Oleh sebab cuti sekolah cuma seminggu, Ira pulak baru balik hari Ahad, tak bolehlah nak gi bercuti ke tempat jejauh. Mula-mula book kat Hotel Seri Malaysia.
Anak kata...
Mak..ashik..ashik Hotel Seri Malaysia....(Marang dan Melaka pun hotel yang sama)
Itulah hotel budget yang paling murah bagi akak sebab kalau bercuti, mana boleh ambil satu bilik.
Aktiviti pantai sebelah petang
Tak best aaa breakfast dia..
Mulalah akak bagi ceramah ..
tulah sebab kena belajar rajin-rajin.
Kalau tak belajar nanti tak pandai, kalau tak pandai nak kerja apa?
Ingat senang ker nak cari kerja sekarang ni. Masa mak dan ayah ada bolehlah merasa bercuti camni. Time mak dan ayah kecik tak merasa tau. Kalau gi pun naik bas ataupun ikut rombongan....pot pet..pot pet...
Banyak songel pulak budak-budak ni. Ikut plan nak singgah makan kat Seremban tapi kedai tu tutup pulak. Terpaksalah makan kat Pekan Port Dickson ajer, lagipun lelaki-lelaki kesayangan akak tu nak gi solat Jumaat. Malas akak nak bagitau nama kedai dan ambil gambar sebab masakan tak berapa sedap.
Sementara mereka solat, akak dan Ira gilah ke hotel seri malaysia. Tenguk kolam kecik pastu kena lintas jalan kalau nak gi mandi manda kat laut. Bahaya gak kalau budak kecik ni melintas jalan nanti.
abaikan tempat lepak yang bersepah tu yer
Round lagi sambil perati mana tempat yang best. Ada yang best macam Avillion tu mahal berdentumlah pulak. Jumpa apartment tapi bilik banyak dah orang tempah. Kalau ada pun mahal sangat. Sampai kat bulatan , pusing balik dan singgah kat Selesa Beach Resort.
Lepas survey kolam renang (itu yang penting bagi anak-anak) terus tempah bilik terus sebab harga yang di tawarkan munasabah. Cuma yang tak best sebab kat dalam air laut ada pula obor-obor...akak tak kasi anak mandi takut kena sengat.
Makan malam kat luar, tak makan kat hotel. Tau ajerlah kalau makan kat sini mestilah harga berdentum. Kalau akak berdua tak per gak. Kononnya nak makan ikan bakar tapi bila tenguk dia cuma bakar kat kuali cam buat roti canai tu malas nak order. Punyalah ramai orang sampai kami kena tunggu dekat 45 minit baru makanan sampai. Nasib baik ada Final Raja Lawak..tu pun tak dengar sangat sebab bising.
Makanan kat tempat makan ni aduhai..sotong dan udang goreng tepung..anak kata macam cucur kodok. Tomyam campur masin, sup campur pun tak sedap pastu rasa suam pulak tu. Yang sedap cuma telur bungkus dan taufu masak ladna. Malas akak nak bagitau nama kedai ni. Nasib baik harga RM70.00.
Dek sebab terpedaya dengan iklan kat resort ni..pastu ada tawaran istimewa,
kami belilah 2 keping tiramisu. Sedap gak.
Imran dapat kawan baru..budak Singapore siap tukar-tukar email dan no tel.
Breakfast yang di sediakan memang memuaskan. Rasa pun sedap. Yang tak best sebab wifi tak dak...cuma kat lobby ajer ada tapi tak leh buka gak blog akak.p/s ada ibubapa kalau anak ambil exam mereka tak pegi memana pun..akak pulak bawak gi bercuti sebab nak bagi mereka release tension.
Itu masing-masing punya pendapat, kita tak boleh kata apa-apa.
Itu masing-masing punya pendapat, kita tak boleh kata apa-apa.
kat PD makan tak best kan kak.. boring tul
BalasPadamI'm from PD..but never liked any hotel food there. Not good enough...hehee! :D
BalasPadamBesnya jejln kak!!!
Ina... ari tu kitorang ada tidor kat selesa tu... okay jugak hotelnya... alah bebudak ni seronok kalau dpt mandi kolam je...
BalasPadamsaya pun nak datang lagi sekali kat sini nak bawak anak bini lak. kira bercuti sehari kat PD
BalasPadambestnya kolam renang tu..sronok kan kak dpt jejalan ngan family
BalasPadamsalam kak ina cut² kat pd ke?
BalasPadamlorh... ngape x kasitau...
leh kt berjmba..heheh..
kak makan kat ne kat pd tu yg x sedap?
mmg ade segelintir keda makan kat area sini yg cume pk kan keuntungan jer..
sbb mreka tau customer mereka jenis customer 'hidup'..
maksudnya bersilih ganti, bkn customer yg harian....
sbb pd kawasan pelancong kan, tu depa x kesah sgt kualiti..
yg penting fulus masuk lebat...
saye ade kawan yg meniage restoran ni, die wat air punya lah tawar hebeh, cemplang lak tu kate org jawa
makanan pun x berasa
nasi goreng kampung rasa minyak jer.
air tembikai cair, rasa tembika ujung² jer..
bile bgtau die die kate biaselah, klo buat btol2 mane nak untung lebih...
so hati² pilih makanan kat kedai area port dickson..
best kan sekali skala lepak hotel.. hehehe
BalasPadamKapal Terbang Beruang
hehe syioknye bercuti. dekat2 pun takpe asal dapat holiday kan. mak ayah saya pun tak kira exam, ade masa je bawak kitorang gi holiday. haha.
BalasPadamterpulang pd cara masing2 nk kurung anak or nk bwk anak2 jln kalo depa berdepan tahun exam, kak... cara lelain dan keputusannyer pon lelain kan/? sy pon agree love2cook yg ckp mknn kt area PD mmg hampehz2...kalo kt Dungun lagi berganda2 besh...akak trylaa g Dungun plaks next cuti, kak...dkt2 UITM Dungun byk homestay...
BalasPadamholiday bersama famili adalah suatu treatment yang bagus untuk release tension dan lapangkan fikiran....
BalasPadamSalam K.ina
BalasPadamKalau dok hotel mmg kena tengok swimmming pool sbb anak2 tu yg diorg seronokkkan mandi-manda.
kat PD tempoh hari sy mkn di food court dkt gerai2 jual mcm2 tepi pantai tu..ok gak rasa dan harga.
assalamualaikum kak...
BalasPadamini first time saya post selalu saya silent reader jer. Saya seronok baca cerita2 akak..selamat berkenalan and salam hari jumaat
lama sungguh ella tak ke PD kak. Blh masuk dlm list ni.
BalasPadamHah, nie pun musim cuti sekolah dah start balik nie, lagi panjang plak tu. Awal Muharam hari tu dah packed, lepas nie cuti Selangor plak, pastu Christmas plak .... wah best nyer bercuti cuti.
BalasPadam