OOO

Jumaat, Mac 18, 2011

Sini Ada Hantu-Astro First Memang Berbaloi

Tenguk movie ni kat Astro First sebab cuti sekolah.   Walaupun tak ramai pelakun fofolur tapi cerita ini menghiburkan.  Untungnya ambil Astro First sebab tak yah keluar gi panggung.  Boleh baring, makan dan minum sambil tenguk cerita ni.  Oleh sebab di siarkan berulang kali kita tak kisah kalau ada orang datang ataupun nak jawab telepon.

Kalau ikut kos RM15.00 memang murah.  Kalau keluar nak bayar duit parking, duit minyak, jajan dan kalau nafsu kuat boleh tershoppinglah pulak.  Baik tenguk kat rumah ajer.  Jimat memang jimat.
Sinopsis
 Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung di mana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereka bersetuju.
Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.
Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik, Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula iaitu ‘Hantu Nombor Ekor’ di mana kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.
Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin.
Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.
Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku...

Dibintangi oleh
Baki Zainal, Alvin Wong, Fasha Sandha, Eira Syazira, Kuswadinata, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Mandy Chen, Mano Maniam, Patrick Teoh dan ramai lagi.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    lama2 nanti tutup panggung..he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. saya nak tunggu citer merong mahawangsa pulak. sebelum nie dah pernah langgan 2 kali

    BalasPadam
  3. anak2 kita pun seme suker tgk citer nih..x puas tgk kt astro first..terus beli dvd original...hahaha!! pepun tahniah la kakina sbb dh berjaya memacaronkan diri..yg penting sodaap!! hehe..

    BalasPadam
  4. best kan kak ina?
    hehehe

    suka tengok baki zainal n alvin wong berlakon.. sempoi jerr :D

    BalasPadam
  5. salam kak ina...sy pun pernah gak subscribe filem kat astro first mmg berbaloi2...

    BalasPadam
  6. ingatkan meng tu dah mati tau ish2

    BalasPadam
  7. kami pun subscribe untuk hantu kak limah haritu..ok la gak astro first ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...