. boleh takde masalah..insyallah jika kena dengan apa ditawarkan :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...