Bila sampai di perkarangan Restoren Bora Ombak saya begitu terpegun melihat dekorasi yang ada di sini. Dekorasi ala Bali membuatkan kita terasa seolah-olah kita berada di Bali Indonesia. Tak yah gi Bali pun tak apa.
Hiasan dalamannya memang menarik dengan gaya ala Bali terutama bila sekuntum bunga kemboja di letakkan di atas meja.
Kami di hidangkan secara buffet. Roti jala berwarna kuning lembut yang di makan bersama kuah kari daging yang sedap, menyebabkan mulut tak berhenti menyuap hingga tak sedar makan sampai 3 keping.
Kemudian saya ambil kueh udang yang menyelerakan berserta sos cili yang di taburi bijan. Bila masuk ke mulut terasa seimbang rasa manis dan pedasnya. Ikutkan hati nak ambil lagi tapi nak rasa juga makanan yang lain.
Ada juga keropok lekor goreng terasa lembut dan terasa lebih ikan dari tepung dan di cicah dengan sos yang sama. Sekeping demi sekeping keropok lekor di kunyah dan akhirnya licin dalam pinggan.
Pastu ambil pula sandwich yang lazat hermm..cukup terasa isinya.
Setelah itu saya mencuba pula Soto Ayam Sori Selatan, nama yang agak unik, dah tentulah nama begitu sebab ada unsur-unsur Bali kan. Nasi impit yang di letak bersama cebisan ayam yang dicarik, bawang goreng, taugeh, suhun goreng berserta daun sup/bawang memang satu kemestian bila menyediakan soto ayam. Jika tiada bahan-bahan ni memang tak leh panggil soto.
Tapi sayangnya tak ada pula sambal kicap atau mungkin cara masakan bali tiada sambal kicap kot cuma orang melayu/ jawa yang biasa makan soto dengan sambal kicap.
Setelah di tuang kuah yang sedang mendidih rasa tak sabar nak mengecapi soto ayam ini. Bila di hirup kuahnya, memang enak kerana terasa rempah ratus yang seimbang. Memang lazat dan kena dengan tekak akak dan kalau nak tau akak ambil lagi sekali soto ayam ni. Sedap..mestilah makan bertambah.
Setelah di tuang kuah yang sedang mendidih rasa tak sabar nak mengecapi soto ayam ini. Bila di hirup kuahnya, memang enak kerana terasa rempah ratus yang seimbang. Memang lazat dan kena dengan tekak akak dan kalau nak tau akak ambil lagi sekali soto ayam ni. Sedap..mestilah makan bertambah.
Kecur tenguk kuah rojak buah penang. Terus mencuba rojak buah ini, rasanya memang sedap dan yang lain dari rojak buah yang saya makan sebab ada keropok.
Setelah itu saya mencuba pula kueh buah melaka yang bila di gigit terasa isi gula melaka dan kueh pulut urap yang seakan-akan pulut yang di makan bersama serunding tapi rasa di sana menang lain dari yang lain.
Teh tarik yang di sediakan memang kaw..tak puas minum segelas, saya ambil segelas lagi, kalah mamak buat.
Akhir sekali saya mencuba Bobo Kacang Ijo atau orang kita panggil bubur kacang hijau yang telah di hidangkan dalam pasu tanah. Pekat dan likat bubur kacang ni, secukup rasa santan dan gula dan rasanya memang enak.
Alangkah enaknya jika beradu di sini dengan tiupan angin sepoi-sepoi setelah perut kenyang setelah selesai menjamah segala masakan yang lazat di sini.
Banyak lagi menu yang di tawarkan di sini terutama pada waktu malam dan petang. Dari hidangan western hinggalah ke selera tempatan. Cubalah dan tentu berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Minuman pun bermacam-macam jenis dan harga tapi masih termampu untuk membayarnya.
Nak senang cari Bora Ombak, cari dulu futsal Sport Planet di Ampang sebab restoran Bora Ombak dalam satu deretan bangunan yang sama. Jika tak jumpa boleh call no yang di sertakan.
Alamatnya
75, Jalan Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor
Tel: 03 4251 6303 Fax: 03 4251 6302
huaaa...dekat je ngan umah tapi x pernah pegi...
BalasPadammengoda nya makanan2 tu
BalasPadamtak terpegi lagi bora ombak ni
amboi kak...makan mewah nih..ke ada event kat sini...
BalasPadamhurmmm... nie mesti dapat invitation nie...tengok gambar no3 tu macam ruby jeee... ;-p
BalasPadam