OOO

Selasa, April 19, 2011

Kena Buli

Entah kenapa semalam malas betul nak buat N3.  Padahal bukan ada kerja pun..tak moodlah..kalau tak ada mood memang macam tu.  Nasib baik malam  tenguk Imam Muda 2011, tak ada keroje cari keroje, gilah ambik gambar tapi kali ni tak sempat nak ambik semua gambar peserta.  Laju sungguh bila tunjuk gambar dia orang.

Baca dalam suratkhabar hari minggu pasal anak artis Rozita Cik Wan dah  dikeluarkan  dari MRSM sebab kena buli dek senior.  Alahai buli membuli memang dah biasa kat mana-mana asrama.  Baik dari tingkatan satu ataupun di kolej dan ipta/ipts.  Rasa sayang gak sebab nak masuk ke MRSM memang susah bebeno, dah dapat peluang keluar pulak....tapi mungkin teruk kot anak dia kena buli.Taklah patah riuk kot..kalau idak tentu jadi cerita muka depan.

Kalau kat asrama pempuan tak teruk sangat cuma kena tahan daripada  mulut-mulut longkang .  Ataupun ada yang cuba cucuk jarum ajak keluar dari asrama macam di alami dek anak pempuan akak.

Biar akak cerita pasal kisah anak akak yang lelaki dulu masa duk asrama yer.
Suami akak yang sibuk nak masukkan anak ke asrama bila dah Tingkatan Satu.  Akak tak bagi sampai menangis-nangis masa mula-mula berpisah.  Al maklumlah anak sulung.

Tapi bila suami akak pot pet pot pet kata baguslah..itulah..inilah..terpaksalah akak sebagai isteri mithali mengikutnya...akak pun sibuklah cari sekolah agama swasta sebab russhdi tak dapat 5 A jadi tak ada can lah nak masuk asrama bawah Kementerian Pelajaran ataupun asrama negeri.

Masa tu akak rajinlah beli surat khabar harakah sebab kat situ banyak di iklankan sekolah agama swasta.  Puas akak gi survey bila balik dari mengajar..kat Puchong, kat Seremban, Ampang dan banyak lagi . Akak siap gi masuk ke asrama, tenguk kelas  dan persekitaran asrama.  Kenalah cerewet pasal ni semua, sebab semuanya perlu di bayar dan kita hendakkan kemudahan yang di beri berbaloi dengan wang yang di keluarkan.

Akhirnya dapat gak satu sekolah swasta di Beranang, nama sekolah tu Sekolah Seri Al Ain.  Tersesat-sesat nak cari jalan ke sini sebab sekolah ni kat perkampungan.  Tenguk persekitaran pun macam ok ajer.
Bila dah sekolah swasta tentulah bayaran mahal kan.  Tapi tak per kata hb akak, untuk masa depan mereka, kenalah rela mengeluarkan wang.  Sekolah ni baru jadi semua barang baru dan pelajar taklah ramai sangat.  Ada gak pelajar lelaki berumur 7 tahun dihantar dek ibubapa ke sini....aduhai kesiannya kecik-kecik dah di hantar ke asrama..kalau akak tak sangguplah kalau anak sekecik tu dah pi asrama.

Bila tiba hari nak buka sekolah tahun awal 1993, kami sekeluarga hantarlah beliau ke situ.  Bila dah siap kemas semua barang, masa nak balik, apa lagi melelehlah air mata. Sedihnya tak terucap tapi kena tabahkan hati demi nak melihat anak berjaya.

Kononnya akak belikanlah semua baru....tapi rupanya tak guna belikan barang baju dan spender berjenama sebab orang suka sapu bila di sidai  dan akhirnya lesap tak dapat di kesan.  Perkara ni berlaku gak kat sekolah asrama biasa.  Bila Russhci call ajer..ada ajer benda yang hilang..tension gak dibuatnya... selalunya baldi ataupun gayung di pecahkan dek budak-budak nakal.  Akak taklah kata anak akak baik sangat pun.

Rasanya 2 minggu/sebulan sekali kena camtu, lelama bincang dengan warden, tolong disiplinkan budak-budak ni dan akak ada gak gi soal jawab dengan bduak suka pecahkan baldi russhdi.  Lepas tu kejadian tu jarang berlaku cuma kes kehilangan baju seluar masih berlaku..tapi akak salahkan anak akak gak sebab dia pun cuai.  Yang lain tak ada masalah rasanya, tapi sayangnya dek sebab pengurusan yang tak betul sekolah ni terpaksa di tutup pada penghujung tahun 1993.

Kenalah cari lagi asrama baru.  Kali ni dapat pulak ke Sekolah Al Amin Seremban, dia belajar di Tingkatan 2.   Oleh sebab pelajar lelaki yang duk jauh tak ramai, pihak sekolah cuma sewa sebuah rumah berhampiran sekolah, tapi makan dan minum kena gi ke kantin.  Masa duk sini tak ada problem sangat sebab yang duk kat asrama cuma 10 orang,  sebab kebanyakkan duduk area Seremban.

Pada tahun 1995 akhirnya dapat gak duk dalam kawasan sekolah dan alhamdulliah kat sekolah ni semuanya teratur sebab guru semua memang berpengalaman dan Russhdi berjaya juga menghabiskan peperiksaan tingkatan 3.
Tapi sayangnya sebab Sekolah Al Amin tak ada asrama untuk Tingkatan Empat, terpaksalah akak kena cari sekolah lain.  Oleh sebab dah besar akak hantar pulak ke sekolah agama di Perak, setelah pergi tenguk sekolah tersebut.

