OOO

Sabtu, Julai 16, 2011

Resepi Lempeng Ubi Kelapa

Alahai dah tua camni pun tak reti nak buat lempeng kelapa, kena rujuk resepi kat blog Mat Gebu, kalau lempeng kelapa ataupun pisang tu bolehlah.  Dek kerana suami bawak ubi banyak sangat dari kampung terpaksalah di pelbagaikan masakan dari ubi.

Akhirnya habis gak ubi di bedal oleh kami semua.  Suami memang kecik hati kalau dia bawa balik kiriman dari bapa mertua pastu kita buat derk ajer, macam tak sudi , al maklumlah dia orang kampung.(suami akak yang kata)

Kebetulan ada buat sambal tumis udang dengan petai pastu buat air kopi pekat.  Fuhhh..laju ajer makan, nasib baik tak hujan kan.  Kalau hujan tentu kena buat banyak kali.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Sedikit air (yang ni agak2 lah dalam 3 - 4 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, kacau sebati. Panaskan non-stick pan, oles sedikit minyak masak, letakkan 1 senduk adunan dan ratakan (bergantung pada saiz non-stick pan masing2).
  2. Masak dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan garing, terbalikkan dan biar kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau ikut citarasa masing2...

8 ulasan:

  1. singgah dan follow kak ini....lempeng ni mudah di siapkan sedap di makan....

    link saya http://kelabpessad.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tak pernah buat lagi nih. parutan ubi kayu tuh buat macam kita nak buat kuih talam ubi tuh ek kak. lepas tuh letak tepung sikit ekh?.

    BalasPadam
  3. mmg klu kena cicah sambalnya, mesti sedap lempeng tu kan kak.

    BalasPadam
  4. alahai...tak mkn merajok plak ye? gitu la org berkeluarga...tambah pulak bila dah meningkat usia, mudah beno sentapnya..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...