OOO

Jumaat, Jun 03, 2011

Catatan Perjalanan di UK-Jejalan Di East Midlands Designer Outlet

Rabu -11hb Mei 2011

Akak ada baca kat blog bila orang gi jejalan kat London mereka akan cerita mereka pergi ke designer outlet di  Leicester.  Akak pun terujalah nak gi. Kononnya macam tau ajer nak gi ke Designer Outlet ni.  Just refer kat google dan tak tanya dengan orang yang dah pernah pergi.

Russhdi setlah garmin, ambil masa 3 jam nak pergi ke Leicester dari Sunderland.  Bila sampai rupanya gudang untuk jual barang borong.  Mati akal di buatnya.
 ada ambil gambar tapi tak jumpa..cilok kat google ajer

Akak call anak kat kl suruh check email dan cari no Suzie yang pernah pergi kat situ.  Suzie ada bagi arahan camner nak gi tapi akak tak faham.  Kesudahannya   Suzie suruh pergi ajer  ke Tourist Information Centres di Leicestershire.  Nasib baik senang nak cari.

Bila jumpa Uncle kat kaunter, dia bagitau kat mana sebenarnya Designer Outlet, siap printkan cara nak pergi dan map.  Rupanya kat East Midlands Designer Outlet, Mansfield Road, South Normanton, Derbyshire.  

Terpaksa berpatah balik 1 jam ke arah utara.  Alahai rugi duit minyak dan masa.  Akak puji dengan uncle ni, cuba membantu kami dengan sedaya upaya.  Lupalah pulak nak ambil gambar dengan dia.
 Suami akak kata, tak perlah, dapat gak tenguk town Leicestershire.  Masa tu dah nak dekat pukul 12.00 tengahari, tempat tu tutup pukul 6.00 petang.  Bila dah sampai kat sini, senang rasa hati.  Perut dah lapar, kami makan bekalan nasi lemak yang akak masak dalam pukul 5.00 pagi dalam kereta ajer.  Bila tenguk tempat ni, alahai taklah besar sangat.  Sempat ronda-ronda  dulu baru beli. 

Ada kedai Nike, Clark, Adidas, kedai perfume, kedai pinggan mangkuk port (pinggan mangkuk mahal) dan lain-lain lagi.
Lepak jap..tipulah kalau kata tak beli apa-apa kan, belilah serba sedikit ole-ole untuk anak-anak.  Hb beli kasut kat sini, harganya 1/2 lebih murah dari kat sini.  Anak kata,  outlets ni kecik, kalau gi kat York lagi meriah.  Tak per lah...janji bil orang cerita pasal tempat ni, akak dah tau kan.  Dalam pukul 5.00 lebih kami berangkat pulang.
Untuk diri sendiri akak beli peralatan dapur, dah lama teringin nak pakai barangan dari silikon,bila tenguk harga 1/2 dari harga di sini akak belilah sebab nanti rasa ralatlah pulak.
Pergi ke kedai halal orang Pakistan ni masa balik dari Newcastle, tapi nak show gaklah kat dalam N3 kali ini, terlupa nak letak masa tu.  Akak beli bahan masakan ajer kat sini.  Harga jangan cakaplah, mestilah mahal kalau di kali 5.  Nak masak punya pasal pejam mata ajerlah.

10 ulasan:

  1. wahhh...best nye jenjalan...bile la AI dpt gi pulak...adik ade kat sane...

    BalasPadam
  2. takpe lah sesatkan kak.janji dpt tgk tmpt org..ada hikmahnya tuh

    BalasPadam
  3. Kak,
    Tak lah rugi walaupun sesat jalan sebab dapat tengok lebih pemandangan.Kalau ikut tour mesti semua tempat macam tu akak tak dapat pergi kan?I suka dapat masuk factory outlet.Walaupun barang kat situ kira dah habis musim,tapi mungkin kat tempat kita still new stock kan.Kopak la Pakcik akak..ahak!

    BalasPadam
  4. Mudahkan ada anak jadi tourism guaide masa kat sana.

    BalasPadam
  5. Picturenya x blh tgklah kak....

    BalasPadam
  6. kak ina...tentu lbh seronok memasak..bila guna brg2 yg dibeli di UK tu..

    BalasPadam
  7. Ina

    Cuba cari Silpat for baking ada tak?

    BalasPadam
  8. btol kak, bilan guna pound, harus pejam sebelah mata..kalo tak, otak tarak senang..hehehe

    BalasPadam
  9. wah barang silikon,teringin juge

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...