Akak memang suka tenguk program realiti masakan di saluran astro terutama saluran 703 dan 706. Suka tenguk cabaran yang mereka hadapi sebelum mereka di gelar juara.
Pada 22hb. Oktober 2011 di Astro Ria saluran 104 akan ditayangkan satu rancangan realiti masakan yang di namakan MasterCafe Malaysia yang julung kali di adakan di Malaysia tetapi telah menjadi satu fenomena di negara seperti US dan Australia.
Para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang seperti pelakon, doktor gigi, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti, kemampuan mereka sudah diuji sewaktu di Bootcamp. Kiranya yang masuk ni memang bukan chef pro lah kan. Mesti best tenguk mereka bersilat di dapur pertandingan MasterCafe Malaysia nanti.
Peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia.
Cabaran besar program ini tentu sekali penyediaan masakan yang pelbagai bukan hanya masakan tempatan tetapi juga antarabangsa. Justeru, Chef yang dipilih untuk melatih peserta dan menilai keupayaan mereka perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran berbeza.
Keunikan dimiliki 40 orang peserta yang terpilih juga punya tarikan tersendiri kerana mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh.
Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011.
Sebarang info tentang Program #MasterChefMY korang bolehlah ke
Official Site URL – http://www.astro.com.my/portal/Master-Chef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
Memang terujakan nak tenguk siaran ini.
Sempena siaran MasterChef Malaysia yang pertama pada 22hb. Oktober ini, akak nak bagi GiveAway (GA) kepada 3 orang yang memberi komen di bawah N3 bagaimana terujanya korang nak tenguk siaran MasterChef Malaysia yang julung kali diadakan di sini.
3 orang pembaca yang memberikan komen/pendapat yang terbaik mengenai rancangan MasterChef Malaysia akan menerima hadiah wang tunai RM10.00.

Memang teruja sekali.. almaklum jelah mungkin dari situ saya dapat belajar sikit demi sedikit kak cara masakan nanti..
BalasPadamterutama bila tiada isteri disisi nanti pada hujung tahun ni.. kerana balik berpantang dikampung .. hehehe..
So dengan adanya program tu boleh belajar cara masak nanti.. memang tak sabar nak tunggu ni.. hehehe..
kawan2 lain apa pendapat korang ye.
xde asetero,blk umah mak la he2
BalasPadamSaya memang teruja nak tengok rancangan ni sebab masak memasak nih memang kegemaran saya.
BalasPadamSetiap orang membunyai kemahiran memasak yang tersendiri. Oleh sebab tu la saya nak tengok macamana diorang boleh memasak sampai dapat masuk pertandingan tu. Mesti semua yang terpilih tu terbaik diantara yang terbaik. Dapat la praktis jugak kt umah nanti. Lagi satu, saya memang suka tengok gelagat orang memasak. memang ada2 sahaja yang mereka buat. Itu memng susatu yang unik dahn istimewa untuk setiap individu.. Tak sabar mau nonton..
saya bab makanan memang suka tengok dari lapar boleh terasa kenyang sikit...hehe tapi bila tgk masterchef kita boleh tengok depa buat skill individu
BalasPadamsaya memang teruja dan tak sabar menunggu siaran MasterChef Malaysia nie sebab nak tengok kebolehan dan kehandalan peserta dari pelbagai latar belakang mempamerkan bakat memasak masing2.
BalasPadamdan rasa teruja tue lagi berganda sebab ini merupakan program julung kali diadakan di Malaysia. selalunya kalau program realiti masakan yang ditayangkan di tv datang dari luar negara. dan kali ini orang Malaysia sendiri berpeluang terlibat dalam program seumpama itu.
yeah...
BalasPadamSemamangnya saya adalah seorang dari individu yang amat teruja bila rancangan ini hendak diadakan di MALAYSIA...Sebagai salah seorang Food Blogger saya sememangnya terdorong untuk menonton rancangan memasak yang hebat nie..Menariknya impak program ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat terpendam seseorang individu dalam skil memasak di dapur dengan bahan mentah yang terhad....
mmg sgt2 teruja nk tgk masterchef malaysia ni sbb slalu sgt kagum tgk masterchef australia n US pnye. Kagum gile bila diorg dpt msk sdp2 n hias cantik2.
BalasPadamxnmpk kt muka diorg tgh pk nk msk pe.tangan terus laju potong2 n masak bahan yg dh disediakan.
Byk tips masakan dr masterchef yg sy ikut n mmg btul2 menjadi.
Saya memang teruja bab2 masakan ni, tapi malangnya kat rumah tak de subscribe astro...huhuu
BalasPadamSo, mungkin tengok di youtube je lah..tu pon kalau ada yg upload :(
Saya memang teruja kerana MasterChef Malaysia merupakan sebuah program realiti masakan yang memberikan inspirasi dan peluang kepada chef baru mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Selain daripada itu dengan menontonnya memberi saya sedikit sebanyak ilmu kulnari dan penyediaan resepi2 yang enak untuk disediakan buat hidangan keluarga tersayang.
BalasPadamBagi saya, Masterchef boleh digunapakai untuk memberi contoh agar dapur rumah sentiasa bersih di samping gaya kerja memasak yang bersih.
BalasPadamJadi, untuk penyampaian makanan yang bersih dan menarik juga boleh diguna untuk membangkitkan nafsu makan agar air liur menjadi kecur lantas menjadikan makanan sedap!
Gila teruja kak ina, sampai buat blog jadi ahli nuffnang dan join contest Masterchef!!
BalasPadamWaaaaa...otak dah sebu takleh nak beri komen apa2 la nie..huhu..dahlah contest menarik senang menang niehh...adeyyyyy..huhu
BalasPadamsalam kak ina. duit rm30 tu sah dah masuk akaun . terima kasih bebyk.
BalasPadamMasterChef Malaysia akan menjadi satu lagi rancangan realiti yang bakal memberikan suatu tontonan kepada semua lapisan masyarakat walaupun ianya ditiru dari rancangan realiti dari Barat.
BalasPadamSecara tidak langsung, bidang memasak sudah masuk ke satu tahap lagi di mana orang akan melihat berada di dapur bukan lagi bidang yang leceh atau low class dengan menggunakan perkataan “ceruk dapur” sebaliknya menjadi bidang yang sangat profesional dan menjana ekonomi.
Sudah tentu juga, hal sampingan seperti karenah juri dan drama belakang tabir antara peserta samada sengaja atau tidak disengajakan, akan turut disajikan nanti bagi menarik perhatian penonton.
ok, mmg bagus semua rancangan masak. jgn ada kontestent yang mulut longkang sudah.
BalasPadammak ai.. panjang benor komen2 diorang ni.. good luck semua!!
BalasPadam