Kepenatan pagi Selasa , jadi akak pun buat ajer nasi goreng. Yana dan member dia orang memang tak sempat masak sebab kelas dari pukul 8.00 pagi - 12.30 tengahari dan tak ada minum pagi . Pastu masuk balik kelas dari pukul 2.00 hingga ke 5.00 petang. Hari Sabtu pun ada kelas tapi setengah hari sahaja. Dah macam orang gi kerja pulak.
Mereka bertiga bergilir-gilir masak pada waktu petang. Tengahari makan lauk semalam.Kawasan yang mereka tinggal ni taklah teruk sangat. Kira cam orang ada duit dan majoriti dah tentulah orang beragama Hindu.
Tapi bila masuk waktu sembahyang terdengar bunyi orang bang dan sayangnya kami tak sempat nak gi ke masjid tu. Kalau nak beli daging lembu kena beli kat situ sebab orang hindu tak makan daging dan kita kenalah hormat dengan agama mereka.
Kat depan sikit ada kedai yang jual macam-macam seperti barang runcit, barang basah, kedai makan, kedai pakaian, kedai jual hp/kad prepaid dan macam-macam lagi. Gi jalan kaki pun boleh.
Dari rumah ke kolej tak sampai pun 5 minit dah sampai. Rumah Yana ni 3 tingkat. Tingkat ke 2 ada 3 orang student cina dan tingkat atas yang kecik sikit keluasan rumah.
Akak habiskan pagi tu lepak depan rumah tenguk orang lalu lalang. Ada macam-macam orang jual tapi tak berani nak beli . Pastu suka tenguk kain sari yang mereka pakai. Ada yang lawa dan ada yang teruk warnanya.
Kat sini mereka gunakan bahasa kannada bukan tamil dan bunyinya lebih lembut dari bahasa tamil. Suami dan Imran gi jejalan kat kawasan sekeliling.
akak malas join. Masa akak sampai line internet tak masuk lagi. Kena tunggu hari Rabu.
akak malas join. Masa akak sampai line internet tak masuk lagi. Kena tunggu hari Rabu.
Yana ajak gi beli barang dapur kat supermarket.
Imran suka dapat naik skuter dengan Yana.



Imran suka dapat naik skuter dengan Yana.
Akak dan suami naik auto. Oleh sebab Yana dah bagitau berapa kadar tambang kami taklah tertipu. Purata bayaran di kenakan di sini 20 rupee (lebih kurang RM1.40 sen) sehala.
Bila tenguk Yana bawa skuter tu akak risau dan berdebar gak sebab aliran trafik kat sini padat sungguh. Dengan auto, kereta lembu, motosikal, kereta, basikal dan orang berjalan kaki memang sentiasa penuh di jalanraya.

gambar dulu..tak snaplah pulak hari tu
Satu-satunya supermarket kat sini. Penduduk kat sini tak suka ada shopping complex kerana mereka takut jika peniaga kecil akan kerugian. Kalau nak buat bangunan tinggi pun tak boleh. Mereka tak suka.
Bak kata Yana..ala dah biasalah mak..taklah takut macam dulu bila bawa skuter..yang best tu kalau tinggal helmet kat motor pun tak hilang.
Harga bawang murah dalam RM2.10 sen. Sayur kobis dan bunga kobis pun ada termasuk kacang panjang. Kat sini mereka tak ada cili api dan cili merah. Bawang putih kecil saiz dia. Nak kopek punyalah susah. Dia orang bawak dari Malaysia. Kunyit hidup pun tak ada.
Yang ada kunyit kering..nak tumbuk/potong punyalah keras macam batu. Kalau malas nak kopek bawang putih mereka beli ajer paste bawang putih dan halia.
Yang ada kunyit kering..nak tumbuk/potong punyalah keras macam batu. Kalau malas nak kopek bawang putih mereka beli ajer paste bawang putih dan halia.
Pening gak masa mula-mula nak tukar ke RM..lama-lama dah pandai.
Buah-buahan lebih kurang sama ajer.
Buah-buahan lebih kurang sama ajer.
Kelakarlah pulak tenguk gaya akak ni..tegak macam batang kayu.
Rempah dan barang masakan India banyaklah. Akak tak tertarik nak beli cuma akak beli papadum, tepung gandum, ubi kentang dan tepung capati, kononnya nak buat karipap dan capati tapi tak jadi buat sebab masa terhad. Akak bawak balik tepung capati tu.Imran cari jajan yang selalu Yana beli dan bawa balik ke Malaysia
Kira okeylah jugak ada ni semua termasuk listerene. Jenama close up dah jarang ada kat Malaysia rasanya. Nanti kalau ada pelajar baru sampai kat sini dalam bulanJulai/September tak yah mereka angkut semua ni. Buat berat beg ajer.
Susah nak cari minyak kelapa sawit, kebanyakkannya minyak bunga matahari. Minyak kelapa pun ada. Hari tu ada pulak minyak kelapa sawit tapi tak banyak.
Susu Nestle, nescafe , biskut lemak, biskut marie pun ada.

