OOO

Sabtu, Disember 25, 2010

Resepi Nasi Beriani

 
Akak cuba masak nasi beriani ikut stail akaklah pulak.  Akak ambil 1 cawan rempah ayam beryani bombay yang masak di atas.  Kat dalam rempah tu dah ada yogur, tomato dan rempah beryani.  Senang ajer nak membuatnya.
Bahan-bahannya
3 cawan beras basmati-rendam 20 minit-toskan
3 1/2 cawan air
1 cawan rempah ambil dari ayam beryani bombay kat atas
3 biji bawang besar-hiris
3 biji bawang putih-kisar
2 inci halia-kisar
1 senduk minyak sapi
secekak daun ketumbar-dibersihkan dan di potong kecil
secekak daun pudina-dibersihkan dan di potong kecil
garam secukup rasa
     Cara-caranya
    1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi.
    2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau.
    3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar.
    4. Masukkan rempah beryani ayam bombay bersama air yang telah di sukat.
    5. Masuk juga beras dan  garam. Dan onkan rice cooker.
    6. Taburkan atas nasi dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi masak.
    8. Bila sudah masak gunakan chopstick dan ratakan pelan-pelan takut nasi patah.
    9. Boleh di hidangkan.
     Kalau masak nasi beriani memang suka pakai beras yang Yana bawa balik.  Selalunya kalau balik akak suruh dia bawa balik dalam 5-6 kg.  Suka pakai beras  terutama dari India Gate sebab bila dah masak panjang betul nasi yang telah di masak tadi.

    12 ulasan:

    1. ina..memang mudah nampaknya..tak de ke jual ditempat2 lain rempah beriani shan tu..teringin jugak nak cuba ni..

      BalasPadam
    2. nampak sgt sedap..boleh try ni..me suka sk nasi beriani--tp me cuma pandai guna rempah beriani maggi ajer..belum pernah try brand lain

      BalasPadam
    3. wah lepas ni kedai nasi beriani gam tak boleh cari makanlah akak.. hehehe.. nanti nak test jugalah..

      BalasPadam
    4. nyummy..cantiknya beras beriani....

      BalasPadam
    5. oohh.. dpt satu tips baru kat sini... guna chopstick yer utk kacau/ratakan nasi.... boleh diamalkan...

      http://www.kakyong.com/

      BalasPadam
    6. Assalamualaikum Kak Ina

      tadi baru makan nasi beriani, kat rumah orang kawin...sedap..
      he he

      Wassalam

      BalasPadam
    7. salam kak ina..
      mmg cantek beras basthmati yg pjg2 tu.. lg satu petua kak ina gunakan chopstik..mesti ikut ni..

      BalasPadam
    8. salam kak ina, kt mana akak beli beras ni? saya tercari2. pernah sorg kwn bg pos kan dr kuwait. dh hbs nk beli lg tp ssh nk cari beras ni kt malaysia.

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...