OOO

Selasa, November 23, 2010

Trends Orang Kawin Sekarang

Sekarang ni trends orang kawin guna kerusi besar. Kalau rumah apartments/pangsapuri/flat/kondo..memang tak leh ikut trend ni.
Mana nak muat letak kat hall. Dahlah besar gedabak pelamin ni. Kalau buat kat dewan ataupun duk umah banglo best ni. Masa ni pelamin dibuat kat halaman rumah sebab halaman umah luas.

Nasib baik tak hujan lebat. Kalau idak tak tau nak kata apa..takkan nak nyanyi pelamin ku musnah..lagu lama tu.

Kalau untuk majlis potong kek..banyak yang guna cupcakes ajer..senang kan..tak yah nak potong-potong. Buat sememeh kat meja tu ajer bila kena potong kek.
Imran pun suka tenguk hiasan yang di letak di meja-meja tetamu
bunga pahar ni sebiji macam akak kawin dulu..guna dip ...berpusing balik fesyen lama ni ek
bunga fresh
suka dengan benda yang bergantungan ni
Pelamin untuk 2 pasangan
Sesuailah zaman sekarang ni buat majlis kawin kat dewan. Kat Kuala Lumpur ni ramai yang duk kat rumah tinggi..tak ada tempat nak buat majlis kawin. Kalau duit banyak boleh buat kat hotel. Lagi grand.

Hari Sabtu lepas jiran kat umah akak buat gak majlis perkawinan anak perempuan yang pertama. Yang tak best sebab akak tak ambil walau sekeping gambar pun. Ishhh rugi tul lah.

Bila tanya berapa RM habis?

Dalam RM30,000.00. Sebab ambil katering dan pakej perkawinan. Tu belum masuk 3 ekor kambing panggang . Harga RM800.00 seekor.

U mak aiiiiiiii banyaknya kena habis duit nak buat majlis kawin anak ni. Aduhai time anak akak pulak berapalah pulak kena keluar RM ek? Garu kepala gak ni..

Suami akak kata pulak..

Ina...kalau nak jimat buat ajer kat masjid...jamu 5-6 dulang. Habis cerita.

Ada ker patut dia kata macam tu?

38 ulasan:

  1. salam kak

    ha'ah trend kusi besau,fresh idea

    sederhana ada indah nya ;)

    BalasPadam
  2. salam kak,

    org laki mmg sume nak senang je.
    kehkeh

    BalasPadam
  3. salam kak ina..

    sekali seumur hidup mesti nak buat grand kan..tp yg penting settle yg wajib..bab2 majlis tu terpulang kepada kemampuan..jangan sampai bergoloj bergadai..

    pernah saya dengar ada saudara mara sendiri yg sanggup berhutang sebab nak buat majlis kawin anak besar2an sbb taknak kalah dgn ipar duai lain yg memang mampu..nak buat majlis kt dewan besar..huhu

    BalasPadam
  4. macam kecoh je nak kahwin zaman skrg ni... haihh

    BalasPadam
  5. cantik kan trend kerusi tu..tapi x setuju la pesanan hubby akak tu..sekali jer kan seumur hidup..Lisa ari tu pun family habis rm20k, x termasuk pakej andaman dan fotografi..itu Lisa yang tanggung..

    BalasPadam
  6. k.ina,

    mmg trend kawin skrg pkai kerusi rupe tu. nak wt kenduri kawin pun nk pkai duit byk.

    pening sy pikir mne nk cekau duit nk wt kawin

    BalasPadam
  7. ada lg kak trend kawen skang ni, kanopi transparen, siap leh nmpk bulan bintang..tu mlm la..kalo siang, kompom nmpk matahari terik..hahaha

    BalasPadam
  8. alamak! kak ina, gambar yang 1st n 2nd tu sebijik cam kawin sepupu kita... belum upload lagi gambarnya, nanti kak ina datang tengok ya bila kita dah upload... adakah... mereka dari tempat yang sama.? jeng jeng jeng... ;p

    BalasPadam
  9. a'ah kan... segala2nya besar sekarang ni, tapi kek jadik comel, hi hi hi.

    adoi, belanja nya pun besau punyer...

    BalasPadam
  10. seteju idea suami kak ina tu.. buat kenduri doa selamat je kalau tak mampu.. yng penting nikahnya..

    BalasPadam
  11. ada duit lebih wat la besar2 skit.. kalau tak doa selamat je gua ni.. har har har

    BalasPadam
  12. wah.
    meriah.
    lawo2.
    no wonder ah mahal kos dia.
    XD

    BalasPadam
  13. suke kusi tue...
    sate tue cara gak...

    BalasPadam
  14. kan.. kan.. kak ina.. sekarang ni majlis kawin puluh2 ribu kena ada dlm tgn.. pelamin plak mcm2 pattern.. cantik2, kelezz2.. seb bek sy dah kawin berthn2 lps.. nnt doter sy, oyin kawin, camne lah plak.. mkn thn gak nak tunggu dia kawin.. nnt mesti mkn puluh2 riban punyer.. fenin, fenin.. huhuhu

    BalasPadam
  15. trend sekarang kak kerusi ala-ala raja gitu...boleh feeling-feeling jadi raja ngen permaisuri..hehe..

