Siapa suka tenguk rancangan Masterchef? Ala rancangan pencarian jurumasak/chef ini telah bermula di Australia pada tahun 2009 dan telah mengukir sejarah tersendiri apabila telah berjaya mencatatkan jumlah penonton tertinggi dengan jumlah 4 juta penonton.
Kat Malaysia pun dah ada tau rancangan realiti ni. Pencarian bakat baru dalam program realiti hiburan berkonsepkan masakan bertujuan untuk mencari jurumasak/chef yang diterbitkan oleh Astro.
Kali ini di ASTRO RIA Saluran 104 MasterChef Malaysia bakal di tayangkan pada 22hb Oktober 2011 pukul 9.00 malam.
Dikenali sebagai MasterChef Malaysia ia merupakan sebuah rancangan realiti TV yang berbentuk masakan dan bertujuan untuk mencari jurumasak atau lebih sinonim dengan panggilan chef yang diterbitkan oleh ASTRO .
Dalam rancangan realiti ini nanti anda dapat saksikan para peserta MasterChef Malaysia menunjukkan kehandalan dan kehebatan masing-masing didapur merebut kejuaraan dan tahta MasterChef Malaysia yang pertama.
Juara MasterChef Malaysia akan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta bakal mempunyai sebuah rancangan memasak yang akan dikelolakan sendiri oleh pemenang.
Memandangkan rancangan MasterChef Malaysia buat julung-julung kalinya diadakan di Malaysia, maka pihak Astro telah melantik lima orang juri profesional yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang masakan.
Lima orang juri MasterChef Malaysia ialah dari kiri: Priya Menon (Chef Priya), Mohd. Nadzri Redzuawan (Chef Riz), Yahaya Hassan (Chef Yahaya), Zubir Md. Zain (Chef Zubir) dan Mohd. Johari Edrus (Chef Jo).
Rancangan MasterChef Malaysia bakal bersiaran sebanyak 60 episod selama 10 minggu pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Ingat tau..Jangan lupa tonton siaran yang menarik ini. Adakah rancangan MasterChef Malaysia akan mencetuskan fenomena di sini?
Program Details: – MasterChef TX bermula dari 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm.
Master Class will be on every Friday, 9.00pm.- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL –http://www.astro.com.my/portal/master-chef
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link–Twitter www.twitter.com/MasterChefMY.
Blk umah mak la hehe,xde astero
BalasPadamMemang teruja menanti siaran MasterChef ni keudara. Anyway Gud Luck Kak semoga mara ke peringkat seterusnya nanti
BalasPadamhehe kak menang masak untuk GTB
BalasPadamNak tengoklah...kalau ingat
BalasPadamsuka! suka! dh lama tgg. tp Sabtu nanti kena rebut remote ngan asben & anak lah
BalasPadamsalam kak ina,, tak sabar nak tunggu detik ini hihi... kak ina masuk ke?
BalasPadam