OOO

Selasa, Jun 21, 2011

Canopy Walk Di Taman Negara

Seram tenguk bila canopy walk bergoyang-goyang bila ada orang berjalan
rasa cam tak naik ajer, tapi takkan akak nak tinggal sorang kat situ.
 Untung kami sebab kami tak payah menunggu lama, tak sampai 1 jam. Mengikut kata renjer pernah ada yang menunggu 3 jam semata-mata nak naik canopy walkaway ni.
Kena panjat tangga tinggi untuk ke atas. Bila hujan dan ribut kencang tak leh naik, setiap orang di kenakan bayaran RM5.00 dewasa dan kanak-kanak RM3.00.
Imran ni suka bebenar menempel dengan orang lain. Nak mengurat awek Filipina tu ker anak oiii
Imran laju ajer jalan kat sini..badan kecik taklah bergoyang..kalau nak tau titian gantung ni sepanjang 550 meter dengan ketinggian 45 meter dari tanah..fuhhh tingginya.
Ira pun sama..eksyennya..suami kata kalau tak nak bergoyang jalan kaki kangkang..takkanlah akak nak jalan camtu, drop my water face..
Bagi yang berbadan besar, terasa goyangan canopy walkaway ni
Dengan bacaan bismillah akak memulakan langkah, muka senyum tapi dalam hati ashik mengucap ajer terutama bila ia berbuai-buai ke kiri dan ke kanan.
Bila tenguk bawah...serun dan terasa gayat, tu sebab masa jalan tu akak cuma pandang ke depan ajer
rupanya budak cina ni ambil gambar akak dari belakang ..seronok tapi gementar dan mulut tak putus-putus membaca apa yang patut. 

Mencii bila suami akak kat belakang, di gegarnya titian ni sampai akak tak leh jalan sebab takut, dia kat belakang gelakkan akak. Lepas tu akak suruh dia jalan dulu..geram betul
 
Mengucap panjang bila kena mendaki tangga ni, nak buat camner, walaupun penat terpaksa teruskan juga sebab kat belakang ramai lagi yang sedang menunggu giliran.
Akhirnya selepas meniti 11 titian ni, sampailah kami ke penghujungnya. Fuhhh legaaaaaaaaaaa

11 ulasan:

  1. panjang jugak 530 meter berjalan.. bergoyang-goyang.. woohooooo..
    Earning 2 Grapevine Sekaligus!!

    BalasPadam
  2. salam,

    tabik springlah kat kak ina... berani mencuba!

    BalasPadam
  3. Salam.

    Untung kakina ni asyik jenjalan je..jeles..

    BalasPadam
  4. wah beraninya kak ina. nak terjah jugalah satu hari nanti.. tak pernah g lagi dekat taman negara tu

    BalasPadam
  5. berani kak ina naik jambatan gantung...

    kalu sumi...sure depan jer... nak lalu confirm x berani..hahaha


    Sumijelly.com

    BalasPadam
  6. syabas kak ina...berjaya melepasi halangan...

    BalasPadam
  7. lamanya tak dtg sini..bertapa kat spital..bestnya kak ina gi tmn negara..saya gayat la..mau ketar lutut..huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...