OOO

Isnin, Disember 13, 2010

Resepi Kuih Puteri Ayu


Pernah makan tapi seumur hidup tak pernah mencuba. Kalau nak makan beli ajer. Dek sebab suka tenguk bentuk kueh ni akak pun menerailah membuatnya semalam. Beli acuannya dah lama. Kalau mood R tak ada memanglah terperuk acuan tu.

Entah macammana semalam virus R datang, kebetulan ada assistant letak kelapa dalam acuan. Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak makan hasil kerja tangan sendiri.
Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula
240ml santan
1 sudu besar esen pandan
Sedikit pewarna hijau...Gunakan air daun pandan asli pun ok.
270gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil ovallette
Kelapa parut muda, digaul dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang, gunakan mixer.
2. Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna hijau. Putar dengan kelajuan rendah.
3. Sementara itu panaskan kukusan.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada dalam acuan kuih.
5. Ambil kelapa parut muda yg telah digaul dgn sedikit garam & tepung jagung dan tekan padat ke dlm acuan.
6.Tuangkan adunan tepung ke dlm acuan dan kukus selama 15 min atau kurang. Jangan terlalu lama. 

12 ulasan:

  1. salam kak ina, haaa...cantik jer kuih puteri ayu akak ni...sedapp kan kak kuih ni...mas pun suka..

    BalasPadam
  2. laaaa.. ni ke kuihnya...
    kid makan je tau..
    kekadang namanya tak tau.. heheehee

    BalasPadam
  3. tempah je bole tak ?


    haha! nampak sgt malas nk buat! =.="

    BalasPadam
  4. heheheh me suka kn tp tak reti buat plus sedikit mls sbb me rasa leceh...tempah dgn kak ina aci tak hehehe

    BalasPadam
  5. sedapnya!! hehehe...

    jom undi tikah. vote no. 127!! =)

    http://banyaktehkereta.blogspot.com/2010/12/undian-telah-dibuka.html

    BalasPadam
  6. salam kak ina..
    barang dah sampai tadi..thanx..nanti saya buat entry..

    BalasPadam
  7. baru semalam makan, beli kat kelantan wat bekal ke KL..hehe

    p/s : tu blog foto saya kak ina..hehe

    BalasPadam
  8. Kak Ina.. suke kuih ni sbb lembut kan.. maklum r nama pun puteri
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...