OOO

Sabtu, Mac 12, 2011

Matta Fair 2011 di PWTC


Semalam first time akak pergi ke Matta Fair di PWTC. Jalan jem teruk, dari rumah anak akak hantar tapi bila sampai kat balai polis sentul dah mula jalan jem, akak suruh Firdaus turunkan akak kat simpang nak pergi ke Jalan Parlimen dan suruh dia u turn balik ke Sentul. Dari buang masa dan minyak baik akak jalan kaki sahaja ke situ.

Bayaran masuk cuma RM3.00, tapi manusia punyalah ramai kebanyakkannya berbangsa China. Pakej yang di tawarkan pun banyak ke negara Hong Kong, China, Korea, Australia dan Thailand termasuk Indonesia dan Singapura.
Bila dah letih akak lepak sambil tenguk persembahan tarian dari negara yang mengambil bahagian. Kebetulan baru mula tarian dari negara Thailand.
Memang cantik baju yang penari ni pakai..music pun best
Tarian ni pula mengisahkan 2 ekor ayam yang sedang berlawan.
Selepas selesai tiba giliran dari Jawa Tengah Indonesia.
Penari mempromosikan kain batik Indonesia.
Setiap kali habis tarian baik masa tarian Thailand dan Indonesia ada 5 soalan emcee akan menyoal soalan berkaitan dengan negara tersebut. Masa negara Thailand akak tak sempat nak jawab sebab ramai sangat yang angkat tangan terutama apek dan aso.

Alhamdulliah akak dapat jawab soalan yang ke 3 tentang tempat menarik di Jawa Tengah dan dapatlah beg cenderahati. Ada lagi persembahan dari negara lain tapi tak leh tunggu..takkan nak duk sepanjang hari kat situ. Kang kena pot pet dengan suami.
Bila jejalan kat Dewan 1m terjumpalah pulak Zaina Zain bersama Arman. Ingat nak ambil gambar berdua tapi orang ramai pastu kaki dah lenguh. Malas nak tunggu.

Jalan lagi sehingga ke Dewan 3 lepas tu balik sebab semua percutian yang di tawarkan sampai bulan August 2011 sahaja. Tak boleh ambil masa cuti sekolah bulan Jun sebab Athirah memang tak boleh join, dah tentu ada bengkel ataupun kelas tambahan PMR. Gi bercuti tanpa anak tak best kan.

Oleh sebab nak cari tempat percutian pada cuti sekolah November dan Disember, kenalah datang lagi Matta Fair pada bulan September nanti.

p/s kalau gi lambat memang jem giler jalan..baik naik monorail ataupun star..lagi senang.

14 ulasan:

  1. best ke matta fair??

    http://asyrafpunyeblog.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    patut le kawan kata jem giler kat PWTC semalam

    Wassalam

    BalasPadam
  3. huhu baru balik dari matta fair ni...memang ramai giler org walaupun pegi awal pg td....

    BalasPadam
  4. kak ina...tak tempah tiket pergi uk ke..murah tak?

    BalasPadam
  5. mmg jem pon kak, sib baik naik LRT kalau tak pengsan la jawapnya..next holiday kat mana? mesti syiok kan

    btw, suka ZZ n hubby dia..

    BalasPadam
  6. liza pegi hari jumaat kak, siap ambik cuti. pagi2 dah sampai sana so takde org sgt

    BalasPadam
  7. btl tu kak,1 keje nak cari parking lagi


    oooo bln sept ade ye,thx kak bgtau info ni

    melps lg bln 3 nya matta fair ni,xper klo rezeki ALLAH izin kan tak ke mane kan kak

    BalasPadam
  8. hhe.. aku yg dok dekat neh pon rasa malas nk gi matta fair... hehehe

    BalasPadam
  9. kalau kita nak pergi holiday in advance mmg patut pegi matta fair nie...

    BalasPadam
  10. akak... beli tiket pegi jakarta tak... dtang la jakarta akhir july, saya jemput akak pgi kenduri kahwin saya kat sana :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...