OOO

Rabu, Mac 30, 2011

Tamatlah Sudah

Isssshhh lama betul ek nak sambung cerita ni.
Setelah 3 jam perjalanan driver berhenti rehat di sini..nak sarapan pagi. Kami tak makan pun sebab akak masak nasi lemak pagi tu. Perut masih kenyang lagi.
seram pulak nak gi ke tandas kat belakang kedai ni..hb turun hisap rokok, akak langsung tak turun..akak kunci pintu kereta..berhati-hati..bacalah apa yang tertulis kat papan tanda tu..(klik untuk pembesaran)..
air kelapa muda..kelapa kecik bebeno...entah berapa biji kena belah baru dapat air..tapi tak ada selera tenguk keadaan camni.
Masuk ke jalan perkampungan...nak panggil apa..warung ek..ataupun pejaja tepi jalan..tenguklah tempat mereka berniaga..kesian..ada lagi yang teruk...
ada gak lalu kat pekan kecik..macam nilah keadaannya..lebih kurang macam kat Pekan Batu Anam Segamat..tapi lebih besar dan meriah..jalan oklah gak walaupun ada jalan yang rosak. Driver yang ni memang ok tak macam driver masa akak sampai dulu...habis di langgarnya lopak..tak nampak kot..sebab malam...
klasik kan...tapi banyak motor kat sini
hermmmm..insaf tenguk kehidupan mereka ni. Janji boleh berniaga..
sekolah rasanya...kesian ek budak yang belajar kat sini..kat Malaysia masih ada ker sekolah camni? Orang kaya takkan pergi ke sekolah macam ni..kebanyakkannya gi private school.
pengangkutan utama..auto...susah nak nampak teksi di Davengere

Akhirnya setelah 1 jam melalui jalan perkampungan dan 4 jam lebih jalan tol...akhirnya kami selamat sampai kat airport dalam pukul 1.00 lebih. Bila di bandingkan jalan tol di Malaysia dan di sini..terasa betapa beruntungnya rakyat Malaysia walaupun terpaksa bayar tol yang agak mahal.

Makan kat sini buat menahan lapar..cuma makan samosa dan minum kopi. Ada gak subway dan beberapa lagi tempat makan tapi tak berani nak makan.

Puas menunggu selama 4 jam lebih. Airport ni cantik sebab baru..kawalan memang cukup ketat. Nak masuk ke pintu check in dah kena check semua dokumen tak macam kat KLIA. Cuma penumpang ajer di benarkan masuk kedalam ni. Jadi taklah sesak kat dalam ni.
Tempat menunggu memang selesa, tandas pun bersih....nak sampai kat sini kena isi lagi borang putih, pastu ada lagi orang check..pastu kastam pulak check..check kat tempat bertabir. Lelaki dan perempuan di periksa secara berasingan.

Masa pergi dulu akak hairan tenguk ramai sungguh orang cina dalam kapalterbang. Buat apa ek reramai gi India. Pastu hingar bingar sebab ramai orang-orang tua. Ada rombongan dari Langkawi dan lain-lain tempat.


Akak pun temuramah seorang asoo...
Dia cerita yang mereka semua pergi ke tempat suci Kota Puttaparthi, di negara bahagian Andhra Pradesh...perjalanan cuma 2 jam dari Bangalore....mereka ni semua pengikut Sathya Sai Baba di India. Mereka pergi setiap setahun sekali..cuma sediakan RM1,000 dah cukup nak gi situ. Book tiket lebih kurang setahun. Selalunya mereka pergi selepas Tahun Baru China.


Masa balik pun akak jumpa lagi rombongan asoo dari Langkawi dan orang yang sama masa pergi dulu.

Kalau naik Air Asia baik lah booked seat dan makan. Senang. Boleh pilih kat website. Kalau idak kenalah tunggu sampai mereka semua bagi kat mereka dulu..yang balance barulah kita boleh beli. Nasib tak baik makanan yang kita nak ...dah habis. Akhirnya setelah menempuh perjalanan yang panjang..alhamdulliah selamat sampai di tanahair tercinta.

Manager dan tunggu dan sempat gi makan kat kedai sebab lapar.

Tips Kalau Nak Melancung Ke India


Kalaulah nak melawat India..ada ker yang nak gi?


Kalau naik Air Asia baik book lagi 6-8 bulan ..harga memang murah ..akak check baru RM500 untuk 3 orang gi Bangalore. Nak naik MAS boleh tapi mahal lah. Yana kata tempat duduk lebih kurang cam Air Asia kalau duk kat tempat ekonomi.

Macam akak booked lagi 1-2 bulan nak pergi jadi mahallah ... 3 orang kenalah RM2,000 lebih..

Pastikan passport tak dekat dengan tamat tempuh sekurang-kurangnya 6 bulan hingga setahun..sebab leceh lah nanti bila sampai kat sana...bagi akak baik lagi setahun tamat. Imigresen kat sana memang lorat sikit..kena isi betul-betul borang putih..lagi sekali pastikan alamat lengkap tempat yang nak tuju.

Nak gi India kena ambil visa..agak mahal sebab 1 orang kena RM160 lebih. Kalau kat Kuala Lumpur kena buat visa kat Leboh Ampang..siapkan 2 keping gambar, salinan passport dan kena isi borang yang di sediakan.


Tak payah bawak anak pun tak per..janji ada passport. Siap satu hari jika tiada masalah.

