OOO

Khamis, Januari 13, 2011

Inikah rupa Perodua Myvi Facelift (FL) 2?

Bila jejalan kat blog member yang rajin bagi komen http://akudansesuatuz.blogspot.com/
ada pulak gambar kereta baru Perodua Myvi Facelift (FL).

Dijangkakan Perodua akan melancarkan Perodua Myvi Facelift (FL) pada tahun ini dan model ini akan mula memasuki pasaran pada April 2011.
Gambar ini berjaya dirakam ketika pandu uji Perodua Myvi Facelift (FL) di Lebuhraya Mahameru baru-baru ini.

Di khabarkan (tak tentu lagi yer..cuma khabar) Perodua Myvi Facelift (FL) bakal dikuasakan dengan enjin 1.5 liter DVVT, berbanding 1.3 liter DVVT sekarang ini.
Ada tak perubahan..cuba tenguk kat gambar bawah ni
Sekarang ni memang kami ada kereta Myvi dan tak boleh dinafikan bila pakai kereta ni memang best sebab jimat minyak, senang nak parking dan bila gi service tak mahal sangat tak kiralahlah versi manual ataupun auto.

Dengan harga petrol yang semakin naik dari tahun ke tahun memang baguslah kita pilih model-model kereta yang menjimatkan minyak terutama yang tinggal di Kuala Lumpur ataupun bandaraya lain yang jalan sentiasa sesak dan ianya mempengaruhi minyak dalam tangki.Kalau pakai keta mahal pun tapi ashik merungut kena isi minyak ajer pun tak guna juga kan.

Sekarang ni pun bayar roadtax pun tak sampai RM100.00. Jimat memang jimat. Memang untung beli myvi ni. Kalau anak akak dah kerja pun akak nak suruh mereka guna Myvi.

Tapi tak taulah kan...anak-anak kalau dah pegang duit sendiri mereka ikut pilihan mereka sendiri. Kita tak boleh tentukan apakah pilihan mereka termasuklah bila nak berkawin dengan siapa.

Rasanya ramai pengguna Myvi setuju kot dengan pendapat akak. Sape yang tak setuju tu bagilah komen yer.

Agak-agak berapalah harga Myvi Facelift(FL) ni yer? Dengan kapasiti enjin 1.5 mestilah agak mahal sikit dari Myvi yang lama.

14 ulasan:

  1. saya pakai myvi skng smpi hasanah besar kot. mmg sy jaga elok2. mmg bawak pun sedap. duduk pun selesa

    BalasPadam
  2. sy dh lama mengidam nak myvi satu..ntah bila la dpt nmpaknya..huhu..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  3. sejak terpandang spyshoot keta ni tempoh hari saya dah mula berangan2 nak memilik yang 1.5 kalau benarlah..

    setuju dengan kak ina.. myvi memang jimat minyak..

    http://www.myvitrd.com/2011/01/kenapa-aku-bangga-memiliki-myvi.html

    BalasPadam
  4. insyaAllah, maybe tahun ni bakal sy dptkan myvi 1.5 ni..hehehe...amin~

    BalasPadam
  5. ada nampak macam kereta jazz sikit la heheheh

    BalasPadam
  6. cantik jugak myvi facelift ni
    aritu tgk gambar saga facelift pun cantik jugak

    BalasPadam
  7. Mama tak suka Myvi ni kak ina..sbab xde montot..hehe..nanti tak muat stroller adik, car seat (kalau nk simpan belakang), buggy kakak + beg2 kalau nak balik kampung.. :)

    mama lg prefer saga, murah pon murah :)

    BalasPadam
  8. tunggu dekat Raya Tahun ni aku beli...sekali bawa balik kampung tunjuk plastik sekali.

    Perempuan tolak cinta lelaki baik

    BalasPadam
  9. saya tak minat body myvi ni sb petak2..lebih suka yg smooth cutting.

    BalasPadam
  10. baguslah Ali ridha..leh show keta raya..semuga impian menjadi kenyataan.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...