    BalasPadam
  16. HAHAHA...orang lelaki selalu pikir mcm suami kak ina kan.. nak senang.. tp kita perempuan ni la nak meriah2 sbb sekali dlm hidup

    BalasPadam
  17. skrg ni kalau buat majlis kawin busuk2 pun 15-20k tak lari..apalagi kalau grand 100k pun x cukup..tepuk dada tanya poket..hehehe

    BalasPadam
  18. ikut kemampuan la kan kak..kalo ada lebih buat la meriah tp jgn sampai mmbazir..trend kerusi besar ni kalo tak kena gaya dah tak nmpk dah kecantikan hiasan kat belakang kat pelamin tu..

    BalasPadam
  19. abes..nak bagi orang kampung makan berdulang-dulang jer ker...

    kesiankan..adeh..gitulah si suami..semua nak kata senang2..yang malu??? kita jerlah kan...

    BalasPadam
  20. budget tu atas masing2 kak.sederhana pun takpa asalkan bahagia.

    BalasPadam
  21. kalau nak buat gempak2 macam tu, beribu2 leh habis untuk kawin saje

    BalasPadam
  22. Kalau idea 'satay' panjat tu menarik gak... Kalau time anak akak nanti takpe.... ramai jurugambar amatur sudi membantu....

    BalasPadam
  23. kao kerusi besar memang sesuai sgt la dengan saya. hehehehe

    BalasPadam
  24. yang risaunya buat pinjaman, dah beranak cucu pun tak langsai² lagi

    BalasPadam
  25. jgn sampai berhutang hingga ke anak cucu sudah...

    BalasPadam
  26. haish..yong nyer turn x tau la bila.huhu

    BalasPadam
  27. buat nasi ambeng pun ok gak kak!.. :)

    BalasPadam
  28. bunga pahar dia lawa laa kak.. macam zaman dulu kan, pakai bunga emas...

    BalasPadam
  29. kak ina, agaknya sbb tu org lelaki skarang cepat botak kan sbb cari duit siang malam....hehe

    BalasPadam
  30. ni dah terlalu modern ni!

    BalasPadam
  31. okla nie kak. Trends skrg mmg camne. kalau nak jimat mmg lebih baik wat kat dewan. sy mmg slalu pegi majlis org kawin sbb sy bg servis tuk majlis perkahwinan. Masih ada pakej yang murah cuma kena pdi nego dan pdi carikla... sy buat majlis kahwin 3 hari 2 malam termasuk ada Dikir Barat, Tarian, Silat, PA Sistem berkaraoke siap ngan MC, Kompang, Photographi cover 2 hari, catering tul 1500 serta kanopi tak lebih dari 25k pun...so, mmg kena pandai carik..

    BalasPadam
  32. hee, suami kak ina kl sporting habis ah. kalau kita kahwin kak ina kl jemput datang tau, ni serius ni =)

    BalasPadam
  33. semua mengimpikan yang terindah sebagai kenangan peribadi seumur hidup. terpulang kepada masing2 kan, selagi ianya tidak membazir & boleh menimbulkan perasaan riak sekiranya ingin nak menunjuk2. kebanyakkan tujuan asal majlis sudah tersasar iaitu untuk makluman kepada orang ramai agar tidak timbul fitnah kemudia hari. tak salah nak berbelanja lebih jika mampu dan tak berhutang

    BalasPadam
  34. wedding skrg mmg sgt cantik dan kreatif, liza slalu tgk, mana ler tau ada idea bagus yg kita boleh ikut

    BalasPadam
  35. kak ina...teringat masa nk kahwin dl, ayah lis pun ada lawak2x gak..

    dia kata nk jimat?? ko kahwin nak jimat??

    haa..nikah bulan ramadhan jerkk..bulan posa tu lepas buka terus akad nikah... pastu jemput tetamu makan kat masjid..wat sikit2x ker sebb depan dah kenyang dah bukak posa tadi.. leh gitu?? hihihi..

    sabor jer erkk??

    P/S: bukan betui2 wat tau.. (atte x sanggup nk nikah bln puasa..) nie lawak ayah jer..:-)

    BalasPadam
  36. Akak..haritu masa raya saya and my sis and untie ada jugak diskus psl majlis kahwn kat kg vs kat bandar..memang kos majlis kahwn kat bandar besar sbb selalunya kita terpaksa guna catering n tempah hotel, di kg selalu kita pakat gotong royong memasak or aka 'merewang'....tapi, kekdang kat bndar kita dpt untung lagi tau buat majlis sbb, kami teringat satu citer dr makcik ni, dia kata tetamu yang dtg kenduri selalunya sedekah duit besar2, dan kdg2 bila total up melebihi kos perbelanjaan..kalau kat kg, biasa jela..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...