OOO

Selasa, Oktober 18, 2011

Hari Ke Dua Di Kuching Sarawak (Part 2)

Sambungan dari N3 kat SINI

Dengan van yang sama kami pulang semula ke tempat kami naik semula.  Kelakar gak bila di ingatkan balik kenangan jejalan dengan van itu.
Dari stesyen van, kami menyusur jalan sebab nak pegi pula ke Muzium Sarawak.  Bukannya tau jalan pun, sambil jalan.. akak tanya orang kat mana Muzium tersebut.
Akhirnya sampai gak..fuhh agak jauh kami berjalan dahlah cuaca panas
nasib baik akak pakai kasut jogging
Akak  beli barangan cenderamata kat sini. Akak beli fm dan serbuk lada hitam kat sini sebab bagi akak harga yang ditawarkan memang murah.  Akak banyak beli fm sebab pekerja tu bagi ada bagi fm percuma bila akak beli banyak.
Ikutkan tak leh ambil gambar dalam Muzium ini tapi akak  ambik gak buat kenangan.  Entah bila akan sampai lagi kat sini.  Kat area Muzium Sarawak ni ada lagi 2 muzium tapi anak-anak tak nak pegi.  Kat sini rasanya dah cukup untuk kami tau tentang sejarah negeri Sarawak.

Keluar dari Muzium dah panas terik.  Dah malas nak jalan.  Tunggu teksi/van sapu tak ada yang nak berhenti kat situ.  Kenalah berjalan semula ke perhentian van (shuttle van)..dah sampai kat situ terasa pancit...tak larat nak jalan.
Kami sewa satu van sapu..pakcik tu suruh bayar RM10.00 sebab memang dah tak larat nak balik ke Pullman Hotel tapi sebelum itu suruh pakcik tu singgah kat restoran RJ Ayam Bakar di Jalan Abell ni sebab perut terasa lapar.  

Oleh sebab waktu makan tengahari orang agak ramai di restoran itu. Nasib baiklah pakcik ni tak cerewet...kenalah tunggu kat tepi jalan sebab yang pegi beli Firdaus.
Sampai kat hotel terus makan...pastu lepak 
ajer dalam bilik sampai tertidur kerana kepenatan
Waktu petang akak gi ke spa..nak urut pun boleh kat sini.

Akak cuma  gi sauna dan ke jakuzzi.  Tak ada orang pun kat masa akak masuk kat sini.  Jadi akak boleh berendam sesuka hati dan duk kat suana pun agak lama juga.  Suka duk kat suana sebab tak payah bersenam peluh keluar mencurah-curah.
Imran apa lagi ..terjun dalam swimming poollah sama dengan Firdaus..memang seronok dorang sebab tak ada orang
sampai balik akak tak ambil gambar kat sini pun..ni pun snap dalam van ajer..

7 ulasan:

  1. k.ina,
    seronok tak jalan2 kat kuching @my hometown..kampung budaya tak g ke? hehehe..nway mmg tak sah kalo datang tak tangkap gambor kat kucing beso tuhh..

    BalasPadam
  2. Syok jejalan terutama kat Paasar Satok dan pekena ABC dia. Mmg best ABC kat sana.

    BalasPadam
  3. kak ina, rasa nak berendam jugak dalam jacuzzi tu...

    BalasPadam
  4. ina..tak tinggal replika kucingnya kan..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Waaaaaaa sakannya kak Ina melancong. Pullman lagi tu, waaaa bestnya.

    kalau seberang sungai, boleh pergi kilang kek lapis sambil berdayung perahu ;) Best! best naik perahu sebenarnya hu hu hu bukan senang nak jumpa perahu ;)

    BalasPadam
  6. KAK INA, kalu dapat borong lagi barang lagi best.

    Tingin nak pegi Swak gak...

    BalasPadam
  7. bestnya kalau dapat berendam kat dalam tu.
    sempoila kak ina, pakai kasut jogging:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...