OOO

Khamis, September 29, 2011

Resepi Sup Daging Utara

Akak masak sup daging utara guna pressure cooker selalunya, sebab nak cepat empuk.  Bila dah siap teringin pulak nak makan dengan bihun.  Jadilah bihun sup daging utara cuma tak daklah sambalnya.  

Akak memang tak letak juga babat dan paru sebab suami tak suka makan organ dalaman ni.  Akak makan dengan sambal kicap yang sentiasa ada dalam peti sejuk.  Akak cilok resepi dari adieysa

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang ( 3 orang makan) dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah

500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut babat/muda-tak letak
300 gm paru-tak letak
1 bungkus rempah bunjut-guna adabi
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
 
Rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan-bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendidih dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Masukkan daun pandan bersama akar untuk mewangikan kuah dan melembutkan daging
2. Tos daging perut dan paru dan dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Nota: Lebih sedap jika dimasukkan tulang gear box atau tulang rusuk untuk mengeluarkan sum sum tulang.

5 ulasan:

  1. As salam Kak Ina.
    Sedang membayangkan kalaulah sekarang ni Oh Oeya enak-enak menghirup sup ni.. aduhhh..

    BalasPadam
  2. salam kak ina..ni yg buat teringin nak makan mihun sup nie

    BalasPadam
  3. nampk menyelerakan time lapar2 camni

    BalasPadam
  4. sedapnyer akak...saya mmg suka makan bihun...

    akak, nanti 15hb oktober, kalau akak ada kelapangan masa jemput datang rumah saya yer...saya wat kenduri sikit, lepas isya

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...