OOO

Jumaat, November 12, 2010

Syukur Alhamdulliah..tak sangkalah

Semalam akak di paksa oleh Imran pergi ke sekolah dia. Rupernya ada anugerah cemerlang.

Gurubesar yang terpaksa memendekkan ucapan sebab kena bergegas ke Shah Alam sebab nak ambil keputusan PSRA. Alhamdulliah seramai 35 orang murid telah mendapat MUMTAZ (Cemerlang) dan Sekolah ini merupakan sekolah terbaik Integrasi bagi Daerah Gombak. Alhamdulliah.

Majlis di mulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran Murid Tahun Enam. Sejuk hati mendengar mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi kecian sebab ada ibubapa mereka tak dapat hadir disebabkan hal-hal tertentu.
Sibuk gak nak tenguk member dia berdikir barat
Bersama-sama geng satu kelas..perangai pun lebih kurang sama.
Sebelum naik ke pentas. Malam sebelum tu dia dah bagitau suruh cari baju yang cantik dan bersih sampai suruh beli baru. Akak tak kuasa nak layan.
Dari Tahun Satu hingga ke Tahun 2 dia tak pernah dapat anugerah. Alhamdulliah tahun 3 dia merasa juga dapat hadiah ni. Mak terharu tau Imran (dia selalu baca blog akak). Teruskan berusaha lagi yer di tahun hadapan.

Dulu masa Liyana dan Athirah memang selalu akak gi ke sekolah sebab mereka selalu dapat hadiah. Anak perempuan ni lain sikit. Senang nak suruh belajar.

Bila anak lelaki ni..akak tension sebab ashik kena ketuk ataupun kena pot petr pot pet selalu barulah nak belajar. Ashik main computer dan ps. Bila suruh belajar banyaklah songel dia.

Dan sebagai anak kecik dia mengada-gada sikit perasan dia di manjakan. (memang betul pun)

Kalau sape ada anak lelaki memang tau macamana cabaran nak bagi mereka berjaya. Akak dah ada pengalaman 2 orang anak lelaki dulu. Pegrghhhh memang tension betul.

Dulu masa Russhdi dan Firdaus pun akak tak merasa nak tenguk anak lelaki gi ambil hadiah. Sebab masa sekolah rendah keputusan mereka so so ajer. Bila dah sekolah menengah barulah mereka ada perubahan.
Yana dan Russhdi tentu terperanjat kan bila Imran dapat anugerah ni. Mak lagi terperanjat sampai mak tanya berulangkali. Macam tak percaya ajer.


Bila mak sampai kat sekolah pagi tu dan dapat buku aturcara cepat-cepat mak tenguk betul ker nama dia ada dalam buku tu. Takut tak ada kang malulah pulak. Memang betul Imran tak tipu.

Bersyukur kepada Allah swt di atas kurniamu. Semuga Imran berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh.

Tertarik dengan ucapan Pengerusi PIBG

Biarlah anak-anak kita tidak menjadi Perdana Menteri tetapi mereka menjadi manusia yang sentiasa berusaha, berhati mulia, berjaya di dunia dan akhirat.

39 ulasan:

  1. hm... dulu masa skolah rendah tiap2 tahun dapat no.2. bila time angerah cemerlang, takde sapa pun boleh hadir. rugi tak ada gambar kenangan macam ni

    BalasPadam
  2. ahaha..
    dulu mak ko rajin bising2 dgn ko imran weih smpai mak ko buat n3 lagi.
    apepun,tahniah dan moga2 tmbh sejuk peurt mak ko sekali lagi.
    congrats to kak ina also.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah buat imran dan kakina jugak :)


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  4. tahniah imran..

    nama anak kita lebih kuranglah kak :)

    alhamdulilah my rebina kids pun lulus periksa walaupun tak dpt anugerah bintang popular..eh!

    BalasPadam
  5. tahniah imran... semoga terus cemerlang yer sayang...

    wah mesti berbunga2 kan kak ina tgok anak berjaya... linn yg aisy dpt hadiah saguhati pun happy tgok dia ambil hadiah.. heheh

    BalasPadam
  6. nama anak kita dah sama tp bila lah anak sy pulak nk naik atas stage ambik hadiah....sob..sob..sob..
    tahniah utk imran n maknyer sekali..

    BalasPadam
  7. tahniah imran....moga terus berjaya...

    BalasPadam
  8. tahniah...sayapun akak ...puaslah bersengkang mata masa study ngan ank2...alhamdulillah tgk result akhir tahun blh semyum ke telinga...syukur sgt

    BalasPadam
  9. tahniah kak, sbb imran berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang.. hopefully nnt oyin pun bila sekolah dptlah jadi pelajar cemerlang mcm anak2 akak smpi study ke obersee.. aminn..

    BalasPadam
  10. tahniah kak ina, sebab ada anak yang bijak, semoga imran menjadi anak yang soleh dan berguna

    tahniah imran..
    jangan nakal2
    jadikan keputusan dan anugerah cemerlang ini batu loncatan untuk kamu teruskan ke aliran yang diminati..masih panjang langkah dan arahmu...


    isnyallah....