Pastikan tau alamat tempat nak pergi ..tulis dalam buku catatan sebab kena isi masa tu. Kalau nak lebih detail gi ke website India Embassy. Kalau boleh datang pepagi sebab orang ramai.


Ingat..bila beli barang ataupun nak naik auto..sila tanya harga dan tawar..kalau boleh tanya dengan pekerja hotel berapa bayaran naik auto..tukar duit baik kat sana.

Gembira Gak Dapat Gi India

Kalau idak akak tak merasa nak gi India..sebab bila tenguk gambar dan baca macam tak best ajer kat sana. Tapi disebabkan anak belajar kat sana barulah kami nak pergi. Nak puaskan hati sendiri melihat keadaan tempat Yana tinggal dan belajar. Bila dah tenguk dengan mata sendiri barulah tak merasa risau.

Rasa rugi pergi seminggu sebab tak puas berjalan sebab visa pun mahal. Pergi sekejap bebeno macam tak berbaloi. Perjalanan pergi dan balik dah ambil masa sehari. Tinggal 5 hari ajer.


Kali ni kalau pergi nak bawak Ira, Firdaus dan Russhid tenguk tempat tu pulak. Insyallah kalau ada umur dan rezeki nak pergi lagi dan ambil masa 2 minggu baru puas jejalan.

Salute dengan anak-anak yang belajar di India. Walaupun macam-macam kerenah orang kat sana yang mereka panggil TEMPE , termasuk juga orang atasan (pensyarah/pegawai termasuk gak pekerja biasa) tapi mereka cekal menghadapinya.

Walaupun suasana kat sana tidak seperti di Malaysia tapi mereka masih boleh tersenyum dan bergelak ketawa.

Semuga anak-anak di sana mendapat keputusan cemerlang dan pulang dengan ijazah yang di idamkan.

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    penuh pengalaman
    mukin boleh mengingati zaman kita 60an dahulu
    kalau boleh saya pun nak melancung kesana

    Syukur kita, Allah memberi kita kesenangan yg lebih drp mereka

    terima kasih, sudi berkongsi bersama pengalaman di india

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam ina..terimakasih berkongsi cerita.. seronok membaca,alangkah seronoknya tinggal diMalaysia yg makmor..

    BalasPadam
  3. jauh beza malaysia dan india kan erm insaflah ank2..

    BalasPadam
  4. tu diaaaa.... habis jugak edisi jelajah kak ina... nampak macam India agak "sesak" dan "kurang selesa".. hujan batu di negeri sendiri...
    Lawak Call Customer dari Shanghai

    BalasPadam
  5. org ckp, locap ppl kt india ni cam bahaya je, nak2 dgn foreigner..tol ke?

    BalasPadam
  6. assalamualaikum aunty...

    hehehe..yana pun panggil tempe gak ye utk local people..
    nnti dtg2 la lagi jaulah ke india..gi area utara lak..main salji di manali and jalan2 tmpt2 sejuk di shimla... best :)

    BalasPadam
  7. i like this entry
    rasa sayu plak..and beruntung dok msia--tp kan kak, kalau dok UK lagi beruntung..sbb byk benda yg UK ada tapi Msia tak ada...

    BalasPadam
  8. time kasih sebab share pengalaman..... tiket flight mana2x airlines memang murah kalau kita booking in advance..

    BalasPadam
  9. Nice entry,Kak Ina.I've got no idea that visa to India is that expensive.Memang rugi la kalau pergi sekejap saja,kan?Tengok photos perjalanan ke airport tu mengingatkan saya dengan Fiji...sikit lebih kurang samalah..saya terperanjat melihat keadaan kat sana sebab tak pernah terfikir that in year 2011,masih ada lagi country yang jauh ketinggalan.Insaf saya,kak.

    BalasPadam
  10. lepas ni nk plan kemana pula kak? seronok tgk gambar2 dalam blog ni

    Terkini : Jackie Chan Masih Hidup (Update)

    BalasPadam
  11. wahh, mmg best pengalaman kt india akak. best laa dpt gi sana

    semoga yana dpt siap kan degree dgn baik kt sana

    BalasPadam
  12. JAUH PERJALANAN BANYAK PENGALAMAN..... BERSYUKURLAH KITA ORG MALAYSIA YG SERBA SERBI LENGKAP....

    BalasPadam
  13. semoga yana akan terus jd pelajar yang cemerlang...

    BalasPadam
  14. seronoknya kak ina dapat peluang pergi india.mungkin pasni boleh pegi uk pulak kan..bila bc entry2 akak kat india ni, mmng sungguh saya teringat kat filem2 Bollywood espcly Slumdog Millionaire.Syukur dgn apa yg kita ada di Malaysia walaupun bukan negara maju

    BalasPadam
  15. Salam Kak Ina,
    Bila tengok gambar2 akak ni, rasa bertuahnya kita di bumi Malaysia. lebih banyak infrastuktur dan kemudahan kemudahan lain... apapun, bangga dengan anak2 malaysia yang bersemangat kental belajar di sana. semoga berjaya dan terus berjaya, insyaAllah.

    BalasPadam
  16. fuhhh
    memang nampak mundur betul
    berdebu lak tu

    BalasPadam
  17. Rasa bertuah duk kat Malaysia compare to India. Tapi lagi bertuah dapat pakai Flexiroam di sana :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...