Kalau nak makan pucuk manis kena beli. Selalu beli kat Pasar Tani. Kalau masak lemak memang letak keledek. Tak taulah kenapa, akak follow stail mak akak masak. Kalau ada sambal tumis udang dengan petai ataupun sambil tumis ikan bilis..fuhhh sedapnya makan..pastu ada pulak ikan masin. Perghhhh..
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk manis (RM1.50)-ambil daunnya sahaja
1 biji keledek-(akak guna warna purple) potong dadu dan rebus sebentar dan toskan
1 sudu besar ikan bilis
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
garam secukupnya
Cara-cara:
1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama santan cair dan kacau sehingga mendidih.
3. Bila mendidih masukkan pula santan pekat bersama keledek dan garam.
4. Didihkan sekali lagi baru masukkan daun pucuk manis dan setelah masak rasa dulu baru di tutup api dan hidangkan.
wah akak,mcm sedap je gune purple nya keledek
BalasPadamsalam kak..saya pun suka gak makan pucuk manis.. ada tanam kat blkg umah, tp xberapa nak hidup la.. kontot2 je pokoknya..
BalasPadamkalau cara saya, saya rebus keledek tu sampai empuk pastu air keledek tu x buang, terus masukkan santan paket tu n pucuk manis.. lagi manis.. sebab sayang la buang air rebusan keledek tu. kt situ le khasiat n kemanisannya..
masa kecik2 dulu mmg inilah masakan yg selalu emak masak. pokok depan rumah je kat kg. tp la ni pokok tu pun susah nak cari.
BalasPadam;((
cantikla kak guna keledek purple.mesti lagi manis ni
BalasPadamkak ina, thanks for sharing..kita suka sgt pucuk manis.must try after this hehe
BalasPadammakan dgn nasik panas.. sedappp!!
BalasPadamapsal sentap kak ina? dgn sape?
dah lama tak makan masak lemak ni..lapo plak perut tiba2 :)
BalasPadamwah sedap nie
BalasPadamalahaiii... kombinasi yg baik gulai lemak ngan ikan masin...nyam3
BalasPadamdatang pinjam resepi..terima kasih kak ina...
BalasPadam