OOO

Khamis, Januari 20, 2011

Resepi Spaghetti Ayam Paprik

Bahan-bahan
250gm spaghetti,masak mengikut arahan pada paket
400gm dada ayam, di hiris
1 lobak merah, dihiris jalur-jalur nipis
1 biji bawang holland-potong dadu
3 ulas bawang putih-tumbuk/kisar halus
2 tangkai serai, dipenyekkan
5 biji cili api-dipenyekkan
sedikit lada hitam

Ramuan Sos
10 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili manis*
2 sudu besar rebusan pati ayam*
1/2 cawan air*
(campurkan ramuan-ramuan sos bersama)
garam dan gula secukupnya
4 sudu besar minyak zaitun
sedikit daun bawang/ketumbar yang telah di hiris untuk hiasan

Cara memasak
1. Rebus spaghetti bersama air sehingga lembut. Toskan dan lumurkan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak zaitun, goreng serai dan cili selama 1 minit.
3. Tambah bawang dan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lobak merah ydan kacau selama 2 minit.
5. Kemudian masukkan ramuan-ramuan sos dan masak sehingga mendidih selama 3 minit.
6. Tambah spageti yang telah di masak, tambah garam dan lada hitam secukup rasa
7. Hidangkan dengan segera, hias dengan daun bawang/daun ketumbar yang di hiris.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    singah minum petang disini
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. suka juga kami buat spageti ni,tapi ringkas je pkai daging cincang pastu buh tomato paste,
    bole cuba resipi kak ina plak ni..:)

    BalasPadam
  3. sgt sedap heheh
    kak ina, nak tanya : apa kelebihan guna minya zaitun yer? jd sedap ke kalau msk guna olive oil ni? me tak pernah beli or guna langsung ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...