Alhamdulliah akhirnya Russhdi selamat menempuhi peperiksaan spm di sana.  Oleh sebab mungkin dah besar tak ada pulak dengar cerita lagi tentang ada lagi barang yang hilang.  Alhamdulliah juga anak akak tak pernah patah riuk dan di buli teruk masa duk kat situ...setakat buli biasa cam basuh kain baju senior ataupun di suruh buat kerja adalah  kot.  Denda tu akak tak kisah sebab kalau dah melakukan kesalahan, mestilah terima hukuman..ala setakat di pukul dengan rotan tak sampai luka tak apalah..
Ada baik dan buruk duk asrama ni...tapi kalau anak-anak tak nak jangan di paksa sebab mereka memendam perasaan nanti dan memburukan masa depan mereka.  Kalau mereka nak gi sukarela tak per tapi kena selalu datang pada tahun pertama.  Ini pengalaman akak..pengalaman anda mungkin lain kot.

Sape ada pengalaman teruk kena buli...cuba ce citer...

14 ulasan:

  1. betul..duudk asrama ada buruk&baiknya..
    Saya dulu jarang kena buli, bila time senior panggil je, pakai kupiah sebab sr x kacau budak2 baik/kaki surau..haha

    BalasPadam
  2. heranla kalau bebudak laki ni memang biasa la kak ina.kalau perempuan kurang sket.kalau ada pun mental jela.fizikal jarangla jadi kat budak2 perempuan..

    BalasPadam
  3. saya pun masuk asrama since form 1
    alhamdulillah.. takde la teruk kena buli
    masa minggu orientasi tu, biasa lah
    cuma senior jer yg slalunya poyo nak menunjukkan kesenioran masing2.. elehh.. beza bape tahun je pun... orang tak bagi salam masa berselisih pun nak melenting.. tah pape ntah

    BalasPadam
  4. asrama biasa la, tapi tgk juga keadaan, huhu tapi ade juga dgr kes bukan2 kat asrama

    Terkini : Video Makhluk Asing Mati Di Rusia

    BalasPadam
  5. yong pon ada mcm2 pengalaman masa di hostel dulu~

    BalasPadam
  6. Mmmm..anak yang tua sekali pernah dihantar ke Sekolah kat Meru. Sekolah Projek kesinambungan Projek baling tak silap. Selalu kena buli dek kerana bapaknyer org sarawak. Siap kutuk rumah kat Sarawak atas pokok ker..geram pun ada tapi memikirkan dah budak-budak cuma tegur jerlah..akhirnya diberhentikan dari sekolah tu pasal sistem tak teratur. Duduk sekolah agama sampai satu meja kongsi 4 orang lepas tu cikgu mengajar pun asyik pergi kursus. Akhirnya keputusan UPSR sekolah tuh dengar-dengar jatuh teruk..

    BalasPadam
  7. 'tapi kalau anak-anak tak nak jangan di paksa sebab mereka memendam perasaan nanti dan memburukan masa depan mereka.'

    serius akak,ni second time sy nangis bila baca entry akak pasal anak2 punya education. contohnya bila akak wish anak akak punya pmr ari tu. mana lagi nak cari parents yg sgt memahami mcm akak.anak2 akak patut bersyukur dgn apa yang Dia kurniakan kpd mereka-AKAK

    BalasPadam
  8. saye dulu 5 tahun duduk asrama... ok aje... member2 aje yang buli.. siap kes polis lagi.. hehehe
    jangan lupa komen kat Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi

    BalasPadam
  9. sy dulu turut2kan jer senior tu, untung2 dpt sebungkus maggi. boring la kena buli

    BalasPadam
  10. belum ada pengalaman anak2 keasrama... tapi saya ada... tu pun cuma 2 minggu dah saya tak suka dok asrama.....

    BalasPadam
  11. saye duk asrama sejak dari tingkatan 3..masa duk pun duk sekejap aje sbbnya sementara nak tunggu family pindah. Nak ulang alik susah lah..nak kata kena buli tu xpernah la, tp yg senior mulut busuk mcm longkang memang ramai..almaklumlah, saya duk kat bandar, pastu pindah duk asrama kat kampung..ada je yang tak kena di mata dieorang tu sampai saye kena panggil ngan warden tak pasal2 je..padahal sye xbuat ape pun..pelik betul..yg warden pun mentang la sye budak baru, semua benda yg senior2 ckp tu semua dia percaya bulat2 je..last2, bila family da pindah je, terus cepat2 suruh mak kuarkan dari asrama...

    BalasPadam
  12. Kes buli nie rasanya akan berlaku di mana2x skolah asrama baik aliran biasa mahupun agama..... cuma pendedahan dan pengalaman kat skolah asrama itu bagi saya memang bernilai.....

    BalasPadam
  13. terima kasih tanpa nama..akak tak suka paksa-paksa anak takut mereka benci kita nanti kita akan di persalahkan nanti.

    terharu akak baca komen kamu..terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  14. Sekolah Sri Al Ain tu ada kena mengena ke dengan Rusnah Abu Samah dan Suaminya Muhammad Zakaria? Muhammad Zakaria dulu editor Telaga Biru. Rusnah ada bikin NGO Persatuan Belia Sri Al Ain

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...