OOO

Sabtu, September 10, 2011

Review Restoren Rawani Hadramout-Terima Kasih Yana

Yana balik seminggu semata-mata nak beraya kat sini..bukan cuti pun tapi dah dapat keizinan dari orang atasan kat sana. Hati dia berdebar-debar tunggu keputusan peperiksaan tahun kedua.  Penting sebab nak lepas masuk ke tahun tiga.  Sambil bergembira hati gundah juga dibuatnya.
Bila member dia sms kata result dah keluar, Yana check kat internet ajer..melompat dia sebab lulus first class (alhamdulliah).  Nak raikan kejayaan dia pas periksa dia nak belanja makan kat luar hari ahad lepas walaupun Ira dah balik ke asrama.  Tapi tak per sebab Yana dah bagi duit kat Ira.
 Firdaus cadangkan makan makanan arablah pulak.  Dah lama dah tau tentang restoren ni dan review yang di berikan agak memuaskan.
Kalau orang yang pentingkan class memang tak leh masuk kat tempat ni.  Hiasan sederhana dan tempat duduk pun biasa ajer.  Kami ni memang tak kisahkan tempat class ataupun idak, janji bersih, sedap dan berbaloi dengan duit yang di keluarkan.

Sedap tau kebab dan roti arab yang di cicah dengan sos putih ini.  Harga RM15.00.
Lamb mandhi...daging memang lembut dan  agak banyak nasi yang boleh di kongsi 2 orang.  Harga RM19.00.
Grill Chicken kat ambil sebelah ajer, sedapnya sehingga licin di kerjakan oleh kami.  Harga seekor RM22.00.
Chicken Mandy  pun sedap juga.  Harga dalam RM16.00 yang boleh di kongsi 2 orang.  Makanan kat sini memang tak berminyak dan sesuai untuk kami yang dah berumur ini.  
 Kami order gak Fried Lamb Meat yang berharga RM12.00.  Makan dengan roti gak
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Air pun tak mahal..gelas besar jugaklah...puas hati jus pun pekat
Kali ni reramai ucapkan...terimaaaaaaa kasihhh kak Yanaaaaaaaa
Muka sedih sebab Yana nak balik hari Isnin...Imran ralat sebab tak boleh hantar akak dia kat LCCT.  Gambar kurang cun sebab guna ipad Yana.


Restoren rawani hadramout (kalau nak tenguk harga boleh klik kat link) terletak   NO, 40 JALAN JERNAI (JALAN 6/21D),MEDAN IDAMAN GOMBAK, 53100 KL di belakang Tai Kim bertentangan dengan condo kat situ

p/s terbalik kan...patutnya ibubapa belanja ..

14 ulasan:

  1. Assalam Yana.... bestnya yang dapat first class tu...Tahniah!

    Menu di RRR tu semuanya sungguh menyelerakan... apalagi nasi mandhi tu...yummy

    BalasPadam
  2. Alahai... tak kesempatan saya nak pergi lcct... dah dekat sangat ngan tempat keje saya kat MASkargo nie...apapun tahniah buat YANA atas kejayaan yang diperolehi..

    BalasPadam
  3. dah banyak kali rancang nak makan kat restoran arab tapi sampai sekarang tak jadi2

    BalasPadam
  4. congrats yana! nak try lah mkn kat sini nanti :)

    BalasPadam
  5. wahh.. yana belanja yer
    tahniah sbb lulus cemerlang, selamat meneruskan pengajian, yana :))

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    Syukur
    Alhamdulillah
    Tahniah

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Salam K.Ina..bila lagi nk merasa anak2 belanjakan?hihi
    Tahniah tuk yana!!bangganya seorg ibu atas kejayaan anak2nya...

    BalasPadam
  8. wah,nampak sedap..dekatje ngan rumah..boleh la terjah lepas ni...

    BalasPadam
  9. Tahniah buat Yana.. teruskan kecemerlangan.. Tentu seronok hati Kak Ina.. bertuahnya akak..

    BalasPadam
  10. salam K.Ina..minta izin copy resepi kari ayam dr blog k.ina nie yer.halalkn...TQ

    BalasPadam
  11. Salam Kak Ina,
    Selamat hari raya buat akak sekeluarga.

    Tahniah buat Yana... tentu akak dan suami pun gembira dan bangga. Alhamdulillah, semoga terus cemerlang :)

    Best tu makan makanan arab. Terliur dibuatnya tengok.

    BalasPadam
  12. tahniah buat anak akak..
    kami mmg suka makan nasi arab ni..
    selalu makan kat restoran saba cyberjaya..
    pasni bole try kat sini pule..:)

    BalasPadam
  13. congrats kat Yana dpt first class lagik. Excited smpai belanja parents ye haha. sy tak reti mkn arab food. eh kalu mkn mmg reti cume tak bape suka. if sy mkn kt tmpt mcm nih mmg sy go for roti la, one thing roti2 nye mmg sedap.. hehe

    kak ina, senang singgah sini. sy nk pindah ade sikit2 brg nk giveaway smbil berdonation. harap k ina dpt folo. tengkiu

    http://lalalandsale.blogspot.com

    BalasPadam
  14. tahniah yana!

    owh blakang OTK tu ek kak? nk try pegi nih..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...