OOO

Isnin, Jun 06, 2011

'Layan macam pelacur'

Wah..wah..wah...baca tajuk semalam kat dalam Berita Minggu membuatkan akak tertarik nak baca seterusnya.

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

Baca kat sini selanjutnya

Apa macam puas hati tak baca nasihat dari Dr Rohaya Mohamed. Akak nak tau gaklah macamana agaknya nak melayan suami seperti pelacur kelas pertama?

Banyak yang tak setuju istilah itu di gunakan. Baca pendapat di bawah artikel tu. Salah satunya dari pembaca yang bernama Siti Fatima bt Baharum

kenapa perlu menyamakan seorang isteri dengan seorang pelacur?kenapa bukan bidadari?adakah martabat seorang isteri begitu rendah seperti pelacur?dan kenapa isu seks diberikan keutamaan?klu si isteri gagal dalam memberikan keseronokan dlm hbgan seksual,kte xboleh menyalahkan pihak isteri,klu si suami sygkan si isteri,isu xpuas dan perlu mencr yg lain utk memuaskan nafsu diluar xkan timbul.seorang tue perlu berfikir sebelum memberikan pandangn diumum.perlukan diingatkan perumpamaan pelacur xelok digunakan.

Camner ek nak tau macamana pelacur kelas pertama melayan pelanggan? Agaknya macam dalam drama korea, china dan melayu tu kot. Kalau camtu suami isteri yang berkekalan sehingga ke akhir hayat tu layan suami cam tu ker? Rasa akak lagi banyak faktor lain yang membolehkan mereka hidup sehingga ke hujung nyawa.

Apa pendapat anda..setuju ker idak? Cer cerita .

16 ulasan:

  1. tu seribi satu alasan je,hmmm

    kawin bkn sebab tu je

    isteri pon kena pandai "jaga" hubby,hehe

    BalasPadam
  2. kalau dah disamakan istri dgn pelacur maknanya---istri kawin satu tapi boleh layan byk lelaki selain suaminya...camtulah yg ana faham perumpamaannya

    BalasPadam
  3. ahaa..betul gak kata suhana shahril..tapi rasanya kena tanya Dr rohaya tu camner layanan pelacur kelas satu..sebab dia bercakap mesti dari pengalaman kan..hi..hi.bercakap mesti dengan iman di dada..rumahtangga bukan unuk seks sahaja..

    BalasPadam
  4. Tu dia...orang penang cakap...takut dengan tittle tu. Rasanya bukan layanan kot ...tapi perasaan sayang,kesetian telah hilang layanan first class pon tak menjadi. Apapun pegangan ugama yang kuat tiang segala maksiat.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau mengunakan Hadis atau ayat Al Quran, mukin boleh jadi panduan utk dunia dan Akhirat

    Wassalam

    BalasPadam
  6. pelacur kelas pertama???mcm mana nak tahu pelacur kelas pertama punya layanan,melainkan pernah langgan pelacur...apa pun tindakan, yang penting berpandukan al-quran dan sunnah...

    BalasPadam
  7. hishhhh macam2 kan skrg kak.... apapun isteri sepatutnya dilayan sebagai isteri. teman dan kekasih.... hehhehe

    BalasPadam
  8. saya rasa ptt guna la perkataan yg lebih proper...selain dr "pelacur"

    BalasPadam
  9. wahhhh... nk tuko2 kukis dgn kak ina.. nak..nak.. cmne kite nk deal tu??

    BalasPadam
  10. x elok kata pelacur kelas atasan kan

    BalasPadam
  11. memang term tak sesuai. pelacur kelas pertama punya layanan macam mana? kalau nak mcm tu , bagi nafkah pun kene ikut 'rate' pelacur kelas pertama.

    BalasPadam
  12. banyaknya kerja kena buat..:(

    BalasPadam
  13. - dr rohaya tu buat cam tu ke...

    - guna la word yg lebih elok...

    - hancusss...

    BalasPadam
  14. lelaki kalau dah gatal nak cari lain mcm2 alasan dia boleh guna..isteri baik macamanapun tetap x jalan derrr

    BalasPadam
  15. Ahli per isteri taat sanggup jadi pelacur kelas pertama ker?
    lain kali cakap pakai otak...taat sangat ke kita ni atau 2x5 macam laki kita.taatilah laki kamu selagi belum disuruh melakukan kemaksiatan.taati allah dan taati suami selamat dunia akhirat.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...