OOO

Selasa, Mac 01, 2011

Catatan Perjalanan Ke India-Hari Ketiga (Jalan-Jalan Di Mandipet)

Lepas settle beli daging Yana balik sebab ada kelas lepas tu.
Tenguk tulisan kedai jual basikal ini. Lain kan dari kat sini.
Masjid yang terletak bertentangan dengan pasar.
Babi hitam memang berkeliaran di Davengere , taklah sebanyak mana pun. Dulu masa Yana tunjuk gambar akak ingatkan bersepah-sepah sana dan sini. Tapi babi ni taklah menyondol orang kalau lalu sebelah dia. Akak dah hb pun pernah gak lalu dan jumpa babi ni. Tak ada apa-apa pun yang terjadi.

Anjing selalu bergaduh dengan babi tapi akak tak jumpa pun kucing. Mengikut cerita Yana babi ni mereka tak bunuh sebab takut berdosa dan suka sebab babi makan makanan yang bersepah. Tempat lain yang tak suka babi ni mereka pindahkan ke sini. Tu sebab babi ada yer berkeliaran kat area Davengere tapi kat bandar tak adalah cuma di pinggir bandar.
Kami ke Jalan Manipad..tempat jualan barang stainless steel dan barang elektrik. Jalan kat sini banyak motor dan auto. Kadang-kadang ada gak kereta lembu lalu.


Jalan kat sini mereka tak tar sampai ke hujung kedai. Tu sebab berdebu. Ada gak penjual kedai renjis air. Masa akak sampai musim panas kering. Bila jejalan walaupun panas terik tak berpeluh ketiak pun dan tak rasa haus.
Aci naik motor taklah mengangkang macam kita sebab pakai sari, mereka duk macam ni. Motor kat sini ada sediakan tempat berpijak kat sebelah kanan.


Antara bank yang terdapat kat davengere..bank memang banyak kat sini.
Banyak kedai menjual peralatan dapur termasuk pressure cooker. Kebanyakkannya buatan India. Harga memang murah sungguh. Akak tak beli dulu sebab kami cuma nak jejalan ajer dulu. Nak survery harga.
Masa jejalan terjumpa pulak kedai jual barangan perkakas dapur dari barang stainless steel. Macam buruk ajer tapi customer ramai. Bersepah pulak tu barang kat sini.


Terjumpalah pulak dengan student Malaysia. Akak ni kan peramah bila ashik tenguk orang sana pastu terjumpa orang kita tentulah suka bebeno. Sibuklah akak bertanya kat mereka berdua yang study medic kat JMM.

Mereka kata mereka pun selalu beli kat sini sebab harga berpatutan. Barangan kat sini kalau beli akan di timbang dulu baru diberitau berapa harga.
Dek sebab nak jadikan kenangan akak beli mangkuk tebal ni 3 biji. Tak silap dalam RM20 lebih sebab berat dan tebal bawah dia. Boleh masak atas api. Pastu boleh pulak suruh ukir nama kita kat mangkuk ni.


Sebelum jumpa barang tu puaslah akak suruh Imran masuk ke ruang yang kecik nak cari bekas ni. Penjual tu suruh akak masuk..mana boleh..badan akak kan besar. Dah macam Imran pulak yang jadi tukang jual. Lupa nak ambil gambarlah pulak.
Akak suruh ukir kak ina kl. Tentulah penjual tu tak faham kan. Akak tulis atas kertas, pastu hb akak pulak suruh tulis from Davengere. Bila balik sini Firdaus gelakkan lah pulak sebab katanya tulisan tu buruk bebeno..
Shah Rukh Khanlah..tapi gambar ajer. Dari sini nak ke Mumbai jauh betul. Kalau naik bas makan masa 2 hari. Boleh ajer naik flight tapi perjalanan kali ini cuma nak tenguk tempat Yana ajer. Kat sana pun mereka suka gunakan artis bila buat iklan.

Pastu kami menyusuri jalan ni sampailah Imran merungut ajak balik rumah Yana. Mungkin sebab dia tak selesa kot. Macam biasa kami letak harga 20 rupee (RM1.40sen) bila nak naik auto. Alhamdulliah kali ni tak ada problem dengan driver auto. Kami turun kat area kolej Yana.

18 ulasan:

  1. puas hati baca cerita kak ina..
    rasa macam terbawa2 pegi ke sana skali pulak
    :)

    BalasPadam
  2. I like your India entry.Kita macam dapat mengalami sama-sama pengalaman kakak semasa kat sana.Jarang dapat baca entry macam ni kat blog lain.

    BalasPadam
  3. kaka ina...barapa lama sana jalan2 ka???
    hehehe...

    BalasPadam
  4. As salam kak..bestnya dapat lihat gambor dan layan cerita pun dah puas hati...

    Apa2 salam kenal dari Bahulu.com

    BalasPadam
  5. mak aii, 1st time dgr babi dok tepi jalan,rasanya tmpt lain susah la nk jumpa kan..takpe janji jgn sondol org..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    stainless steel disana murah2 yer
    mukin bahan mentah tempatan kut

    Wassalam

    BalasPadam
  7. suka baca entry ni :)
    akak nak dtg UK tu bila? :)

    BalasPadam
  8. hmmm.... suspen gak tengok babi kat kawasan open air tue...

    BalasPadam
  9. bestnya gi jenjalan sambil cuci mata tengok barang.....

    BalasPadam
  10. seronok dapat g jalan-jalan negara orang kan kak..macam-macam benda pelik dapat kita tengok hehehe

    BalasPadam
  11. bestnya Kak Ina, banyak barang murah, especially piyok besi tu ler. kalo pat gi sana, uihhhh penuhhhh luggage ngan piyok maunya kita ni, kih kih kih

    BalasPadam
  12. salam singgah,

    wahh bestnye jln2..
    arwah atok sy org india, kubur arwah pun kat sana..tapi sy xpernah lihat wajah dia..

    BalasPadam
  13. salam,massage dah hantar tapi under waitinglist.susah jugak nak hubungi ngan orang popular ni...anyway miss you where ever you are

    BalasPadam
  14. wah besh nye kak ... sure akak sakan jln2 smpai lenguh kaki

    BalasPadam
  15. salam kak.. saya dah bg email. email dari tikusna tau.

    BalasPadam
  16. alamak kak.. td tu tak letak .com.my.. saya buat .com jer.. dah hantar email dah kak.. cuba tgk..

    BalasPadam
  17. tak dpt lagi yer kak.. okay apa nama akak kat FB? kalau saya nama penuh la.. ratna murniwati..

    BalasPadam
  18. salam k ina...best ek p sana? adik sy pun ada belaja kt sana. Bapuji Dental College.duk hostel..br last year p sana...seronok baca cerita k ina. atleast tau skit la keadaan k sana...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...