OOO

Rabu, Ogos 03, 2011

Sotong Masak Kicap@Hitam

Masak sotong ni memang sonang terutama yang baru penat baru balik kerja di bulan puasa. Akak letak segala sayur dalam peti ais sebab malas nak masak sayur lagi. Kalau masak sotong ni memang keluar air, akak tambah lagi air sebab kat umah ni kalau tak ada lauk berkuah cam tak tertelan nasi terutama dak Imran. Ambil resepi dari blog hazila

Bahan bahan

500 gms sotong-tinggalkan dakwat hitam dalam 2
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
2 cm halia *
2 sudu makan kicap pekat
1 biji tomato
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 tangkai cili hijau - dibelah 2
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula jika perlu

Cara cara
  • Bersihkan sotong dan toskan
  • Kisar bahan yg bertanda *. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kicap pekat, dakwat sotong serta sotong, gaul rata.
  • Masukkan garam,gula dan sedikit air asam jawa. Kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan bawang,tomato,cili,sayur-sayuran dan gaul rata. Setelah masak, bolehlah diangkat.

8 ulasan:

  1. sama ngan sy kak.. lauk2 yg sesuai tambah sayur mesti sy tambah sayur lebih2 pastu takyah dah masak menu sayur.. 2 in 1 gitu.. hehe..

    BalasPadam
  2. ya Allah.... menggelegak perut..

    BalasPadam
  3. tengok2 menu kat sini, pastu kalu terliur esok pegi cari kat pasar ramadhan jer.

    BalasPadam
  4. dkt2 nk berbuka baru leh bkk blog kak ina..nnt meleleh air liur...

    BalasPadam
  5. salam ina..
    suka makan masak kicap sotong.. sy buat tak campur dakwat..agaknya dakwat tu bikin lg sedap yee.. nanti nak buat laa

    BalasPadam
  6. salam kak ... aduyaiiiiiii dap nyeeeeee menu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...