jus oren minutes maid pun ada ..

suruh Imran snap depan supermarket..lepas shopping akak gi tempat lain naik auto kat belakang tu..ada cerita yang tak best terjadi..nanti akak cerita ek
Terkezut mamat ni bila akak ambil gambar dia..muka serius weiiiii
macam sedap ajer budak perempuan ni makan..
Yana ada sebut nama makanan ni tapi akak dah luper

Bila bas lalu akak tenguk tak ada pulak yang naik sampai bumbung macam dalam cerita tamil..hairan gak..kalau penuh bergayut tu adalah..sama cam kat Malaysia gak...
buat bangunan masih guna cara lama
nantilah sambung lagi...
p/s panjang betul N3 kali ni..setiap gambar kalau boleh nak show..rugi kan kalau tak tunjuk.

selamat petang kak ina
BalasPadamnampak gayanya kalau ada pelajar kita yang study kat sana..mudahlah kan, pelbagai baha dijual
kak ina..ayu rasa ala2 tesentak jer bila kak ina kata ada cerita tak best semasa kak suruh imran ambil gambar
nanti syer tau
semoga kak dan family selamat dan dirahmati olehNya amin..
seronok saya baca kak..tak sabau nak tunggu next entry
BalasPadamtak saba ...ape yg tak best tu kak
BalasPadamayoyo
ooo akak melawat ank kt India yer. mesti ada banyak citer yg nk kongsi kan, x saba nk tgg next n3
BalasPadambestnya kak ina jenjalan
BalasPadamcepat2 sambung :D
psst.. mamat yg terkejut tu mesti nak kata 'kakak, mau ambik gambar kalu, kasi bayarlah!' hehe
teringat dulu masa kerja luar,
BalasPadamselalu juga gi india kat mumbai,mangalore,
kehidupan sana mmg nampak miskin tak sama mcm kita tgk citer hindustan,yg kaya bertambah kaya yg miskin brtambah miskin,
selamat bercuti kak ina.:)
jauh perjalanan luas pandangan. kami disini pun dapat tumpang pandang. tima kasih sbb share.
BalasPadamtunggu citer seterusnya dr kak ina,tak sabar ni...
BalasPadamok kak Ina..show gambar byk tak apa..boleh saya tumpang tengok buat pengetahuan am..nak pergi,tak dapat..hehe
BalasPadamwaaa best yer kak ina jln2 kt sana.. tgk tmpt tu mcm kt indon pun ada.
BalasPadambest nya dapat jalan ke India!
BalasPadambtw, thanks kasi link di SB. dah follow! ^^,
huhuh.. check point hari kedua.. akak nampak macam letih je..
BalasPadamseronoknya bercuti...
BalasPadamok..entri kat india dh keluar, ohh, anak akak blajor kat sana ker? medic ker kak..mesti sronok jalan2 mlawat anak kan
BalasPadamwahhh kak
BalasPadamTerkini : Ikan Berkepala Buaya
Salam, kak. Selamat pulang ke Malaysia :D
BalasPadamSeronok cuti, tengok tempat orang.
sempoi gak shopping kat situ....kemudahan pun okey gak...nampaknya...
BalasPadam