OOO

Sabtu, Disember 18, 2010

Juara Mari Menari Astro

Juara Mari Menari malam ini nampaknya menjadi milik Raziff dan Alia Nadira.

Juara Mari Menari malam ini nampaknya menjadi milik Raziff dan Alia Nadira.

Suami : Raziff Abd Rahman
Umur : 26 tahun
Isteri: Alia Nadira
Umur: 25 tahun
Asal : Berasal dari Johor (suami) & Kuala Lumpur (isteri)
Pekerjaan: Penari sambilan (suami ), pengurus busana dan kostum (isteri)

Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton.

Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.

Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.
Pasangan juara Mari Menari ini telah memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.


Manakala, naib johan adalah milik pasangan Ariz yang sebelum ini merupakan saingan terdekat dengan Raziff.
Pengacara rancangan Mari Menari ni ialah Awal Ashaari dan Lisa Surihani. (teringat kisah dia sebut giler bxxi yang jadi isu besar)alahai susah gak jadi artis ni kan..cakap salah sikit ajer kena hentam.

Kredit gambar : Facebook Mari Menari

7 ulasan:

  1. hahaha dah agak dah diorang ni juara. Tuah kahwin kot.. heheh

    Razif Juara Mari Menari

    BalasPadam
  2. sejak tak duk rumah, astro pun tak de jarang dah tengok rancangan-rancangan camni.. sekarang dah tak guna artis dah kan? kelainan tu..hehe

    BalasPadam
  3. wahh dah tahu akhirnya pemenang dia ek, pia x tgk td...

    BalasPadam
  4. terlepas lah me tak dpt tgk thn ni..me peminat tegar sehati berdansa--semua season me tgk :)

    BalasPadam
  5. Dah agak dah depa menang. aksi tarian banyak yg woww...mengejutkan dan agak bahaya bila muka leh terhantuk kat lantai tapi maintain....selamba.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...