OOO

Selasa, Ogos 16, 2011

RADOSTAR PRIZE 2011 LEBIH BESAR, LEBIH MANTAP!

Pertandingan Seni dan Rekaan Menjanjikan Pengalaman Lebih Teruja Untuk Penggemar Seni Reka & Pengundi Online

Rado, pembuat jam, berwawasan dari Switzerland sekali lagi menganjurkan pertandingan  RADOSTAR Prize 2011 dengan tujuan merangsang dunia seni dan rekaan di Malaysia!  

Dahulunya dikenali sebagai The Rado Young Design Prize pada 2010, pertandingan ini memberi penghormatan kepada insan-insan berinspirasi dan inovatif yang berani mencabar penentuan dan batasan melalui kreativiti dalam bidang seni, pekerjaan serta inisiatif kesedaran, selain membuka peluang kepada golongan muda menyerlahkan bakat mereka untuk pengiktirafan masyarakat tempatan dan global.

Rado, ikon inovasi unggul lagi berkualiti, mempelopori penggunaaan bahan berteknologi tinggi dlaam pembikinan dan reka bentuk jam. Seni dan rekaan adalah sebahagian daripada falsafah kewududan Rado.  Sokongan kami dalam persada seni dan rekaan antarabangsa sebenarnya bukan sekadar menimbulkan kekaguman tetapi melangkaui batasan keindahan.

Kami berazam memupuk Unlimited Spirit anak-anak muda, sekali gus memberi mereka inspirasi untuk menyumbang karya unik kepada dunia rekaan.  Selaras dengan falsafah ini, kami juga bertekad mewujudkan platform untuk mendekati lebih ramai pereka kreatif di merata dunia, justeru kami telah mewujudkan satu komuniti online " www.radostar.com"
komen Encik Bernard Yong, Naib Presiden Rado Malaysia.

Dengan tema baru Sahre Your Unlimited Spirit, pertandingan tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan lebih mantap, pasti hebat!


LEBIH BESAR
 Lebih banyak kategori akan diperkenalkan tahun ini untuk menjangkaui lebih ramai warga Malaysia yang menggemari seni dan rekaan, sekali gus menarik lebih banyak penyertaan.  Daripada 15 kategori yang sedia ada - animasi, seni bina, digial, fesyen, reka grafik, barang kemas, ilustrasi,  instalasi, lukisan, hiasan dalaman, fotografi, percetakan, produk, seni arca dan video - dua kategori baru, Seni Khat dan Rekaan Fabrik akan di tambah pada tahun ini.

Secara langsung, ini dapat meluaskan ruang bagi pelbagai hasil karya seni yang belum pernah di lihat yang dihasilkan oleh pereka berpotensi di Malaysia.

LEBIH MANTAP
Pada tahun ini sistem keputusan markah lebih mantapkan dilaksanakan dengan melibatkan pengundi online dan juri profesional. Pemarkahan baru ini berdasarkan nisbah 30/70- undian online 30% dan undian juri profesional 70%. Undian awam akan diambil kira dalam pemilihan lima peserta akhir. Selain itu, Rado akan memberi anugerah Pereka Pilihan berdasarkan jumlah undian awam tertinggi.

"Kami menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengundi peserta secara online, khususnya bagi penyertaan yang layak menang menepati tema Share Your Unlimited Spirit", jelas Encik Yong.
Bersama Encik Yong, tiga lagi tokoh Malaysia yang tersohor dalam bidang masing-masing akan menyertai panel juri profesional.  Mereka  ialah Khoon Hooi, pereka fesyen terkemuka Malaysia,
 Benson Saw -pemenang anugerah dan pereka hias dalaman Malaysia yang mengendalikan perniagaannya di bandaraya London, Singapura dan Malaysia serta
Zanita Anuar, Pengarah Innovasi Muzium, Jabatan Muzium Malaysia.

Pada tahun ini, Rado akan memilih tiga penyertaan terbaik daripada 5 peserta terakhir, di mana Juara RADOSTAR Prize akan memenangi se utas jam tangan Rado dan wang tunai bernilai RM10,000 untuk membantu memulakan kerjaya ataupun perniagaan.

Naib juara pertama dan kedua akan menerima hadiah wang tunai dan se utas jam tangan Rado.  Pengundi online juga di jemput menyertai proses menentukan keputusan.  Pengundi dengan jumlah undi tertinggi melalui www.radostarprize.my berpeluang memenangi seutas jam tangan Rado.  Hanya pengundi sah yang memberikan butir-butir tepat untuk di hubungi layak memenangi hadiah menarik yang di sediakan, tertakluk pada terma dan syarat.

Pertandingan ini terbuka kepada orang awam yang berminda kreatif dan penggemar rekaan di mana semua yang berminat boleh mendaftar dan menghantar penyertaan secara online di www.radostarprize.my sebelum 16September

Karya seni 5 peserta terbaik akan dipilih dan dipamerkan di Concourse Suria KLCC bermula 20 hingga 24 Oktober 2011.  Juara akan diumumkan di majlis penutup pameran pada 24 Oktober 2011.



Dengan tema baru 'Share Your Unlimited Spirit', pertandingan tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan lebih mantap,pasti hebat! 
 Pemenang the Rado Young Design Prize, Malaysia 2010 (“RYDP”) Shahrul Anuwar bin Mohamed memenangi RM10,000 dan sebuah jam r5.5. 

Rekaan Shahrul Anuwar yang rekaan perabut unik ,kerusi berbentuk daun paku pakis berfungsi untuk kesihatan tulang belakang dan boleh di adjust.Nama ciptaan beliau – the ‘Fernature Chaise Lounge’.

Mengenai Rado
Sejarah Rado bermula pada 1917 di kota kecil Lengnau, Switzerland. Sejak 1990, Rado telah menerima lebih 30 anugerah rekaan antarabangsa. Kini terserlah sebagai perintis pembuat jam tangan Swiss, Rado dikaitkan dengan jam berkualiti berserta rekaan yang tiada tolok bandingan dan penggunaan bahan premium.

Mengenai Radostar.com
Radostar.com adalah komuniti rekaan online yang dikhususkan sebagai platfom penggemar seni dan rekaan dari merata dunia berkongsi hasil karya dan keghairahan mereka. Dengan kandungan seni dan rekaan yang amat relevan, dilengkapi ciri-ciri pelbagai jaringan sosial, Radostar.com menyediakan platfom digital baru kepada generasi yang bakal membentuk semula rekaan maa depan. Pelancaran rasmi Radostar.com telah berlangsung di Milan,Itali pada tahun lalu. Terkenal kerama kehebatannya merangsang inspirasi dan menyokong aspirasi, Radostar.com bertekad untuk menjadi komuniti rekaan online moden masa kini. 

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...