OOO

Rabu, September 28, 2011

Resepi Dalca Daging

Buat dalca ni sebab nak makan dengan lauk yang di beli oleh suami.
makan dengan itik panggang
dan ayam goreng tanpa tulang
Jumpa resepi kat  My resepi yang telah disumbangkan oleh Noreen
Bahan-bahan
  • 200gm kacang dhal - direbus
  • 200gm daging lembu - dihiris
  • 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
  • 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
  • 2 biji kentang
  • 10 batang kacang panjang - dipotong
  • 50gm serbuk kari daging + sedikit air
  • 4 cawan santan
  • Sedikit daun kari
  • Minyak masak dan garam 
Bahan tumisan:
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.
 Nasi pula akak masak nasi hujan panas.

9 ulasan:

  1. sedapnya dalca daging! suka yang pekat2

    BalasPadam
  2. as-salam
    sedapnye lauk2 tu....terliur dibuatnte..

    BalasPadam
  3. Orang Melaka suka masak itikkan Kak Ina buat rendang.

    Tak sabor nak tunggu nama pemenang naik ni!!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ala Kak Ina ni.. buat saya belum pukul 12 tengahari lagi dah lapar ni!!!! :)

    BalasPadam
  6. Ina, tak sangka Ina begitu hebat orangnya ye...dari bab memasak hinggalah ke aktiviti-aktiviti yang melibatkan blogger. Baru pertama kali jumpa Ina semasa survey kat Bangunan Millienium baru-baru ini; survey mee segera. Aishah x dapat join. Dia suruh balik, tapi masih dapat saguhatinya. Aishah dan jadi follower ina tau! Memang best tengok Ina bergambar dengan artis.

    BalasPadam
  7. sib baek baru pas makan dalca...hihi

    BalasPadam
  8. sedapnya makanan ni kak.. lapar lagi ni.. walaupun baru je lepas makan.. hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...