    BalasPadam
  11. Salam kak ina,
    betul tu. Ada org nasib baik anak lelaki dia jenis dengar kata senang je nak belajar. Sy ni pun kalau yg perempuan tu sejak dari darjah 1 pe,rcaya atau tak sy tak pernah jengah tengok dia buat homework ke tak. dia sendiri tau nak belajar. Tapi yg lelaki 2 org tu memang kena banyak bersabar.

    BalasPadam
  12. Tahniah Imran! tahun depan usaha lagi supaya lebih cemerlang yer..;D

    BalasPadam
  13. tahniah imran..mesti seronok & kembang hati ibu, kan! kdg2 anak lelaki mmg gitu kan..kecik2 liat jer blajot..tiba masa dia 'insaf' kejap jer dia speed..tak terlawan pompuan..yer la, 9 akal takkan dpt lawan 1 akal..kak ina jgn susah ati..

    BalasPadam
  14. kalau sy jd imran, mesti terharu sbb mak smpi buat entry..huuu ^__^

    BalasPadam
  15. AlhamduliLLAH.. saya setuju betul bab anak lelaki tu.. walaupun anak saya lelaki jer.. anak perempuan takde.. tapi memang tensen gila kalau nak suruh dia blaja.. pergh.. mcm2 alasan dia bagi... Kita yg tensen nak suruh dia blaja... huhuhu

    BalasPadam
  16. salam kak ina
    alhamdulillah.. tahniah untuk anak

    dulu masa di sekolah tak pernah dapat MUMTAZ - cemerlang
    dari Ustaz
    sebaliknya hanya dapat JAID JIDDAN saje

    oklah tuh dari tak dapat langung. huhuhu

    BalasPadam
  17. Alhamdulilah..
    Bagusnya kalau saya macam anak akak dulu2, bangga gak mak bapak saya..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  18. congrats :)
    sejuk perut ibu mengandung

    BalasPadam
  19. tahniah kat anak akak dan akak jugak. happy kan tengok anak dapat hadiah.

    BalasPadam
  20. seronok tgk anak org lain berjaya...
    semoga anak2 sumi pun macam tu la nanti.....

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  21. tahniah buat anak acik..mesti bangga kan??teehee :)

    BalasPadam
  22. alhamdulillah.. :) Amin semoga menjadi anak yang soleh

    BalasPadam
  23. Tahniah kak..Syukur alhamdulillah..Hope tahun2 seterusnya akan sukses lg

    BalasPadam
  24. hmmm....tentu si imran happy kisah kejayaan dia diupdate kat blog....betul tak ?

    BalasPadam
  25. tahniah buat imran ye kak..sebaya dia dengan yasmin ni...alhamdulillah..

    betul la kak ina..irfan tahun ni UPSR bercinta nak suh dia study...asik lemau jek..geram tahu..semalam kuar result mujur la 4A 1B..alhamdulillah....

    BalasPadam
  26. Ooowh inila hero yang dihantar mengaji tu ya,kak?
    ^_^wahh tahniah.
    "Sejuk perut ibu mengandung.."




    nota kaki : Akak,sekolah mana neh?

    BalasPadam
  27. saya pun tak pernah dapat ape ape anugerah time sekolah rendah...

    BalasPadam
  28. budak2 lelaki ni masa sekolah tak nampak potensi ...dah sekolah menengah baru nampak perubahan

    BalasPadam
  29. bagi saya anak perempuan lg susah nak suruh belajo.. asyik nak tengok tv citer indon je...

    BalasPadam
  30. suka dgn ayat yang akhir tu kaK..

    BalasPadam
  31. wah...tahniah imran. sepanjang zaman bersekolah dulu tak sempat langsung mencuri peluang naik ke pentas. ibu saya tak sempat nak merasa pengalaman mcm kak ina. agaknya kegembiraan seorang ibu bilamana dapat tengok anaknya berjaya dalam apa jua bidang di ceburi. sejuk perut ibu mengandung kan

    BalasPadam
  32. Tahniah utk imran..semoga dia jd anak yg soleh..yg mendoakan kedua ibu bapanya..insyaAllah..

    terharu sy baca cerita dan tgk gambar ni..huhu

    BalasPadam
  33. tahniah imran... moga dia terus berjaya, dunia n akhirat.

    izan ni pun semua anak lelaki...lepas ni selalulah bebel agaknya kan k.ina nak suruh dorg belajar..

    BalasPadam
  34. tahniah kak... budak2 ne biler mak selalu jaga mesti jd lebih baik n bagus.. best woo kalu dpt mak cam akak..

    BalasPadam
  35. Tahniah Imran. Mmg bangga anak naik atas pentas tu amik anugerah kan kak? sronok sgt rasanya (^_^)

    BalasPadam
  36. tahniah buat kakina, imran dan sekeluarga di atas anugerah ini, memang sejuk hati ibu bila anak dapat membuatkan kita happy kan?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...