OOO

Sabtu, Oktober 22, 2011

Firdaus Gi Tenguk Cerita Hantu-Premier Screening Paranormal Activity 3 (2011)

Oleh sebab Firdaus yang gi tenguk cerita hantu ni..akak suruh dia buat N3 ini.  Dia suka tenguk sebab dah tenguk dari Part 1 dan 2.  Nasib baik balik rumah tak ada hantu duk bonceng kat belakang.
Bahasa orang muda kkk...akak malas nak edit.

Terima kasih banyak2 kepada Churp-Churp!!!

Okey skang nie bulan Oktober dan mesti kat negara-negara barat tengah sibuk untuk menyambut Halloween..Kat Malaysia takda la orang nak sambut tapi banyak sangat cerita-cerita hantu yang tengah ditanyangkan di pawagam-pawagam.


Satu cerita yang aku memang suka sangat tengok adalah Paranormal Activity 3..

Okey ramai yang tau pasal aktiviti paranormal nie tapi pernah tak korang rakam kejadian tersebut? Okey nie aku sinopsiskan cerita nie dalam bahasa Melayu..


Paranormal Activity 3 mengisahkan bagaimana bermulanya sebuah keluarga yang telah dirasuk oleh makhluk asing. Permulaan cerita bermula pada tahun 1988 apabila 2 orang budak bernama Kristi(Jessica Tyler Brown)dan Katie(Katie Featherston)yang mana ibu bapa mereka telah berpisah dan ibunya Julie(Lauren Bittner)merancang untuk berkahwin lain dengan Dennis(Christopher Nicholas Smith). 

Apabila Dennis menginap dirumah itu, berlakulah banyak ganguan makhluk halus yang terjadi kepada semua orang yang ada dalam rumah tersebut. Beliau mengambil kesempatan untuk merakam semua yang terjadi didalam rumah. Siapa dalang kepada semua gangguan ini??Mengapakah makhluk halus itu memilih untuk menggangu mereka sekeluarga??Apa yang akan terjadi bila diorg dapat tahu sapa dalangnya??Hah korang kene la tengok citer nie..


Komen pasal citer nie: Hah skang baru la paham cmne asalnye makhluk halus nie. Banyak adengan yang mengejut sebab bukan takut tapi bunyi sound effect. Agak seronok dan teruja dari yang Paranormal Activity 2. 

Terus terang nak cakap korang takkan nmpak hantu nie dan smpai sekarang orang tak tau macam mana rupa hantu nie..yang tau bentuk fizikal je.sejak aku memang minat citer nie aku xsyorkan kepada orang yg lemah semangat sebab memang byk adengan mengejut dan pastikan korang akan menjerit..walaupun part yang xbrapa nk tkt..Permulaannya tak semacam dulu sebab dalam citer nie kejadian bukan hanya pada waktu malam tapi juga pada waktu siang


Komen aku: Kalau korang nak tengok cerita nie pastikan korang tengok dari Paranormal Activity 1 dan Paranormal Activity 2 sebabnya kalau korang tengok citer nie terus korang akan xpaham dari segi jalan citer, watak, dan asalnya hantu ini. 

Tak pun kalau korang nak gak tengok citer nie pastikan selepas tue korang tengok lak yang lama punye. Senang citer urutan cerita dari Paranormal Activity 3, Paranormal Activity 2, dan last Paranormal Activity 1 sebab urutan cerita nie dari mereka budak-budak hingga ke dewasa. Dalam semua citer Paranormal Activity nie akan ada 2 watak yang sama dari dulu iaitu Katie dan Kristi. Dorang la mangsa yang kene kacau ngn makhluk halus nie.

Aku bagi 9/10 untuk citer nie..

Yang bes : memang agak menyeramkan citer nie sebab sebijik macam real. Dengan wataknya yg old skool dan juga kualiti video seperti tahun 80-an

Yang xbes : dari dulu lagi smpai skang..msti ade mamat pegang kamera.sikit pening sebab kamera bkn dlm keadaan statik. Jalan cerita amat sekejap dari Paranormal Activity 1. Scene dalam trailer ada yang dipotong..
Terlalu menyedihkan sebab terlalu banyak adengan yang dipotong..adoiiyaii..Jangan lupa untuk menonton cerita nie yang sudah ditayangkan dipawagam berhampiran anda..kalau g jgn lupe tegur Bloody Mary dan Toby!!!!

3 ulasan:

  1. terkejut2 ala congkaklaa neh.. baruler citer seram namanyer. kalo ader antu momok muka buruk dok menari2 dah x takot dh, jd citer klaka.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...