OOO

Ahad, Julai 03, 2011

Resepi Rendang Tok

Hasil gabungan 2 resepi   http://hanieliza.fotopages.com dan http://mas-dapurmas.blogspot.com akak cuba buat rendang tok cara akak pulak. Alhamdulliah menjadi.  Terima kasih buat kedua-dua penyumbang resepi.

Bahan-bahannya
  • 1 kilo daging lembu - dipotong
  •  santan dari sebiji kelapa - lebih kurang 2 cawan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 - 3 sudu besar gula merah - agak2 yerk
  • 2 sudu besar membumbung serbuk kari daging 
  • 1 biji bawang besar - hiris 2 nipis
  • 1/4 inci halia - hiris2
  • 1 helai daun kunyit - hiris
  • 3 keping asam keping
  • garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar
  • 1/4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 2 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b jintan putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 25 biji cili kering - anggaran 3 sudu besar cili kisar
  • 20 biji bawang merah
  • 5 cm halia
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara memasak :
  1. Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
  2. Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
  3. Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa bersama asam keping dan masak hingga rendang kering. 
  4. Semasa masak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan.
  5. masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  6. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...

8 ulasan:

  1. Assalam Kak Ina,
    kreatifnya gabungkan 2 resepi...
    rendang tuk memang sedap, lebih2 lagi kalau makan ramai2 time kenduri...

    BalasPadam
  2. sedap ooo rendang tok nie...lagi sedap kalau makan dengan ketupat.. perghhh kecur liur jadinya

    BalasPadam
  3. salam k.ina..minta izin copy resepi msk lemak pucuk manis yer..TQ

    BalasPadam
  4. Rendang minang bler nak buat rempah rendang dah dapt... ehehehheee

    BalasPadam
  5. Salam Kak Ina, rendang daging ni teringat hari raya pulak. makan dengan ketupat segera pun jadi lah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...